14 Rahsia Buat Duit Dengan Affliliate – part 1

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 14 Rahsia Buat Duit dengan Affiliate . Satu fakta yang harus anda persetujui. “ Untuk menjadi top affiliate sebenarnya adalah SUSAH! “

Semasa anda melihat perlawanan bola sepak di televisyen, sudah tentu anda melihat betapa MUDAHNYA untuk menentukan siapa menang dan siapa kalah. Pasukan yang mantap dan bermain pantas semestinya akan menang. Manakala pasukan yang lembik dan tidak kukuh pasti kalah!

Pemain penyerang ditugaskan di jentera serangan manakala pemain pertahanan pula bertanggungjawab mempertahankan kubu. Dan jangan pernah anda lupakan, jurulatih adalah orang yang memainkan peranan paling penting dalam menetukan corak dan strategi perlawanan.

Dalam satu perlawanan, semua pemain mempunyai satu tujuan yang sama. MENJARINGKAN GOL! Tetapi sejauh mana kehebatan anda untuk menjaringkan gol?? Tidakkah anda terfikir bahawa pemain-pemain lain juga mempunyai keinginan yang sama seperti anda? Lihat betapa sengitnya situasi!!

“ Tahukah anda agenda di sebalik permainan bola sepak ini?? ”

Peperangan affiliate boleh diumpamakan seperti perlawanan bola sepak. Perbezaannya hanyalah affiliate tidak melibatkan 3 golongan dalam pasukan tersebut dan tiada KEKUATAN OTOT mahupun KEPANTASAN BERLARI!

Peperangan affiliate hanya melibatkan diri anda semata-mata! Andalah penyerang, andalah pemain pertahanan dan anda jugalah jurulatihnya!

Ia juga disertai oleh ramai affiliater-affiliater lain. Terlalu banyak persaingan! Sedangkan produk yang dipromosikan adalah satu dan sama sahaja. Bagaimana untuk anda memenangi cabaran tersebut??

Jawapannya hanya satu. U-N-I-K. Ya, UNIK! Dengan kuasa UNIK sahajalah anda mampu memenangi peperangan affiliate.
“ Tetapi bagaimana untuk anda menjadi UNIK??? “

Sebelum anda menjadi UNIK, pastikan anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan di bawah ini :

1. Mempromosikan pelbagai produk dalam satu masa.
Anda perlu ingat bahawa tidak semua orang mampu membeli banyak produk dalam satu-satu masa. Banyak lagi tanggungan lain yang mereka perlu selesaikan.

Untuk itu, anda pilihlah satu program affiliate sahaja. Dan promosikan HANYA produk tersebut!

Kelak anda akan dilabel TAMAK oleh prospek yang menerima promosi anda.
2. Tidak memberikan maklumat yang jelas tentang produk yang dipromosikan.

Adakah anda akan membeli sesuatu produk yang samar-samar? Kurang maklumat mengenainya. Dan anda hanya tahu tajuk produk tersebut dan harganya!

Sudah tentu tidak bukan, oleh itu jangan lupa untuk memberitahu secara ringkas tentang produk yang anda promosikan itu. Tidak perlu berjela-jela. Cukuplah seringkas mungkin.
3. Pemberian rebet kurang relevan.

Komisyen affiliater kebanyakannya adalah 30% hingga 55%. Jika produk yang anda promosikan berharga rm40, kemungkinan komisyen anda adalah Rm20.

Jika anda menawarkan rebat lebih Rm10, berapa banyak keuntungan anda?? Buat penat promosi sahaja.

Untuk pengetahuan anda, jika rezeki anda untuk memenangi peperangan affiliate, kehebatan anda itu boleh dipertikaikan!

“Alah, kau bagi rebat boleh la. Kalau kau kira untung kau tu, berapa kau dapat?”

Cuba anda hitung sedikit. Jika anda adalah top affiliate dan berjaya mencatat sebanyak 20 jualan. Komisyen anda setelah ditolak rebet adalah Rm10X20=Rm200.

Tetapi pesaing anda mendapat 15 jualan. Beliau tidak menawarkan rebet. Rm20X15=Rm300. Walaupun beliau tidak bergelar top affiliate, komisyen beliau lebih tinggi dari anda. Lihat kekalahan anda disini!

Seterusnya, ketahui 3 faktor utama prospek membeli daripada link affiliate anda.

1. Kredibiliti

Sebenarnya susah untuk memperolehi kredibiliti dalam sekelip mata. Ramai yang mengharap untuk dikenali secepat mungkin, tetapi apabila hasilnya tidak memuaskan, ramai yang berputus asa.

Bagaimana untuk membina kredibiliti? Jawapannya ada dalam diri anda sendiri. Orang lain tidak dapat membantu anda dalam hal ini. Anda perlu terima hakikat itu.

2. Kesungguhan

Setiap prospek tidak mempunyai banyak masa. (ini adalah hakikat sebenar bagi seorang pembeli yang benar-benar berkualiti).

Jangan salah anggap di sini, pembeli sebegini bukanlah membeli dalam masa yang drastic. Mereka juga perlukan masa untuk berfikir banyak kali sebelum membeli.

Namun, masa anda mempromosikan produk tersebut sebenarnya. Adakah anda akan membeli daripada orang yang hanya sekali sahaja promosikan kepada anda? Lebih baik anda beli dari orang yang banyak kali promosi bukan? Ini menunjukkan kesungguhan anda.

3. Perkaitan produk dengan anda.

Jika anda ‘bermain’ dengan niche kewangan, tiba-tiba anda promosikan produk bernichekan makanan. Anda sendiri akan berasa pelik. Apatah lagi prospek kan.

Jadi, anda perlu ‘bermain’ dengan produk yang sealiran dengan anda. Jangan buang masa untuk yang lain-lain. Seterusnya, bagaimana anda ingin menjadi UNIK?? Saya akan kongsikan dalam bahagian yang seterusnya. Stay tune!

Related posts:

  1. 30 cara beri bonus untuk buat duit dengan affiliate.
  2. Buat duit dengan affiliate melalui teknik review
  3. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah
  4. 10 perkara asas untuk buat duit dengan affiliate dan buat untung
  5. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge