10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 5

menulis artikel 5 |  10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik   part 5Seorang penulis yang  menulis artikel yang baik akan memberikan impak yang positif kepada pembaca. Kali ini saya akan membuat sambungan bagi cara menulis artikel yang baik. Anda boleh klik part 1 , part 2 , part 3 dan part 4 agar tidak ketinggalan tips menulis artikel sebelumnya.

Sekarang mari ikuti cara menulis artikel bahagian ke-5  .

TIPS MENULIS ARTIKEL #8: Rakam Sebelum & Selepas Tulis Artikel

Untuk mula menulis sesebuah artikel, bagi seseorang yang tidak biasa melakukannya, saya pasti anda akan merasa kekok dan janggal. Yalah.. Dah lama tidak menulis, tiba-tiba ingin menulis semula. Pasti ia sesuatu yang agak sukar. Oleh itu, saya cadangkan kepada anda supaya rakam dahulu suara anda berkenaan perkara yang ingin ditulis.

Gunakan mp3 player atau telefon bimbit anda yang canggih-canggih itu untuk tujuan ini. Manfaatkan sepenuhnya teknologi yang anda miliki sekarang. Apabila anda rakam sebelum menulis, faedahnya seperti berikut:

1. Anda berjaya mencipta sumber artikel yang original.
2. Anda berjaya elakkan dari mengupah penulis upahan.
3. Anda dapat jimatkan masa penulisan artikel.
4. Anda mudahkan kerja-kerja penyusunan idea dan isi artikel.
5. Anda dapat kurangkan kesalahan-kesalahan yang dibincangkan di tip kesepuluh.
6. Anda dapat menulis seperti anda sedang bercakap sepenuhnya.
7. Anda dapat menggunakan sumber ini secara percuma.

Selepas anda rakamkan suara anda, terus terjemahkan kelunakan suara anda itu kepada tulisan. Jangan ditangguh-tangguh kerana pada masa itu, idea anda sedang menggelegak diminta untuk dikeluarkan. Sejurus anda siap dengan penulisan itu, mulakan pula kerja-kerja editing dan review.

Bagi melakukan kerja-kerja review dengan lebih efektik dan efisien, rakam semula artikel yang telah siap ditulis. Bacakan artikel tersebut dan dengarkan semula. Dengan berbuat begini, anda dapat memeriksa terlebih dahulu sama ada artikel anda itu berjaya bercakap ataupun tidak. Kemudian, para pembaca pasti akan sentiasa berkunjung ke laman web atau blog anda.

TIPS MENULIS ARTIKEL #9: Sebarkan Artikel

Setelah anda berjaya menyiapkan artikel anda, saya sarankan supaya disebarkan artikel anda itu. Maksud saya, anda perlu hantar artikel anda ke direktori artikel supaya umum mudah mencari hasil tulisan atau kajian anda itu. Dengan menghantar artikel anda ke direktori artikel, secara tidak langsung, laman web atau blog anda dapat:

1. Membina satu sumber traffik yang percuma.
2. Membuat backlink tanpa bersusah payah mempelajari teknik SEO (Searh Engine Optimization).
3. Meningkatkan pagerank laman web atau blog anda.
4. Membina pemasaran berangkai (viral marketing).

[[Ketahui RAHSIA menukarkan artikel kepada produk digital @ ebook yang menguntungkan]]

Dengan menghantar artikel anda ke direktori artikel juga, nama anda bakal dijumpai di merata-rata di alam maya ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apabila seseorang pembaca berminat dengan tulisan anda, mereka pasti akan mengambil tulisan anda itu dan tepekkan ke laman web atau blog mereka. Jika terdapat 10 orang yang berbuat demikian, bukankah nama anda telah berjaya dinaikkan oleh para pembaca ini?

Untuk menjadikan perkara ini berlaku, anda wajib menyelitkan nama anda pada setiap artikel yang ingin dihantar ke direktori artikel. Tuliskan informasi anda seperti di bawah:

• Penulis bagi artikel ini ialah dari .
• Notis: Jika anda berminat untuk menjadikan artikel ini sebagai isi laman web atau blog anda, sila sertakan nama penulis dan laman asal artikel ini. ATAU;
• Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari. Ayat seperti ini digunakan jika anda bertujuan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Untuk pengetahuan anda, sebelum anda menghantar artikel ke direktori artikel, pastikan artikel anda adalah original, berkualiti dan penuh dengan informasi. Bukannya artikel yang menceritakan diri anda atau keluarga dan lain-lain. Saya meminta anda berbuat demikian kerana terdapat beratus-ratus penulis lagi yang turut menghantar artikel mereka ke direktori artikel ini. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu artikel anda mempunyai ciri-ciri seperti yang dibincangkan.

Di bawah ini, saya senaraikan beberapa direktori artikel yang sesuai dengan pasaran tempatan:

  1. Goarticles
  2. ArticleBase
  3. Malaysian Digg
  4. Negaraku
  5. MalaysiaStory
  6. Direktori Rezqi
  7. Forum-forum

Utuk pelajari lebih dengan lanjut berkenaan pemasaran artikel, saya akan ulaskan dalam siri artikel Rahsia Pemasaran Artikel pula.

Related posts:

  1. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 4
  2. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 3
  3. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 2
  4. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 1
  5. Tips Pengurusan Masa Yang Efektif – Part 4

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge