10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 2

menulis artikel 2 300x164 |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 2Suatu artikel yang menggunakan cara menulis artikel yang baik akan memberikan impak yang baik kepada pembaca. Sebelum saya teruskan dengan tips cara menulis artikel ini,anda boleh ikuti tips sebelumnya dengan klik part 1 agar tidak ketinggalan cara menulis artikel sebelumnya.

Sekarang mari ikuti cara menulis artikel bahagian kedua pula.

TIPS MENULIS ARTIKEL #2: Idea Untuk Menulis Artikel

Selepas anda tetapkan tujuan, anda perlu mencari idea untuk menulis artikel. Idea yang saya maksudkan di sini adalah isi kandungan yang akan ditulis bagi artikel anda kelak. Untuk menulis sebuah artikel informasi, anda wajib membuat kajian terlebih dahulu. Tetapi, apakah cara yang betul dalam membuat kajian ini?

Kita pasti banyak menjadi subscriber kepada penulis artikel antarabangsa. Mereka sentiasa mencadangkan kepada kita supaya sentiasa mendapatkan idea daripada laman web Amazon, Ebay, Clickbank, RSS Feeder dan direktori artikel. Masalahnya, adakah idea daripada laman-laman tersebut dapat diselaraskan dengan pasaran tempatan?

Jawapannya, sudah tentu anda boleh selaraskan dengan pasaran tempatan. Ingat lagi dengan ayat di atas, saya ada sebutkan, anda wajar bijak dalam mengaplikasikan keadaan. Oleh itu, saya cadangkan juga untuk anda dapatkan idea daripada laman-laman tersebut.

Saya tidak berminat untuk bincangkan dengan lebih lanjut berkenaan mencari idea dari laman-laman di atas. Ini kerana, saya tahu anda pasti akan menghadapi masalah dalam mengaplikasikan idea daripada laman tersebut. Saya akan berikan anda cara yang lebih mudah dalam mendapatkan idea untuk artikel anda.

Caranya, anda perlu luangkan 5-15 minit dalam sehari untuk membuat kajian dan bacaan di sumber-sumber berikut:

1. Forum-forum (contoh: WangCyber, CariGold).
2. Blog-blog (contoh: AmboAzhan, TutorialNewbie).
3. Suratkhabar Tempatan (contoh: Berita Harian).
4. Majalah tempatan (contoh: Majalah terbitan Karangkraf).

Dengan membuat kajian di forum, blog, suratkhabar dan majalah, hasil kajian anda akan lebih fokus kepada pasaran tempatan sahaja. Anda tidak perlu mengaplikasikan keadaan lagi. Malah, anda akan berjaya hasilkan artikel untuk pencari-pencari informasi yang malas dalam mendapatkan informasi dari sumber-sumber di atas.

Katakan anda ingin menulis artikel berkenaan ‘Cara Buat Duit Melalui Blog’. Hal ini banyak dibincangkan dari sumber-sumber di atas. Anda hanya perlu dapatkan kesemua idea cara buat duit melalui blog itu dan gabungkan idea tersebut untuk membentuk sebuah artikel.

[[Ketahui RAHSIA menukarkan artikel kepada produk digital @ ebook yang menguntungkan]]

Jangan pula anda copy & paste sahaja idea yang telah didapatkan. Tetapi, olahlah idea-idea tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Jika terdapat masalah dibincangkan dari idea tersebut, cuba berikan pendapat anda untuk selesaikan masalah yang berkenaan. Dengan membantu menyelesaikan masalah yang dibincangkan, saya yakin, para pembaca akan kembali mencari anda dalam membantu menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan pula .

Jika anda masih baru dalam penulisan artikel, saya galakkan supaya anda gunakan isi-isi yang terdapat dalam tips ini ini sebagai idea permulaan dalam menulis artikel pertama anda.

TIPS MENULIS ARTIKEL #3: Tajuk Untuk Artikel

Dalam penulisan artikel, tajuk adalah bahagian yang paling penting sekali. Ingat!! Paling PENTING sekali. Saya tekankan sebegitu kerana; tajuklah yang akan dibaca oleh pembaca terlebih dahulu apabila terjumpa artikel tulisan anda.

Tajuk adalah headline bagi sesebuah artikel, bukannya ayat pertama yang terkandung dalam artikel anda. Tajuk juga adalah rumusan awal bagi isi kandungan artikel anda. Selepas pembaca membaca tajuk sesebuah artikel, dalam sesaat dua, mereka akan segera membuat keputusan sama ada ingin teruskan bacaan atau tidak.

Jika mereka membuat keputusan untuk tidak teruskan bacaan, ini bermakna, tajuk yang direka telah gagal dalam memberi gambaran terhadap isi kandungan artikel anda. Jika hal sebegini terjadi, ubahlah tajuk artikel anda itu.

Untuk mengetahui adakah tajuk artikel anda menarik atau tidak, tanyakan kepada rakan-rakan anda. Minta mereka untuk memberi komen terhadap tajuk artikel anda itu. Jika mereka katakan tajuk anda kurang menyengat, minta pula pandangan dan cadangan mereka supaya anda dapat maksimumkan keberkesanan tajuk terhadap minda pembaca.

Terdapat DUA kaedah untuk memberikan tajuk kepada artikel. Sama ada tajuk dalam bentuk pemberitahuan (contoh: Teknik Mudah Siapkan Produk Dalam 24 Jam) atau soalan (contoh: Adakah Anda Serius Dalam Jana Duit Melalui Adsense?). Tidak kiralah apa jua pilihan anda dalam memberi tajuk, tetapi ia mestilah selaras dengan objektif artikel anda.

Tajuk yang diberi pula mestilah relevan dengan isi artikel anda. Jika tidak relevan, sudah pasti pembaca akan hilang tumpuan dan tinggalkan artikel anda tanpa memanfaatkannya. Cuba anda baca dengan teliti setiap topik-topik yang terdapat dalamartikel ini, adakah topik-topik yang disampaikan tidak relevan dengan tajuk posting? Saya pasti anda tahu jawapannya.

Tajuk yang baik adalah tajuk yang tidak menunjukkan unsur-unsur jualan.

Contoh: Dapatkan Teknik Hebat Buat E-book Sekarang.

Jika anda menulis tajuk artikel sebegitu rupa, ia menggambarkan anda hanya ingin membuat promosi terhadap sesuatu produk sahaja. Para pembaca mungkin membaca artikel anda tetapi tidak begitu teruja untuk menghabiskan bacaan mereka.

Saya cadangkan, tulislah tajuk yang menunjukkan anda ingin berkongsi ilmu.

Contoh: Teknik Hebat Buat E-book, Saya Senaraikan Caranya Di Sini.

Cuba anda perhatikan, saya hanya ubahkan sedikit tajuk artikel itu supaya ia menunjukkan anda sedang membuat satu perkongsian ilmu. Dengan menulis tajuk sebegini, pembaca pasti akan membuat bacaan sehingga ke ayat terakhir artikel anda.

Saya juga yakin, jika anda meletakkan link laman jualan di hujung artikel, dan anda meminta supaya pembaca mengunjungi laman jualan tersebut, mereka pasti akan berbuat demikian dan membuat belian di sana.

Jangan lupa untuk ikuti bahagian ketiga cara menulis artikel yang baik pada posting yang akan datang.

Related posts:

  1. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 1
  2. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 6 (akhir)
  3. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 5
  4. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 4
  5. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge