10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 4

menulis artikel 4 |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 4Seorang penulis yang  menulis artikel yang baik akan memberikan impak yang positif kepada pembaca. Kali ini saya akan membuat sambungan bagi cara menulis artikel yang baik. Anda boleh klik part 1 , part 2 dan part 3 agar tidak ketinggalan tips menulis artikel sebelumnya.

Sekarang mari ikuti cara menulis artikel bahagian ke-4 pula.

TIPS MENULIS ARTIKEL #6: Gambar Untuk Artikel

Untuk menambahkan lagi keberkesanan tulisan anda, saya cadangkan supaya anda sisipkan beberapa gambar ke dalam artikel anda. Hal ini dapat menambahkan keseronokan pembaca untuk membaca artikel anda.

Tetapi, letakkan gambar yang mempunyai hubungkait dengan artikel anda sahaja. Jika artikel anda bercerita tentang buat duit melalui blog, jangan pula anda meletakkan gambar seperti gambar kereta, gambar baju, gambar pinggan dan sebagainya.

Lebih koheren dan kohesi jika anda letakkan gambar screenshot akaun bank atau cek atau duit untuk artikel tersebut. Gambar seperti itu akan memberi satu kuasa psiko kepada pembaca supaya bertindak seperti yang anda tunjukkan.

Saranan saya, jika boleh, jangan selitkan gambar pada setiap perenggan. Hal ini dapat terbitkan sedikit gangguan terhadap emosi pembaca. Jadi, letakkan gambar yang ingin dimuatkan pada setiap dua perenggan artikel anda.

Dengan menggunakan gambar juga, anda dapat menarik perhatian sesetengah pembaca yang tidak tertarik dengan tajuk artikel anda. Pembaca seperti ini akan ‘skim reading’ atau ‘skip’ atau ‘scan’ sahaja artikel anda itu.

Oleh itu, untuk menarik perhatian pembaca seperti ini, meletakkan gambar yang menarik di tengah-tengah artikel adalah jalan terbaik. Apabila mereka terlihat gambar itu, mereka pasti berhenti daripada ‘scan’ dan akan baca setiap perkataan yang cuba anda ingin sampaikan.

Di bawah adalah contoh gambar jika anda ingin berkongsikan sesuatu tentang memancing. Jika anda seorang yang gemar memancing, dan ingin berkongsikan hasil tangkapan anda. Tangkaplah gambar ikan yang dikail pada posisi yang jelas dan terang. Dengan berbuat demikian, gambar anda pasti dapat menarik perhatian para pembaca dan membuatkan mereka terpegun!

menulis artikel 4a |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 4

TIPS MENULIS ARTIKEL #7: Panjang Sesebuah Artikel

Kebiasaannya, disebabkan idea anda yang terlalu banyak dan mencurah-curah, anda telah menulis artikel yang sangat panjang. Anda tulis sehingga lapan ke sepuluh mukasurat panjangnya. Wah.. Dah boleh jadi e-book jika anda tulis sebanyak itu! Kesannya jika anda menulis terlalu panjang, pembaca akan merasa sedikit muak dan bosan dengan tulisan anda.

Pada pendapat saya, sebuah artikel biasa hanya perlu mempunyai 200 hingga 1500 patah perkataan dengan beberapa perenggan. Itu sudah cukup memadai dalam penulisan artikel. Jika anda tulis panjang-panjang, saya khuatir direktori artikel tidak menerima artikel anda nanti. Sebagai persiapan untuk tidak merasa susah dalam menulis, tuliskan jumlah patah perkataan artikel anda mengikut cadangan saya ini.

[[Ketahui RAHSIA menukarkan artikel kepada produk digital @ ebook yang menguntungkan]]

Jika anda berniat juga untuk menulis dengan panjang, saya cadangkan supaya dipecah-pecahkan artikel anda menjadi sub-sub artikel yang berkaitan. Strateginya begini:

Andaikan tajuk artikel anda adalah ‘5 Tips Dalam Menjaga Hati Pelanggan’. Jadikan artikel ini sebagai artikel utama. Untuk artikel seterusnya, pecahkan artikel utama kepada lima sub artikel. Maksud saya, tip yang pertama dijadikan satu artikel, tip yang kedua dijadikan satu artikel, dan tip yang ketiga, keempat dan kelima juga dijadikan artikel yang lain.

Rujuk gambar rajah di bawah untuk lebih pemahaman:

menulis artikel 4b |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 4

Sekarang, tiada lagi alasan untuk anda menulis sebuah artikel yang sangat panjang. Apabila anda pecah-pecahkan sebegini, pembaca akan 99% faham dengan perkara yang anda sampaikan. Anda sudah tahu bukan kesannya jika pembaca faham? Inilah juga yang cuba saya gunakan dalam siri artikel ini. Saya telah pecahkannya kepada 5 bahagian agar anda tidak akan terlalu bosan.

Jangan lupa untuk ikuti bahagian kelima cara menulis artikel yang baik pada posting yang akan datang.

Related posts:

  1. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 3
  2. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 2
  3. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 1
  4. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 5
  5. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge