10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 6

Seorang penulis yang  menulis artikel yang baik akan memberikan impak yang positif kepada pembaca. Kali ini saya akan membuat sambungan bagi cara menulis artikel yang baik. Anda boleh klik part 1 , part 2 , part 3 , part 4 dan part 5 agar tidak ketinggalan tips menulis artikel sebelumnya.

Sekarang mari ikuti cara menulis artikel bahagian ke-6 dan ini adalah bahagian terakhir  .

TIPS MENULIS ARTIKEL #10: Elakkan Kesilapan

Jika anda menganggap penulisan artikel boleh dilakukan secara sambil lewa, buanglah tanggapan itu kerana ia adalah salah. Saya begitu tekankan berkenaan gaya penulisan di blog saya kerana ramai usahawan internet tidak mempedulikan kesilapan-kesilapan di bawah. Bukankah anda ingin membuat para pembaca terpegun apabila mereka membaca tulisan anda? Oleh itu, Ingat!! Jangan dilakukan kesilapan-kesilapan seperti ini:

1. Membuat kesalahan ejaan.
2. Menggunakan istilah atau perkataan yang kompleks tanpa memberi penerangan.
3. Mengaplikasikan tatabahasa yang salah dan terpesong.


4. Menggunakan short-form dalam penulisan (contoh: yg, sy, p’niagaan dan lain-lain).
5. Mengulang-ulang idea, ayat dan perkataan yang sama berkali-kali.
6. Penyusunan isi artikel yang tidak teratur (koheren dan kohesi).
7. Tidak menggunakan tanda noktah atau koma.

Alasan lain bagi kenapa anda harus elakkan dari melakukan kesilapan ini adalah, supaya direktori artikel tidak akan menolak artikel yang ingin dihantar. Jika pihak direktori artikel dapati anda telah melakukan salah satu dari kesalahan di atas, maka, mereka berhak untuk menolak artikel anda untuk disimpan dalam direktori yang disediakan. Nasihat saya, amalkan sikap penulisan sempurna sebelum publish artikel anda ke direktori pilihan!!

[[Ketahui RAHSIA menukarkan artikel kepada produk digital @ ebook yang menguntungkan]]

KESIMPULAN

Penulisan artikel adalah sesuatu yang menguntungkan dalam perniagaan internet. Bahkan, membuat artikel adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan ianya percuma apabila melibatkan hal-hal pemasaran.

Buat masa ini, saya yakin anda sudah tahu cara-cara untuk menulis artikel yang boleh membuatkan pembaca terpegun. Jika anda belum dapat memahami perkara yang dibincangkan di sini, rehatkan minda anda dahulu dan cuba baca sekali lagi.

Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah mengambil tindakan. Dengan membaca informasi di sini sahaja tanpa sebarang tindakan tidak akan memberi perubahan dalam perniagaan internet anda.

Semoga berjaya!

Related posts:

  1. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 5
  2. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 4
  3. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 3
  4. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 2
  5. 10 Tips Cara Menulis Artikel Yang Baik – part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge