14 Rahsia Buat Duit Dengan Affliliate – part 2

Ramai yang mencari rahsia buat duit dengan internet . Anda boleh baca artikel sebelumnya disini. Berikut adalah antara rahsia kejayaan seorang affiliate.

1. Cari produk affiliate yang kurang saingan.
Bagaimana untuk mencari affiliate sebegini? Mudah saja… Carilah beberapa affiliate yang dilaunchkan secara ala kadar sahaja. Kenapa dilaunchkan ala kadar? Ini kerana pemilik produk sudah mempunyai pengikut sendiri dan sudah ada AURA. Anda tidak perlu gila-gila sangat promosi, prospek sudah tahu produk itu pasti berkualiti.

Dan cari affiliate yang kurang mendapat perhatian golongan senior. Kebiasaannya jika anda menyertai affiliate yang PANAS, peluang anda menang adalah sangat sedikit.

Produk sebeginilah yang anda perlu promosikan jika ingin merasa menjadi top affiliate.
2. Mindsetting anda sendiri.

Apa salahnya jika anda cari affiliate yang tidak mengadakan cabaran. Kenapa pula?

Di sini anda perlu ada satu mindset. Adakah gelaran top affiliate itu terlalu bermakna? Bersaing dengan ramai peserta hebat?

Tidakkah anda terfikir bahawa, jika anda telah berjaya membuat 10 jualan sekalipun, anda adalah top affiliate bagi diri anda?

Hanya anda ada jawapannya… 
3. Beli dahulu produk yang ingin dipromosikan.

Jika anda bukan rakan JV produk yang ingin dipromosikan, sudah tentu anda perlu dapatkannya terlebih dahulu. Prospek akan lebih yakin jika anda sendiri telah mempunyai produk tersebut.

Tidak salah melabur untuk itu. Anda dapat ilmu dan anda juga bakal dapat pulangan affiliatenya.
4. Cloak link affiliate anda!

1st impression adalah penting jika anda ingin menjadi affiliate yang berjaya. Serlahkan daya keunikan diri anda sendiri melalui link affiliate tersebut. Anda pasti mencipta kelainan dari pesaing-pesaing anda.

Dalam masa yang sama juga anda membina nama dan dilihat professional oleh prospek. Tak nak ke macam tu?

Bagaimana untuk cloak link, search saja di google. Ada banyak caranya… Semuanya bergantung atas usaha anda untuk melakukanya.
5. Kenalkan siapa diri anda yang sebenarnya.

Fakta yang WAJIB anda tahu, prospek tidak akan membeli daripada orang yang mereka tidak kenali. Siapa anda untuk mereka membeli daripada anda?? Dan kenapa perlu membeli daripada anda sedangkan ada affiliater lain yang lebih prospek kenali?? Haa… Macam mana? Dah mati akal ke? 

Terlebih dahulu, beritahu prospek siapa anda untuk mereka membeli daripada anda. 
6. Jelaskan perkaitan anda dengan produk yang dipromosikan

Bagitaulah kepada prospek bahawa anda juga pembeli produk tersebut. Sila jelaskan juga bahawa anda tidak pernah mempromosikan sesuatu sebelum anda sendiri mendapatkannya.

Anda juga telah mengaplikasikan teknik yang ditunjukkan dan anda berjaya.

Pasti MUJARAB!! 

Tak percaya??

Cubalah…

 

 

 

7. Reviewkan seikhlas mungkin.

Anda dah ada pun produk tersebut, berikanlah review yang terbaik. Selitkan pro dan kontra produk itu. Di sini, anda perlu jujur dengan prospek anda. Jika tidak mereka tak akan pandang lagi promosi yang datang dari anda. Cara untuk review pun mudah.

Cuba reviewkan bahagian2 seperti ini.
– Grafik
– Gaya penulisan
– Isi kandungan
– Diri empunya produk

8. Buat landing page untuk ‘disumbatkan’ perkara-perkara yang telah anda lakukan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, hanya ada 2 jenis landing page affiliate yang mengancam!

Nak tahu apa dia? Yang utama adalah grafik sebenar pemilik produk. Anda boleh contact dengan pemiliknya untuk meminta kebenaran menggunakan minisite asal.

Kedua adalah landin page anda sendiri. Terpulang untuk anda designkan macam mana, yang penting serasi dengan produk yang dipromosikan.
9. Berikan bonus. PASTIKAN BERSESUAIAN!

Kebanyakan prospek mahukan bonus untuk mereka membeli daripada anda. Mereka tidak kisah dengan harga produk yang dipromosikan tersebut, asalkan pelaburan mereka berbaloi! Mereka dapat manfaat daripada produk yang anda promosikan dan dalam masa yang sama, mereka juga mendapat manfaat daripada bonus anda itu.

Bagaimana untuk memberikan bonus? Lihat niche produk affiliate yang anda promosikan itu, jika nichenya adalah produk buat duit, berikan bonus dalam bentuk buat duit juga dan itulah sebaliknya.

Jangan sesekali menawarkan bonus yang terpesong dari nichenya. TIDAK AKAN BERJAYA MENJUAL!

Kenapa? Masih tak percaya juga??

Hmmm…kali ini pun tak percaya juga…

Tak apalah, silakan mencuba.

Nanti anda tau sebabnya kenapa saya berkata seperti ini…
10. Jangan memandang rendah bonus anda!
Kesilapan anda jika ada yang bertanya kepada anda berkenaan bonus tersebut, anda jawab dengan tidak yakin. Anda sendiri tidak tahu kelebihan bonus anda!

Jadi, anda fikir, adakah prospek akan membeli daripada anda?

Sama sekali tidak! Mereka tidak akan membeli bonus yang diragui keberkesanannya. Sedangkan anda sendiri tidak yakin dengan bonus anda, apatah lagi mereka…

Oleh itu, yakin dengan produk anda sendiri!

 

 

 

 

11. Tarik perhatian prospek dengan sesuatu yang kontroversi!

Tahukah anda, kebanyakan orang lebih tertarik dengan perkara-perkara yang negative? Anda nak sedikit bukti? Hmm..cuba perhatikan keadaan sekeliling anda. Jika ada seseorang di kampung anda menjadi pekerja yang berjaya, apakah yang selalu orang perkatakan?

Kebanyakannya berbunyi begini,

“ Aku tak sangka betullah si polan tu sekarang dah berjaya. Siap boleh pakai Mercedes mata belalang lagi! Dulu si polan tu degil. Kerjanya mengusik anak dara orang dan merempit keliling kampung sahaja. Sekarang kau tengok! Fuhh…tak sangka betul!”

Haa…anda selalu dengar macam ni kan? Cuba anda lihat pula situasi di bwah ini,

“ Aku tak sangka betullah si polan tu sekarang dah berjaya. Siap boleh pakai Mercedes mata belalang lagi! Tapi, memang patut pun. Dulu budak tu rajin, walaupun degil tapi dia pandai. Memang patutlah dia berjaya…”

Ahha…macam mana? Setuju? Hehe… Jadi gunakan kelebihan ini ya.
12. Layanan TERBAIK dan servis pantas!

Kuasa viral jangan pernah anda abaikan. Tahukah anda viral mulut ke mulut sangat berkuasa? Walaupun di dalam internet kita berkomunikasi secara tulisan, namun ia sebenarnya lisan jika di dunia nyata.

Berikan bonus kepada pembeli secepat mungkin! Jika anda menetapkan waktu tertentu untuk memberikan bonus, sila nyatakan awal-awal. Dan jangan melanggar time tersebut.

Apabila seorang sahaja mendapat respon yg pantas daripada anda, dia akan menyampaikan kepada orang lain.

Situasinya berbunyi begini,

“ Mat, aku sarankan kau beli dari mamat ni. Aku punya bonus 5 minit je da dapat(katakan). Memang pantas lah. Lagi satu, aku tnya dia bnyak soalan pun, selamba jer dia jwab. Memang aku yakin dengan bonus dia…”

Ingat, pelanggan sentiasa betul… 

 

13. Hubungi pelanggan yang pernah berurusan sebelum ini.

Mendapatkan pelanggan baru sebenarnya adalah susah berbanding anda mendapat pelanggan yang berulang.

Anda hanya perlu emel sahaja pelanggan-pelanggan yang pernah berurusan dengan anda. Kadar keberkesannya lebih tinggi berbanding biasa.

14. Kuasa Kuota Terhad!

Ada sesetengah prospek yang suka membeli pada saat-saat akhir. Hal ini mungkin mereka ingin melihat dulu suasana yang berlaku atau mungkin juga mereka masih belum mendapat gaji.

Anda boleh letakkan sedikit gesaan seperti kuota 30 sahaja atau terhad sehingga hari XXXX sahaja.

Di sini anda juga telah menapis prospek yang benar-benar berkualiti dengan prospek yang acuh tak acuh.

Sudah 14 cara dikongsikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah TINDAKAN. Tanpa tindakan anda masih di takuk yang lama. Selamat Berjaya!

Related posts:

  1. 14 Rahsia Buat Duit Dengan Affliliate – part 1
  2. 30 cara beri bonus untuk buat duit dengan affiliate.
  3. Buat duit dengan affiliate melalui teknik review
  4. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah
  5. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate

One Response

  1. Norhayati Suaib Tuesday, 21 October, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge