Komisen GDI pertama sudah diterima

Selamat Tahun Baru 2010. Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan kepada anda. Semoga tahun ini, akan menjadi lebih baik dari tahun lepas. Tahun ini juga, anak sulung saya- Aisyah sudah mula bersekolah di Tahun 1. Alhamdulillah, dia sangat seronok ke sekolah. Jadi, rutin harian saya akan semakin sibuk selepas ini. Agak sukar untuk mencuri masa berblog dan berbisnes internet.

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda satu berita gembira. Selepas 3 bulan menyertai GDI, akhirnya saya telah menerima komisen pertama dari GDI. Ia dibayar melalui paypal. Bagi saya ia lebih pantas dan mudah.

Berikut adalah screenshot bukti bayaran dari Paypal. Klik untuk besarkan.

gdi_bukti_1stpayment

Walaupun tidak sebanyak mana, ia cukup baik sebagai permulaan. Ia juga boleh membayar kos GDI untuk bayaran 3 bulan. Apa yang saya lakukan, hanyalah mempromosikan laman web autoviral yang diberikan. Info lanjut tentang bisnes GDI dan web autoviral ini, bolehla layari http://duitbijak.com

Jangan beli pakej video buat duit dengan youtube

Hari ni saya nak bercerita tentang produk  Pakej Video Buat Duit Dengan Youtube yang pernah hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia yang berminat nak buat duit di internet. Sudah hampir setahun saya membeli  pakej video tersebut. Alhamdulillah sebab saya pernah merasa pulangan hasil dari mengaplikasikan teknik tersebut.

cover-pakejvideo2

Anda boleh rujuk posting saya yang terdahulu disini

http://asmawati.com/akhirnya-berhasil-jugak-usaha-saya-buat-duit-dari-youtube/
http://asmawati.com/penjelasan-tentang-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
http://asmawati.com/cek-clickbank-pertamaku/
http://asmawati.com/akhirnya-cek-clickbank-dah-tukar-jadi-duit/

Ia memang sebuah teknik promosi laman web yang sangat berkesan pada saya. Tetapi, sudah agak lama saya tidak mengaplikasikannya, atas sebab kesibukan dan kelemahan diri saya sendiri. Tapi, tak mustahil saya akan start semula apply teknik ini sebab saya tahu ia memang berkesan.  Memang tak rugi kalau kita melabur untuk ilmu, insyaallah akan bermanfaat kalau diaplikasikan. Bagi saya dalam proses buat duit di internet ni, kalau saya tak usahakan , memang takkan dapat hasilnya.

Ok, kembali kepada tajuk post kali ini…

Akhir-akhir ini, saya menerima banyak sms dan email yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima produk “Panduan Buat Duit Dengan Youtube” ini walaupun telah membuat bayaran. Ada yang sudah lebih 1 minggu menanti, tapi masih belum mendapat produk yang diidamkan.

Walaupun saya bukanlah pemilik laman web tersebut, tetapi saya merasa bertanggungjawab untuk mengingatkan anda tentang masalah ini. sebab testimoni saya ada terpampang di web jualannya. Jadi, kalau anda berniat nak beli produk ini, harap dapat ingat tentang risiko ini. Sebab saya tak pasti, kalau ia terjadi pada semua pembeli atau hanya sebahagian sahaja.

Post ini bukan berniat untuk memburukkan sesiapa. Ia sekadar peringatan kepada mereka yang berniat untuk membeli pakej video buat duit dengan youtube agar menimbangkan risiko yang mungkin akan anda hadapi.

Saya sendiri sudah lama tidak menerima sebarang update dari pihak puan lisa hilmi. Email terakhir yang diterima adalah tentang penukaran pengurusan laman web pakej video tersebut dan pemberian bonus kepada pembeli pakej tersebut. Dibawah ialah email yang diterima.

MEGABONUS bernilai RM1139 untuk pembeli Pakej Video Youtube
Sunday, 23 August, 2009 3:10 PM
From: “lisa hilmi” Add sender to Contacts
To: “wati”
Salam,

Bermula pada hari ini pihak Team A-Class telah
mengambil alih pengurusan perniagaan LisaHilmi.com.

Sebagai tanda permulaan pihak Team A-Class
dengan berbesar hati akan memberikan MEGABONUS
bernilai RM1139 kepada semua pembeli PAKEJ
VIDEO YOUTUBE bermula dari hari ini.

Pek MEGABONUS ini mengandungi 10 jenis
produk digital yang bermutu tinggi.

Untuk melihat MEGABONUS yang ditawarkan,
sila klik link di bawah –>
xxxx

Pihak kami yakin anda pasti akan teruja melihat
bonus-bonus yang ditawarkan dan yang paling
penting sekali ialah BONUS-BONUS INI
BOLEH ANDA JUAL SEMULA!

Ini bermakna selain dari dapat memiliki pelbagai
ilmu dari pakej dan megabonus kami, anda juga
mendapat hak eksklusif untuk menjual semula
Megabonus yang diberikan dan anda ambil
semua keuntungannya 100%

Tidakkah tawaran ini sangat hebat?

xxxxx

Salam perkenalan,

Team A-Class
www.pakejbimbingan.com

Hingga kini, saya sudah tidak menerima sebarang email update dari pihak Pengurusan web tersebut. Saya juga tidak dapat berhubung dengan beliau melalui YM. Ada yang mengatakan id YM tersebut sudah tidak valid.

Bayaran komisen bagi affiliate juga sudah lama tidak diterima walaupun saya berjaya membuat beberapa jualan. Komisen terakhir diterima pada 22 Jun 2009.

Atas sebab -sebab diatas, diharap anda akan lebih berhati-hati. Mungkin boleh hubungi pihak pengurusan web terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Jika ada yang sudah membeli pakej video ini baru-baru ini, harap dapat berikan komen anda.

UPDATE:(11 Januari 2010)

Pihak pengurusan Lisa Hilmi ada membuat penjelasan tentang persoalan yang saya timbulkan didalam blog ini. Berikut adalah respon dari mereka.

Email dari saya;
Assalamualaikum,

Saya merupakan salah seorang affiliate pakej video lisahilmi. Harap dapat buat bayaran affiliate yang tertangguh sekian lama.

Username affiliate saya ialah wati77 (Asmawati Abdul Manap)

Juga boleh rujuk blog pos saya disini http://asmawati.com/jangan-beli-pakej-video-buat-duit-dengan-youtube/
kerana saya agak kecewa dengan pengurusan baru ini.

Semoga kita semua akan mendapat rezeki yang halal,.TQ

Salam sukses!

Jawapan dari pihak pengurusan;
salam,

Satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak audit yg dilantik oleh pn.lisa sendiri mengenai status pembayaran komisen pada hari Isnin 18 Januari 2010 di bahagian buletin affiliate.

Mengenai kes produk tidak dihantar, utk makluman anda pihak kami telah menghantar semua produk yg dipesan tetapi ada beberapa kes dimana pembeli memberikan email yg silap iaitu perbezaan antara yahoo.com dgn yahoo.com.my, ini merupakan punca mengapa ada pembeli yg tidak menerima email link download dan kami hanya akan mengetahui kesilapan ini apabila pembeli tersebut komplen tidak menerima produk dgn menggunakan email yg sebenarnya, dan kami akan menghantar semula email link download ke email sebenar beliau.

Harap Maklum

Terimakasih,

Team A-Class
(Management of LisaHilmi.com)

Dengan penjelasan tersebut, saya harap , sesiapa yang masih belum dapat produk harap dapat hubungi pihak admin. Buat yang telah membuat bayaran, harap dapat memberikan maklumat yang lengkap dan BETUL. Kita nantikan sebarang update pada 18 Januari ini. Buat yang sudah beli, jangan lupa apply, atau ia takkan memberikan sebarang kesan kepada income kita.

Minyak Wangi Tanpa Alkohol Terbaru – AllStarPerfumes

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak minyak wangi tanpa alkohol dijual di pasaran tempatan. Biasanya minyak wangi tanpa alkohol ini dibotolkan didalam botol-botol kecil yang mengandungi antara 2ml – 15 ml minyak wangi dan dipakejkan dalam kotak yang cantik. Bagi saya ia adalah sesuatu yang menguntungkan pembeli sebab kita dapat banyak haruman dengan satu belian.

minyakwangi

Kebanjiran minyak wangi seperti ini saya rasanya bermula dengan kejayaan jualan produk minyak wangi One Drop Perfume. Ramai juga yang menjual minyak wangi seperti ini secara online. Kali pertama saya membeli minyak wangi One Drop Perfume juga melalui pembelian online. Memang lebih mudah, dan kalau pandai mencari, kita dapat harga yang lebih rendah.

Agak lama nak menghabiskan 8 botol minyak wangi one drop dan saya kira ia berbaloi dengan harga yang dibayar. Sejak hari tu, saya semakin berminat dengan minyak wangi bersaiz mini seperti ini. Pernah juga terpikir nak buat bisnes minyak wangi online. Tetapi, memikirkan saya masih kurang mampu nak mengendalikan pembungkusan dan penghantaran produk, saya pendamkan dulu hasrat tu.

Sebagai alternatif,  saya mencari laman web yang menawarkan program affiliate untuk produk minyak wangi tanpa alkohol ni. Maklumla, selain kita guna minyak wangi tu, boleh juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Banyak juga laman web affiliate yang ada, tapi agak kurang menarik disegi pelan pemasarannya.

Minggu lepas, saya diperkenalkan oleh minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfume. Jadi, setelah menjenguk laman web yang diberikan, ternyata ia menepati ciri-ciri yang saya ingini.

1) Produknya ialah minyak wangi tanpa alkohol, pastinya ia minyak wangi halal

2) Sistem affiliate dengan potensi pendapatan berterusan kerana ia memberikan komisen hingga level ke-5

3) Tak perlu menguruskan sebarang penghantaran produk

4) Mendapat diskaun jika membuat belian ulangan.

Saya terus buat bayaran sebanyak RM60 untuk 1kotak produk minyak wangi wanita. Setiap kotak mengandungi 3 botol minyak wangi 5ml. Ia telah selamat saya terima pada hari sabtu lepas. Tak sangka dapat cepat, sebab di laman web kata akan diposkan pada 15 November. Dah test guna minyak wangi ni, memang sedap baunya. Dan bau ni bertahan lama juga.

CIMG1434 CIMG1440

Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak try minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfumes ni, bolehla dapatkan maklumat lanjut dengan klik banner di bawah ni.

Jangan lupa daftar percuma. Web ni baru je dilancarkan pada 15 November, jadi anda akan jadi antara yang terawal sertai bisnes ni.. Kalau anda dah guna minyak wangi ni, jangan segan untuk tinggalkan komen ye.

Semoga wangi selalu!

Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda

Oleh kerana produk utama GDI ialah nama domain dan hosting. Adalah sangat baik jika kita dapat gunakan produk ini dengan sebaik mungkin. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk mem”forward” nama domain GDI kita kepada apa jua laman web pilihan kita.

Jika anda sertai GDI dan tidak pernah membuat sebarang perubahan kepada setup laman domain anda, secara automatik pihak GDI akan redirect kepada laman web opt-in GDI anda sendiri. Misalnya, saya memilih nama domain duitinternet.ws semasa mendaftar GDI, maka apabila saya promosikan laman web tersebut (tanpa sebarang perubahan), ia akan dibawa terus ke link seperti berikut http://website.ws/wzone (wzone adalah username GDI saya).

Oleh sebab kini , saya turut mempunyai laman web autoviral saya sendiri yang akan dapat membantu saya mempromosikan bisnes GDI ini, maka saya ingin gunakan ia. Cara paling mudah ialah menggunakan aplikasi “Domain Forwarding” . Caranya ialah

1. Login ke member area GDI anda https://www.website.ws/members/

2. Klik menu Domain yang berada di sebelah kiri

gdi-fwdomain-1

3. Klik Change DNS

gdi-fwdomain-2

4. Pilih Domain Forwarding dan kemudian klik continue

gdi-fwdomain-3

5. Masukkan URL web affiliate pilihan anda. Saya memilih untuk meletakkan URL untuk laman web http://perniagaaninternet.ws/r/asmawati

gdi-fwdomain-4

6. Berjaya! Sila tunggu 48-72 jam untuk laman web anda diaktifkan. Anda boleh lihat http://duitinternet.ws

gdi-fwdomain-5

Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Adakah bekerja dari rumah mendatangkan kebaikan atau keburukan terutama bagi pekerja sektor awam?

Ini antara soalan yang muncul berikutan laporan berita baru-baru ini mengenai inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mewujudkan Program Bekerja Dari Rumah bagi pelukis pelan yang terpilih bermula 1 Jan tahun depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata 35 pelukis pelan akan dipilih sebagai perintis bagi program percubaan tiga bulan dan keputusan sama ada kerajaan meneruskan atau tidak program itu bergantung pada tahap produktiviti yang dicapai semasa program itu dijalankan.

Menurut Shaziman, program berkenaan akan ditamatkan jika didapati gagal meningkatkan produktiviti pelukis pelan yang terlibat.

Reaksi positif menyusul di mana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah itu.

Bagi Cuepacs, langkah kerajaan mewujudkan program perintis itu boleh mengurangkan kesesakan di tempat kerja selain meringankan beban penjawat awam dari segi kos petrol serta masa yang diambil untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Ia juga memberi peluang kepada penjawat awam mempunyai masa yang lebih dengan keluarga mereka.

Presiden Cuepacs Omar Osman dilaporkan berkata program itu merupakan langkah yang bijak dan menyeru agar ia dipanjangkan meliputi kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

SATU JENIS TERAPI

Sebenarnya konsep bekerja dari rumah sudah lama wujud dalam perkidmatan awam di negara ini, tetapi tanpa publisiti yang meluas, dan ia juga memberi kesan produktiviti yang amat positif.

Ini satu situasi yang dialami sendiri penulis yang bertugas di sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Penulis yang juga merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) telah menikmati kemudahan itu sejak tahun 2007.

Penulis diserang diabetis dan mengalami masalah vaskular (peredaran darah) kaki kanan kerana komplikasi penyakit itu. Beliau juga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu kerana kegagalan buah pinggang dan menjadi amat keletihan setelah menjalani setiap sesi rawatan itu.

Pada tahun 2007, kaki kanan penulis dipotong di bawah paras lutut kerana ulser yang kronik dan ini memberi kesukaran bagi beliau untuk berjalan.

Tetapi beliau tetap juga ke pejabat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.

Ini telah menarik perhatian pihak pengurusan yang memahami keadaan penulis. Pihak pengurusan menggunakan budi bicara mereka dan membenarkan beliau bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet kerana semua kerja beliau boleh disalurkan melalui komputer dan Internet.

Mereka (majikan) juga meminjamkan sebuah komputer riba yang disambungkan terus kepada sistem komputer di pejabat.

Langkah itu sebenarnya telah meningkatkan produktiviti kerja penulis, walaupun banyak masa yang beliau perlukan untuk rawatan dialisis, beliau sebenarnya mempunyai ruang dari segi masa yang lebih lama bila bekerja dari rumah jika dibandingkan dengan waktu bertugas di pejabat dengan hanya lapan jam.

Ia juga lebih menjimatkan masa jika diambil kira perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

BAIK UNTUK PETUGAS OKU

“Bekerja dari rumah amat bermakna bagi penjawat awam yang kurang upaya. jika penat, mereka boleh rehat. Mereka boleh menyelesaikan kerja walaupun pada waktu malam atau pagi,” itulah pendapat aktivis sosial Fatimah Mansur.

Kata beliau, bekerja dari rumah juga merupakan sebahagian daripada terapi bagi mengurangkan stres di tempat kerja untuk penjawat awam.

Ia juga baik bagi penjawat awam yang kurang upaya disebabkan kemalangan atau berpenyakit kronik.

“Dengan ini kerajaan tetap mempunyai kepakaran atau kebolehan profesional dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah penting bagi kejayaan program sebegini,” tambah beliau.

BERTUGAS SECARA ‘TERASING’ ADALAH BAIK

Bagi Fatimah, bekerja dari rumah mungkin agak ‘terasing’ tetapi bekerja begini lebih baik.

“Bekerja berseorangan adalah baik kerana tiada gangguan apatah lagi jika anda mempunyai waktu yang suntuk (hada tempoh) dan memerlukan konsentrasi tinggi. Dengan bekerja di rumah anda boleh mempunyai situasi yang baik untuk mencapai objektif kerja anda”.

Kata beliau, penjawat awam yang terpaksa menjaga anak kecil atau anak yang sakit boleh cuba memohon dari pihak majikan agar dibenarkan bekerja dari rumah.

“Bagaimanapun bukan semua penjawat awam boleh bekerja dari rumah. Hanya mereka yang mempunyai tugas bersangkutan dengan kerja komputer yang disambungkan kepada Internet dan seterusnya kepada rangkaian sistem komputer di pejabat sesuai untuk program sebegini”, tambah beliau.

Dengan membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, kerajaan tidak akan kehilangan mereka yang mempunyai kepakaran atau dari kumpulan profesional yang terpaksa bersara awal kerana menjadi kurang upaya atau mengalami sakit kronik yang teruk.

“Kalau mereka yang pakar dalam bidang tertentu dikekalkan, sudah tentu ini akan mengekalkan kecekapan dalam perkhidmatan awam,” tambah Fatimah.

Menurut laporan akhbar ‘The Nation’ pada tahun lepas, kerajaan Thailand juga berura-ura mengadakan program yang serupa di bawah konsep ‘e-ofis’.

SEKTOR SWASTA

Bagi pembekal barang perubatan Robert Lee, bekerja dari rumah memang satu perkara yang ‘ideal’ bagi beliau.

“Saya bekerja dari rumah dan tidak perlu bayar sewa yang tinggi untuk ruang pejabat serta tambahan kepada bayaran elektrik dan air. Dengan bekerja dari rumah, saya hanya perlu satu talian untuk faks dan juga satu talian tetap telefon selain daripada satu atau dua buah komputer yang ada sambungan Internet,” kata Lee dari Bukit Rahman Putra dekat sini.

Bagi penulis ini, bekerja dari rumah memang meningkatkan produktiviti beliau dan ini dibantu oleh kemudahan ICT yang wujud di negara ini.

“Kelebihan bekerja di rumah ialah anda mempunyai masa 24 jam untuk menyelesaikan tugas dan bebas untuk memilih masa bekerja. Wal hal bekerja di pejabat masanya agak ketat di mana seseorang hanya mempunyai lapan jam bagi menyelesaikan tugas beliau dan ini tidak cukup bagi menjadikan penjawat awam lebih produktif”.

Oleh Zulkiple Ibrahim
– BERNAMA

Next Page »