10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 1

cara menulis artikel 1 |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 1Artikel merupakan salah satu cara utama untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca dan kemahiran dalam cara menulis artikel yang baik perlu ada pada setiap orang, terutamanya mereka yang terlibat dalam penulisan buku, blog dan penulisan ilmiah.  Sebelum saya teruskan dengan tips cara menulis artikel ini, cuba anda fikirkan jawapan bagi soalan di bawah:

‘Adakah anda tahu menulis?’

Sudah tentu anda katakan, YA! Saya tahu menulis. Anda pasti pandai menulis kerana:

1. Setiap masa anda ber’sms’ dengan rakan-rakan anda.
2. Setiap hari anda gunakan emel dalam bertukar maklumat dengan rakan-rakan anda.
3. Kebanyakkan tugas di pejabat, anda gunakan surat atau memo dalam menyampaikan sesuatu perkara di antara pekerja.
4. Waktu di sekolah dahulu, anda biasa membuat karangan bagi matapelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Tetapi, adakah setiap yang anda tulis berjaya menarik perhatian para pembaca?

Inilah masalah dan cabaran yang rata-rata dihadapi oleh pemilik sesebuah laman web atau blog. Dalam membina laman web, blog, pengiklanan atau newsletter, untuk mendapat perhatian dari pengguna-pengguna internet, anda perlu menulis artikel yang original. Bukannya mendapatkan (copy & paste) artikel daripada direktori artikel seperti ezinearticle.com atau goarticles.com dan lain-lain.

Saya mengatakan sedemikian kerana itulah cara yang paling mudah dalam membina empayar perniagaan internet anda. Perkara ini bukan lagi rahsia bagi para usahawan internet. Mereka tahu bahawa ‘content is king’. Ya.. Pengisian yang anda lakukan terhadap laman web atau blog adalah segala-galanya. Artikel yang anda muatkan di laman web atau blog bakal menjadikan anda raja bagi sesuatu bidang.

[[Ketahui RAHSIA menukarkan artikel kepada produk digital @ ebook yang menguntungkan]]

Secara tidak langsung, artikel yang ditulis dapat menarik pengguna-pengguna internet untuk mengunjungi laman-laman web atau blog anda. Pada masa yang sama, anda juga akan berjaya membina satu pemasaran berangkai (viral marketing) untuk perniagaan anda dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana, apabila anda publish sesebuah artikel, ia akan kekal di alam maya sehingga anda sendiri yang menanggalkannya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menulis artikel dan publish.

Untuk menulis sebuah artikel yang penuh informasi, anda perlu berfikiran postif, bijak mengaplikasikan keadaan dan sentiasa bermotivasi. Bukannya terus menganggap menulis artikel hanya anugerah yang dimiliki oleh seseorang (contoh: wartawan). Menulis artikel bukanlah satu seni tetapi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, saya ingin maklumkan pengertian artikel seperti di bawah:

‘Artikel adalah sebuah karangan pendek yang padat dengan informasi berkenaan sesuatu perkara. Ia ditulis dan diolah dalam menyatakan idea atau konsep dengan penuh bermaklumat, bermakna dan menghiburkan’.

Perhatikan perkataan informasi dalam pengertian di atas; fungsi artikel adalah untuk memberitahu sesuatu perkara yang berinformasi kepada pembaca. Sebab itulah anda harus menulis sendiri artikel bagi kandungan laman web atau blog. Ini kerana, informasi yang ingin anda sampaikan lebih mudah difahami jika ditulis sendiri. Bukan dengan cara mengupah penulis upahan. Jangan dibazirkan wang anda dalam membuat kerja-kerja mudah ini.

Tanpa berlengah lagi, saya akan tunjukkan kepada anda dengan terperinci, bagaimana cara menulis artikel hebat yang dapat membuat para pembaca terpegun. Ada 10 tips semuanya dan saya akan pecahkannya kepada beberapa bahagian. Berikut adalah bahagian pertama.

TIPS MENULIS ARTIKEL #1: Tujuan Menulis Artikel

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam penulisan artikel, anda harus tetapkan tujuan anda dalam menyiapkan sesuatu artikel. Dalam erti kata lain, anda harus mempunyai objektif bagi artikel tersebut. Jika tidak ditetapkan objektif bagi artikel anda, dibimbangi anda akan tersasar dari perkara yang ingin dibincangkan.

Melalui penulisan artikel, jika anda fokus dengan objektif artikel yang ingin ditulis, anda akan berjaya dalam:

1. Membina kredibiliti.
2. Membina tahap professional.
3. Membina tahap kepakaran.
4. Mendapatkan traffik ke laman jualan atau blog.
5. Mendapat keuntungan melalui maklumat yang dikongsi.
6. Meraih pendapatan jika penulisan dijadikan bidang pilihan.
7. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna internet.
8. Dan banyak lagi yang dapat diperoleh hanya dengan menulis.

Saya ingin bincangkan sedikit berkenaan ‘Mendapatkan traffik ke laman jualan atau blog’.

Perkara ini jelas jika anda seorang usahawan internet. Penulisan artikel adalah antara sumber traffik percuma yang terbaik dalam memasarkan sesuatu perniagaan. Saya mengatakan sebegitu kerana penulisan artikel mampu membawa pembaca yang betul-betul berminat sahaja ke laman web atau blog anda. Perkara ini banyak berkaitan dengan enjin carian (contoh: google).

Untuk pengetahuan anda, enjin carian begitu sukakan artikel yang kaya dengan informasi. Jika anda sediakan artikel yang penuh dengan kata kunci dan berkait rapat dengan tajuk artikel, enjin carian pasti anugerahkan laman web atau blog anda dengan hit pembaca yang sangat tinggi. Jangan pula anda tulis artikel untuk dapatkan hit yang tinggi daripada enjin carian sahaja, tetapi tulislah untuk pembaca yang inginkan informasi. Jika anda tulis artikel dengan tujuan untuk menarik traffik semata-mata, saya yakin, hit tinggi yang anda terima tadi, akan menyusut sedikit demi sedikit.

Untuk lebih fokus dalam penulisan artikel, tulislah perkara yang betul-betul anda minati. Contohnya: Anda mempunyai minat dengan permainan bola sepak atau hal-hal memasak atau apa sahaja, tulislah perkara yang diminati dengan penuh pengetahuan. Jika anda tulis sebegitu, saya pasti anda akan berjaya untuk menulis dengan lebih bertujuan dan berobjektif.

Nantikan sambungan bahagian kedua bagi artikel 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik di posting akan datang.

No related posts.

One Response

  1. Shamshul Sunday, 23 June, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge