Archive for March, 2006
Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang saya kira sangat menarik untuk dinilaikan kita sama-sama renungkan.
—————————-
Oleh: Dr Ahmad Zaki Ismail
KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.
Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu. Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.
No internet Access = Fully Automated Income
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pertamanya saya mohon maaf sebab sudah agak lama saya tidak membuat sebarang post. Sebenarnya saya agak sibuk dengan menyediakan beberapa perkara untuk satu program internet yang saya sertai. Insya-allah saya akan cuba membuat post tentang pelbagai tips dan artikel sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Untuk post hari ini saya akan bincangkan apakah yang membolehkan saya menjana pendapatan tambahan� sebelum ini walaupun TANPA AKSES INTERNET di rumah. Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada pertengahan 2004 saya sebenarnya tidak mempunyai akses internet di rumah. Banyak faktor yang menyebabkan saya belum bersedia untuk mendaftarkan line telefon dan salah satu daripadanya ialah pengurusan masa.
Namun, sejak 6 Februari saya akhirnya mengambil keputusan memohon kepada Telekom dan kini saya sudah boleh akses internet dari rumah walaupun hanya menggunakan dial-up. Semalam baru terima bil, mak oi mahalnya! Nampaknya saya perlu pertimbangkan untuk daftar streamyx la pulak.
Saya akan berkongsi dengan anda apakah yang saya lakukan sejak itu. Selama 6 bulan pertama saya tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Masa itu saya kira sebagai masa penyesuaian dan menikmati sepenuhnya kehidupan seorang surirumah sepenuh masa.
Pada bulan Disember 2004, saya telah menerima email jemputan untuk menyertai satu kumpulan yang menjalankan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet. Selepas melawat laman web tersebut, saya memang merasakan kelainannya. Walaupun ia berbentuk autodownline** untuk satu program perniagaan jualan langsung (MLM) , tetapi pendekatan yang digunakan agak berbeza daripada kebanyakan program lain yang saya pernah sertai dan sokongan yang diperolehi sangat mengkagumkan.
**Jika anda masih kurang pasti apakah autodownline, ia adalah sebuah program yang akan memberikan ahlinya sebuah laman web percuma untuk dipromosikan. Jika ada sesiapa yang mendaftar melalui laman web tersebut, secara automatik ia akan menjadi downline kepada pemilik laman web yang dipromosi. Ia juga turut dikenali sebagai program referral.**
Sebenarnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai perniagaan jualan langsung (MLM)� . Tetapi sejak saya bercadang untuk berhenti kerja, saya telah cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai apakah yang boleh saya lakukan dengan hanya bekerja dari rumah.
Dan saya lihat perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet adalah salah satu� peluang yang sangat menarik sebenarnya. Akhirnya saya mula membuka minda untuk mengkaji tentangnya dan mula menyertai beberapa program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet tetapi tidak berjaya. Tapi, saya sebenarnya tak kecewa sebab saya tahu mengapa saya gagal- tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Kalau menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) secara konvensional atau offline agak mustahil untuk orang seperti saya berjaya, tetapi dengan internet sebenarnya jauh lebih MUDAH dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. Kini sudah setahun saya menyertainya dan saya kira ia merupakan salah satu program yang memberikan� pendapatan tambahan yang agak STABIL setiap bulan walaupun masih belum begitu lumayan.
Apa yang penting ialah, saya tidak perlu samaada syarikat jualan langsung ini terlibat dengan skim piramid yang dianggap musuh terbesar . Ini kerana� syarikat jualan langsung yang kumpulan saya sertai telah beroperasi selama 18 tahun dan ia telah terbukti kukuh dan berjaya mengharungi kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dengan jayanya.
Apa yang saya suka dengan program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini ialah saya tidak perlu menjual kepada sesiapa pun. Apa yang saya buat ialah menukar kedai dimana saya membeli barangan keperluan. Ada lebih 300 produk yang boleh saya pilih seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi, jus, ubat gigi, kopi, vitamin, minyak wangi sabun mandi dan sebagainya.
Melalui program perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya juga tidak perlu berjumpa dengan sesiapa pun. Segala proses komunikasi dijalankan melalui emel, sms mahupun panggilan telefon sahaja. Ia memang sungguh mudah. Jika dulu saya paling tak suka perniagaan jualan langsung (MLM)� sebab kena “cari orang†dan perlu berhadapan dengan begitu banyak penolakan.
Tapi sejak berkenalan dengan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet ini, saya semakin seronok untuk “cari orang†sebab ia sungguh MUDAH. Hanya promosikan laman web, dan anda akan hanya perlu berkomunikasi dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.Upline juga banyak membantu.
Okla, rasanya dah agak banyak yang saya tuliskan. Kalau anda pernah kecewa dengan perniagaan jualan langsung (MLM) konvensional, boleh mencuba perniagaan jualan langsung (MLM) melalui internet pula. Tetapi, suka saya ingatkan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dengan Skim Piramid yang menggunakan perniagaan jualan langsung (MLM)� untuk mengaburi peserta.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Mengatasi Masalah Kesunyian Apabila Bekerja Dari Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat menarik tentang mengatasi kesunyian. Ia sebenarnya memang terjadi kepada saya. Maklumlah semasa bekerja dahulu kita ada ramai kawan-kawan yang boleh diajak berbual, tetapi kini pergaulan sangat terhad kepada anak-anak dan jiran terdekat. Selepas membuat sedikit kajian.
Rupa-rupanya saya tidak bersendirian kerana ia sebenarnya adalah perkara yang normal. Kemudian saya bertemu dengan artikel ini didalam Bahasa Inggeris dan terus saya terjemahkan. Oleh kerana ia telah lama terperuk didalam komputer saya, saya minta maaf sebab tidak dapat menyatakan sumbernya. Selamat Membaca!
—————————————
Seperti kebanyakkan orang, apabila anda memikirkan bagaimana rasanya bekerja dari rumah, anda barangkali akan terfikir tentang kelebihan-kelebihan seperti;
· Bekerja mengikut masa sendiri,
· Tidak perlu merasa tertekan,
· Tidak menghadapi kesukaran pergi dan balik ke tempat kerja setiap hari,
· Dapat menikmati keindahan taman anda di siang hari,
· Tidak perlu melayan karenah bos,
· Dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak,
· Dapat bekerja dalam keadaan dan suasana yang selesa dan sebagainya.
Sememangnya semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan sekiranya bekerja dari rumah. Tidak lama selepas mula bekerja dari rumah, anda akan mula mengenang semula pada suasana bekerja sebelum ini dan sedar yang anda sebenarnya;
- rindu pada tetamu-tetamu yang tidak diundang yang sentiasa mengganggu anda membuat kerja,
- rindu untuk berjalan-jalan di taman sewaktu makan tengahari bersama rakan baik anda di tempat kerja,
- rindu untuk pergi minum beramai-ramai selepas kerja pada malam Sabtu,
- tidak lagi berpeluang untuk berkongsi pandangan rakan sekerja apabila anda mendapat sesuatu idea baru.
Sekarang, keadaannya sunyi. Tiada siapa yang boleh anda ajak berbual kecuali anak-anak anda yang berumur tidak lebih daripada 4 tahun. Anda akan dapati yang anda sentiasa memeriksa e-mel untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang ada. Anda juga akan berharap agar telefon berdering.
Semasa bekerja di pejabat dahulu, anda merupakan orang yang sangat benci deringan telefon dan berpendapat kewujudan pesanan suara dan e-mel merupakan satu rahmat yang tak terhingga kerana dapat mengurangkan gangguan deringan telefon.
Memang tidak dapat dinafikan, berubah daripada dunia korporat kepada bekerja di rumah merupakan satu bentuk peralihan yang ketara. Kebanyakkan orang terpaksa bergelut dengan cabaran/ masalah kesunyian semasa memulakan perniagaan dari rumah. Selamat menempuhi suasana bekerja di rumah yang sebenarnya … keseorangan dan kesunyian.
Tetapi, seperti yang disenaraikan dibawah, terdapat banyak cara untuk mengelakkan diri anda daripada merasa kesunyian dan keseorangan dengan berhubung dengan dunia luar dan membentuk rangkaian perniagaan.
Ingat, hanya kerana anda bekerja seorang tidak bermakna anda perlu melakukannya seorang diri. Di sini merupakan cara-cara untuk anda mengelak daripada merasa kesunyian semasa bekerja dari rumah:
#1 – Membuat Perancangan Yang Rapi
Tidak ada perkara yang lebih menimbulkan rasa kesunyian daripada melalui setiap detik tanpa membuat apa-apa sepanjang hari. Jangan mulakan hari anda tanpa membuat perancangan tentang apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut. Anda perlu merancang masa anda supaya anda tidak perlu melalui masa terluang tanpa membuat sebarang aktiviti.
Oleh itu, tulis senarai perkara-perkara yang anda patut buat, sebaik-baiknya di akhir hari sebelumnya, supaya anda dapat terus memulakan aktiviti-aktiviti yang anda rancang sebaik sahaja hari anda bermula tanpa memberi ruang untuk rasa kesunyian timbul.
#2 – Berinteraksi Dengan Dunia Luar
Apabila menulis perkara-perkara yang akan anda buat, pastikan anda sertakan sekurang-kurangnya dua aktiviti yang memerlukan anda untuk berinteraksi dengan org lain. Menjalin hubungan dengan pihak lain adalah sangat penting samada anda bekerja dengan untuk orang lain atau untuk diri sendiri.
Oleh itu, jalinkan hubungan dengan orang yang dapat membantu perkembangan perniagaan anda dan pada masa yang sama menghubungkan anda dengan dunia luar.
Menyertai badan atau kelab professional, menghadiri seminar dan pameran yang berkaitan dengan perniagaan anda merupakan cara-cara terbaik untuk anda berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat, kepakaran dan cabaran yang sama. Libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan bawa bersama-sama kad perniagaan anda secukupnya.
#3 – Mewujudkan Rangkaian Peniagaan Bersama
Cara lain untuk mengelakkan masalah kesunyian ialah dengan mengadakan rangkaian perniagaan dengan peniaga-peniaga lain yang juga bekerja di rumah. Bergabung dengan perniagaan-perniagaan lain yang memberikan perkhidmatan tambahan bagi perniagaan anda.
Anda bukan sahaja menambahkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak, malah telah mewujudkan rangkaian perniagaan yang professional.
#4 – Menganjurkan Majlis Anda Sendiri
Setelah anda menyertai pelbagai pertubuhan dan mewujudkan rangkaian perniagaan bersama, teruskan usaha anda dengan mengadakan majlis anda sendiri supaya kesemuanya dapat berkumpul bersama. Majlis tersebut boleh dijadikan sesi perbincangan perniagaan ataupun cumalah satu majlis keramaian seperti majlis barbeque di taman berhampiran.
Apapun majlis yang anda anjurkan, anda akan dapat mengeratkan hubungan dengan orang-orang yang terlibat dalam arena baru anda, sama seperti apa yang anda telah buat semasa anda bekerja di dalam pejabat korperat. Bezanya, sekarang ini anda sendiri yang mesti berusaha untuk menjalinkan perhubungan ini. Mereka bukannya orang yang mudah untuk anda temui di pejabat setiap hari.
#5 – Sertai Gimnasium
Dengan bekerja dari rumah anda berpeluang untuk makan dan minum pada bila-bila masa yang anda suka. Anda semestinya mengambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bukan? Pastinya ya! Oleh itu, kenapa tidak bak kata pepatah melayu, menyelam sambil minum air … kekalkan kecergasan dan berkenalan dengan orang baru.
Sekiranya anda mempunyai rutin yang membolehkan anda pergi ke gimnasium pada waktu yang sama setiap hari, anda akan bertemu dengan kumpulan orang yang hampir sama dan berkenalanlah dengan mereka.
#6 – Gunakan Internet
Mempunyai rakan internet merupakan satu lagi cara mengekalkan perhubungan dengan dunia luar. Walaupun begitu, anda perlu ada disiplin yang kuat. Sangat mudah untuk anda menghabiskan banyak masa bekerja anda bertukar-tukar emel dan berbual-bual. Jangan habiskan masa anda begitu sahaja, tetapi anda perlu juga mempunyai rakan internet dan kekalkannya.
#7 – Bunyi Latarbelakang
Kadang kala, keadaan yang senyap sunyilah yang mengingatkan anda keseorangan. Sekiranya anda datang dari dunia korporat, hari kerja anda biasanya diiringi dengan bunyi bising yang berterusan daripada deringan telefon, suara perbualan dan gelak ketawa pekerja-pekerja lain, sistem intercom diwaktu makan tengahari sehingga habih waktu pejabat.
Sekiranya anda merasa sunyi, bukalah radio dan biarkannya semasa anda sedang bekerja. Perbualan di radio juga bagus kerana seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual di bilik sebelah, tetapi sekiranya anda dapati topik perbualan tersebut menarik minat anda dan menyekat anda daripada terus bekerja, tukar ke siaran lain yang hanya mendendangkan lagu.
# 8 – Keluar bersiar-siar
Jika anda bekerja, anda pastinya melihat ada rakan sekerja yang keluar membeli-belah atau berjalan-jalan semasa waktu makan tengahari. Ia bukan sahaja untuk meregangkan otot dan menghilangkan berat badan, tetapi ia juga baik untuk mengurangkan tekanan. Anda juga boleh membuat perkara yang sama.
Apa yang perlu anda lakukan ialah jadualkannya dengan teliti agar masa yang dipilih bersesuaian untuk semua pihak. Ajaklah pasangan, rakan-rakan ataupun anak-anak pergi ke taman, pantai, membeli-belah mahupun menonton wayang.
#9 – Dapatkan satu hobi
Salah satu kelemahan apabila anda memulakan perniagaan dari rumah ialah anda telah mengubah hobi anda kepada sumber pendapatan dan ia biasanya menjadi tidak begitu menyeronokkan lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan satu hobi baru. Pilihan terbaik ialah hobi yang membolehkan anda bergaul dengan ramai orang seperti bersukan, kelas agama, badan kebajikan atau kelab.
#10 – Dapatkan pekerjaan sambilan
Anda mungkin memilih untuk memulakan perniagaan dari rumah kerana ingin melarikan diri dari terikat dengan msa bekerja dan pastinya anda tidak ingin masuk kembali ke dunia tersebut. Ada seorang penulis bebas yang bekerja dari rumah turut mengajar kursus penulisan secara sambilan selama 5 jam seminggu di kolej. Ia semua dilakukan kerana dengan bekerja diluar dia boleh mengatasi kesunyian dan membolehkan anda bergaul dengan ramai orang selain mendapatkan pendapatan tambahan yang lain.
Jika anda meneliti sepenuhnya 10 perkara yang dinyatakan diatas, kebanyakannya menyarankan anda agar meninggalkan rumah dan mendapatkan ramai rakan untuk mengatasi kesunyian. Anda hanya memerlukan beberapa minit sehari bercakap atau berhubung dengan rakan-rakan melalui telefon atau chatting, bersiar-siar untuk melihat keindahan alam selain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarg anda ialah apa yang anda perlukan untuk memastikan anda sentiasa produktif dan gembira.
——————
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap�
Salah Anggapan Mengenai Perniagaan Online
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada masa kini, terdapat begitu ramai yang beralih kepada menjalankan sepenuhnya perniagaan melalui internet dengan beberapa kepercayaan bahawa ia merupakan satu cara yang lebih mudah dan murah berbanding menjalankannya secara offline.
Sebenarnya tiada cara yang mudah dan murah untuk menjalankan apa jua perniagaan secara online atau offline. Internet merupakan salah satu kaedah berbeza didalam menjalankannya. Antara kenyataan yang memerlukan penelitian anda ialah
#1:Ia begitu mudah hinggakan sesiapa sahaja boleh melakukannya – sebenarnya anda mungkin tidak dapat melakukannya walaupun didalam imaginasi. Secara realitinya, membangunkan sebuah perniagaan internet ialah satu proses yang sangat lambat, mengambil masa yang panjang dan mengecewakan. Usaha pertama anda pastinya menyediakan sebuah laman web.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina sebuah laman web, terutamanya jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia ini kerana ia boleh mengambil masa berbulan-bulan hanya untuk laman web yang mempunyai 2-3 muka sahaja. Kalaupun anda ingin meminta orang lain membangunkannya, anda perlu tahu apa yang anda ingini dan mempunyai peruntukan mencukupi untuknya.
Anda juga akan dihujani dengan pelbagai maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber yang memberikan pelbagai jenis fakta. Apa yang penting ialah praktikkan apa yang boleh membantu anda dan sentiasa belajar melalui kaedah trial and error.
Bayangkan bagaimana anda menghabiskan masa seharian mencuba untuk mendapatkan ranking terbaik didalam search engine tetapi akhirnya masih dikedudukan corot dan mencari pakar lain pula untuk mengetahui apakah kesilapan anda.
Akhirnya anda akan sedar bahawa sebenarnya anda perlu belajar bagaimana melakukannya sendiri berdasarkan segala maklumat yang anda ada. Ramai yang berputus asa kerana ia memerlukan kerja keras dan penuh dengan kekecewaan kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk melakukan apa yang perlu dilakukan.
#2:Saya boleh menjadi kaya pada hari esok – kaedah termudah untuk menjadi kaya sepantas itu ialah dengan memenangi hadiah pertama nombor ekor (ingat! Berjudi haram disisi Islam). Namun ia tidak akan menjadi kenyataan melalui internet. Jadi, jangan sekali-kali bermimpi anda akan menjadi kaya esok sebaik sahaja menyertai sebarang perniagaan online.
#3:Sebaik sahaja laman web siap, saya boleh berehat dan membiarkannya bekerja untuk saya – Ia takkan berlaku! Jangan sekali-kali percaya kenyataan ini kerana dengan hanya upload laman web anda ke “host server†ianya bermakna bahawa semua orang tahu bahawa ia wujud kerana hanya anda dan web host anda sahaja yang tahu (jika anda menggunakan hosting percuma, biasanya mereka langsung tidak endahkan kewujudan anda)sebuah laman web yang berjaya memerlukan begitu banyak kerja lain untuk membolehkannya berjaya.
Anda perlu mendaftar dengan search engine seperti Yahoo, Google, MSN, dll (kerana mereka tidak akan mencari anda secara automatik) dan ia tidak akan berada diindeks teratas sebaik sahaja didaftarkan. Anda perlu menunggu beberapa minggu atau bulan untuk diindekskan.
Anda juga perlu tahu apakah keyword yang sesuai untuk laman web anda. Anda juga perlu mendapatkan pelawat (trafik) ke laman web anda melalui pelbagai kaedah promosi samada online atau offline.
Apabila telah mempunyai pelawat, anda juga perlu memastikan bahawa laman web anda akan memberikan pendapatan (melalui jualan!) kepada anda. Tiada gunanya mempunyai pelawat yang ramai tetapi isi kandungannya tidak berjaya menyakinkan mereka untuk sentiasa kembali melawatnya semula atau melanggan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan. Sebenarnya ia memerlukan begitu banyak kerja dan ia melibatkan masa dan wang yang banyak.
#4:Saya tidak perlu mengeluarkan wang untuk memasarkan perniagaan saya – ia adalah benar kerana anda tidak akan dapat melakukan pemasaran secara offline tanpa sebarang modal. Keadaannya adalah sama dengan pemasaran online. Mungkin anda boleh memasukkan iklan melalui pelbagai laman web berbentuk classified, direktori, forum, email, dll secara percuma.
Adakah anda sedar bahawa akses internet itu sendiri mempunyai kosnya yang tersendiri? Ini belum diambilkira tentang masa yang digunakan untuk menjalankan perniagaan (nilaikan jam bekerja anda dalam bentuk wang, misalnya RM2 sejam). Dengan ini, anda akan sedar bahawa tiada apa pun yang percuma, lebih-lebih lagi didalam perniagaan.
#5:Saya boleh membuat wang semasa tidur (atau bercuti) – ia juga adalah benar sehingga suatu tahap. Dengan mengautomasikan sebanyak mungkin tugasan dengan pelbagai jenis software yang ada didalam pasaran, anda boleh mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membuat perkara lain. Anda boleh gunakannya untuk tidur atau bercuti dan dalam masa yang sama memperolehi wang.
Tetapi jika anda terus leka dengan keadaan ini dan tidak sentiasa memperbaiki diri dan perniagaan anda, akan tiba masanya anda tidak akan memperolehi satu sen pun melalui perniagaan anda.
Perniagaan ini adalah seperti sayuran yang ditanam (andaikan laman web anda yang telah disiapkan) di kebun sayur anda. Kemudian anda telah mengautomasikan proses penyiraman dan pembajaan (andaikan anda mengautomasikan proses mengumpul alamat email, menghantar e-newsletter secara berkala dan proses tempahan, pembayaran dan penghantaran), tetapi anda tidak boleh berhenti setakat itu sahaja dan menunggu hasilnya.
Anda masih perlu menjalankan proses memantau pertumbuhannya, memeriksa jika ada serangga perosak dan memastikan ia diberikan baja yang sesuai dan mencukupi (adakah anda bersedia menjawab pelbagai soalan yang diajukan pelawat/pelanggan, mengkaji prestasi laman web anda dari masa ke semasa, dll).
Jika anda tidak memastikan proses ini secara berterusan, anda tidak akan memperolehi hasil yang lumayan untuk tempoh masa yang lama kerana tanaman anda mungkin tidak lagi produktif mengeluarkan hasil atau mutu produk semakin merosot!
Jadi, selain dari menghabiskan terlalu banyak masa untuk bercuti atau tidur, lebih baiklah ia digunakan untuk memajukan perniagaan anda. Jadualkan masa berkerja anda dengan teliti kerana dengan mengambil sikap acuh tak acuh (hanya kerana tiada sesiapa yang akan memecat anda) tidak akan membawa sebarang kejayaan.
#6: Saya tidak perlu berurusan dengan sesiapapun! – ini kerana anda berangggapan bahawa semuanya boleh diuruskan melalui email. Sebenarnya, email hanyalah satu kaedah yang membolehkan anda menguruskan pelbagai kerja-kerja pengurusan dan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan atau membina hubungan dengan mereka. Sebaik sahaja ia berlaku, anda perlu melanjutkan hubungan secara offline dimana anda perlu menelefon untuk bercakap atau bertemu dengan mereka.
Internet hanyalah satu alat komunikasi yang menyatukan anda dan pelanggan supaya sebarang hubungan seterusnya boleh dimulakan secara offline. Ia bukanlah alat untuk anda menyembunyikan diri anda dari berkomunikasi dengan pelanggan anda (terutamanya selepas menerima bayaran) kerana perhubungan selepas jualan amat penting untuk memastikan anda terus memperolehi pendapatan melalui pembelian ulangan dari mereka.
#7: Saya boleh memecat bos saya dan bekerja bila dan dimana sahaja – jangan sekali-kali berhenti kerja jika perniagaan online anda masih belum memberikan hasil yang lumayan kerana anda mungkin perlu kembali mencari kerja jika ia tidak seperti yang dirancang. Lakukannya secara sambilan dahulu dan jika telah benar-benar berjaya, barulah berhenti kerja dan membuatnya dengan sepenuh masa,
#8: Saya boleh menghabiskan masa untuk keluarga selama mana yang diingini – apabila anda menjalankan perniagaan tanpa mengambilkira apapun bidang yang anda ceburi, ia bukanlah sebuah hobi yang boleh dilakukan bila-bila masa yang anda suka. Jika itu yang anda fikirkan, anda perlu melupakan sahaja hasrat anda. Anda perlu mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual kerja yang konsisten.
Oleh itu, janganlah anda menganggap internet seperti tongkat sakti yang akan membuatkan anda menjadi jutawan dengan cepat. Apa jua perniagaan yang anda ceburi samada online atau offline memerlukan perancangan yang bijak selain komitmen dan disiplin yang tinggi untuk berjaya. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini teknologi maklumat kemudian mempraktikkanya untuk dimanfaatkan didalam perniagaan anda.
Salam sukses!
Menyediakan Rumah Untuk Perniagaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda artikel mengenai bagimana nak menyediakan rumah untuk perniagaan kita. Sumber artikel ini adalah dari http://www.ehomemakers.net/ . Saya kira ia sangat menarik kerana tanpa perancangan yang betul, apa jua perkara yang kita lalukan takkan berjaya. Harap artikel ini akan dapat membantu anda serba sedikit didalam membuat perancangan. Selamat membaca!
————————-
�
�
Bagi kebanyakan orang, bekerja dari rumah kedengaran seperti satu aturan yang ideal. Anda tidak perlu menghabiskan masa dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja. Anda boleh berada bersama anak-anak anda apabila mereka pulang dari sekolah, dan anda tidak perlu melapor pada sesiapa kecuali diri anda sendiri. Anda boleh bekerja bila-bila sahaja yang sesuai dengan anda.
�
�
Secara teorinya, ia memang menarik. Walaubagaimanapun, bekerja dari rumah penuh dengan cabarannya sendiri. “Bekerja mengikut masa sendiri†boleh bertukar kepada “bekerja sepanjang masa†jika anda tidak menetapkan satu jadual bekerja. Anak-anak yang nakal pula adalah cabaran terbesar apabila anda mahu menggambarkan imej profesional kepada bakal klien yang sedang berada di telefon.
�
�
#1: Mengasingkan perniagaan dan kehidupan peribadi
Kunci atau asas kejayaan dalam peralihan kepada perniagaan dari rumah ini ialah dengan mengasingkan perniagaan dan kehidupan peribadi anda sejauh mungkin. Tetapkan dari awal lagi jadual harian anda dimana ia akan menyatakan berapa jam (dan pukul berapa) dalam sehari yang anda peruntukkan kepada perniagaan dan jangan berganjak dari jadual ini. Apa yang tidak dapat anda selesaikan pada hari ini boleh diselesaikan esok.
�
Jangan biarkan perniagaan anda mengambil masa yang anda tetapkan untuk kehidupan peribadi dan keluarga.Satu cara untuk mengasingkan perniagaan dan kehidupan peribadi ialah dengan mempunyai kawasan berasingan di rumah bagi kedua-dua perkara ini. Jika boleh, peruntukkan satu bilik di rumah atau pangsapuri anda eksklusif sebagai pejabat. Pastikan semua ahli keluarga faham bahawa apabila anda berada di dalam bilik itu, anda sedang bekerja dan tidak boleh diganggu kecuali pada
waktu kecemasan.
�
�
Jangan gunakan bilik itu untuk aktiviti-aktiviti yang tidak melibatkan kerja
seperti menonton TV. Dengan membuat pengasingan seperti ini, anda akan menguatkan dalam fikiran anda (dan dalam fikiran ahli keluarga yang lain) bahawa pejabat ialah tempat anda menjalankan perniagaan dan ini harus dihormati oleh setiap orang.
�
Dengan membuat pengasingan ini juga dapat membantu anda “menutup suis†pada penghujung hari dan anda boleh menutup pintu pejabat dan pulang ke “rumah†untuk bersama keluarga.
Kadang kala anda akan terdorong untuk menangani tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan kerja pada masa yang telah anda peruntukkan untuk bekerja. Jika sikap ini terus digalakkan, ia akan mengaburkan garis sempadan yang telah anda tetapkan di antara kerja dan kehidupan peribadi.
�
Elakkan dari meninggalkan pejabat anda untuk memasukkan baju ke dalam mesin basuh, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan bilik air, mengemas kabinet dapur dan sebagainya. Gangguan-gangguan seperti ini hanya akan menyebabkan anda terpaksa duduk lebih lama dalam pejabat daripada yang sepatutnya demi untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.
�
Satu lagi panduan penting untuk mengasingkan kedua-dua dunia ini ialah dengan mempunyai talian telefon, modem dan faksimili yang berasingan. JANGAN benarkan anak-anak anda menjawab panggilan di talian perniagaan anda. Dapatkan khidmat menjawab telefon untuk mengambil panggilan anda pada waktu tidak bekerja.
�
Begitu juga, apabila anda sedang bekerja, cuba pastikan bahawa anak-anak anda sibuk dengan perkara lain apabila anda membuat panggilan berkenaan perniagaan. Anda tentu tidak mahu bakal pelanggan anda mendengar jeritan kanak-kanak di sebelah apabila anda sedang cuba meyakinkannya untuk menerima khidmat yang anda tawarkan.
�
Jika anda mempunyai anak kecil, ambillah seorang penjaga kanak-kanak pada waktu di mana anda tahu anda akan membuat panggilan telefon. Jika anda mempunyai anak yang sudah besar, mintalah dia melayan adik-adiknya.
�
Anda mungkin terpaksa membayar untuk khidmat ini sebagai cara untuk dia mendapatkan duit poket tambahan. Wang yang anda belanjakan untuk khidmat penjagaan ini tidak seberapa berbanding imej profesional yang dapat anda tunjukkan kepada pelanggan dan klien yang baru atau yang sedia ada.
�
Adalah penting bagi anda memilih jenis perniagaan yang berkaitan dengan sesuatu yang anda gemari, tetapi jangan biarkan perniagaan anda ini menjauhkan anda dari keluarga. Lagipun, keluarga biasanya merupakan alasan pertama bagi seseorang itu memutuskan untuk bekerja dari rumah. Anda bukan sahaja perlu berada di samping mereka dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan emosi.
�
Jika anda berjaya mengimbangi kedua-dua dunia ini, anda tentu boleh berjaya
secara peribadi dan secara profesional. Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
yang anda lakukan pada waktu di luar waktu bekerja dapat memberi tenaga kepada
kehidupan perniagaan anda.
�
Oleh itu, jangan fikir mengenai kerja yang boleh anda siapkan ketika anda sedang
berehat bersama keluarga di pantai pada hari minggu. Sebaliknya, fikirkan bahawa
keseronokkan yang anda nikmati hari itu adalah pelaburan bagi perniagaan anda
untuk minggu hadapan.
Beri 100% tumpuan kepada kerja dalam masa yang telah anda peruntukkan untuk
bekerja. Kemudian tutup pintu dan pulang ke rumah. Keluarga anda juga perlukan
anda 100%.
#2
engurusan Ruang didalam Rumah
Adakah anda telah menyediakan rumah anda seadanya supaya anda boleh bekerja
dengan selesa? Kecuali jika anda telah memasukkan sekali cadangan untuk rumah
berpejabat kedalam pelan rumah baru anda, atau anda mempunyai ruang dan kewangan
yang mencukupi untuk menyediakan suatu sistem pejabat buatan, rumah berpejabat
anda mungkin tidak menyamai sebuah pejabat biasa.
�
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa ia tidak dapat berfungsi seperti
fungsi pejabat yang biasa kerana anda hanya perlukan pengetahuan tentang bagaimana
untuk menguruskan segala ruang yang ada didalam rumah anda.
�
Apakah yang anda lihat apabila anda melangkah masuk ke satu ruang kosong sebuah
bilik? Anda mungkin melihat satu kawasan yang berkeluasan 100 kaki persegi,
dan itu sahaja! Dengan sedikit kreativiti dan kemahiran organisasi, anda juga
akan menyedari satu ruang bekerja / penyimpanan yang sepuluh kali atau mungkin
juga seratus kali lebih dari keluasan lantainya. Menguruskan satu ruang fizikal
merupakan satu tugas yang mencabar. Terutama sekali sekiranya anda bekerja dari
rumah.
�
Anda perlu mendapatkan satu ruang khas daripada persekitaran yang telah sedia
ada. Pada tahap-tahap yang tertentu, ia melibatkan pula kemahiran organisasi.
Berkemaslah dan anda akan menemui banyak ruang kosong yang tidak pernah anda
terfikirkan. Buangkan semua barang-barang yang tidak perlu dan tidak boleh digunakan
lagi.
�
Jika ianya masih dalam keadaan elok, pertimbangkan untuk menjualnya ke kedai
barang-barang terpakai ataupun dipasar-pasar lambak. Bagi tujuan untuk memaksimumkan
ruang fizikal kosong yang ada, anda perlu melihat ke beberapa arah yang tertentu
– atas, bawah, sisi, dalam, luar dan menegak.
�
- Atas - Perhatikan samada terdapat ruang kosong diatas katil tidur
anda, tingkap dan almari pakaian - Bawah - Maksimumkan penggunaan ruang kosong dibawah katil anda, sofa,
sinki dapur dan tangga. Simpan barang didalam kotak-kotak yang berlabel dengan
kemas dan terang. - Sisi – Tolak semua perabot rapat ke dinding. Jika anda perlu ruang
permukaan kerja yang lebih, pertimbangkan meja lipat yang bersambung dan terikat
didinding. - Dalam - Maksimumkan penggunaan ruang didalam almari, almari pakaian,
kabinet dan laci sedia ada. Tambah penyangkuk untuk mengantung barang-barang
dan ‘plywood’ untuk menambahkan lagi para-para untuk tujuan simpanan. - Luar - Perhatikan sekeliling dan lihat samada terdapat kawasan-kawasan
yang tidak digunakan sepenuhnya. Bina beberapa para-para pada dinding dengan
menggunakan bahan-bahan ringkas yang tersedia dipasaran bagi memperolehi ruang
meletak barang yang lebih ataupun mempamer barangan. - Menegak – Manfaatkan sepenuhnya ketinggian dinding-dinding rumah
anda. Dengan cara ini, anda mengurangkan pengguna ruang pada lantai. Namun
begitu, pastikan anda juga mempastikan aspek-aspek keselamatan sekiranya anda
mempertimbangkan untuk menyusun kotak-kotak secara menegak.
Selain daripada ruang fizikal, ruang psikologi juga merupakan sesuatu yang
tidak boleh anda abaikan. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:
- Adakah anda mempunyai ruang penampan yang selesa diantara kawasan
bekerja anda dan ruang duduk keluarga atau bilik-bilik tidur / katil? Jika perlu, anda mungkin perlu menyekat kawasan bekerja anda dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan didalam pasu, rak buku atau tirai-tirai yang menarik. - Adakah ‘pejabat’ anda itu akan menganggu rutin harian ahli-ahli
keluarga anda? Adakah mereka akhirnya perlu menjawab panggilan telefon untuk
anda? Adakah anda menuntut keadaan yang sunyi sepi dirumah anda semasa anda
bekerja? Adakah anda menganggu privasi mereka atau sebaliknya ketika anda
bekerja di rumah? - Adakah perubahan kedudukan perabot rumah telah menyusahkan ahli-ahli
keluarga anda? Adakah perkara ini akan menghasilkan perasaan kecil hati dan
tiada persefahaman dimasa akan datang?�Ingatlah, kita perlu tahu membezakan diantara pengasingan dan gangguan. Anak-anak
anda mungkin tidak akan bersetuju dengan idea anda untuk mengasingkan diri ketika anda sedang melakukan kerja-kerja ‘berfikir’ yang serius.
Dengan itu, anda mungkin memerlukan suasana sunyi tersebut dalam usaha menyiapkan
kerja sebelum tarikh akhir. Untuk perkara seperti ini, ruang psikologi juga
adalah sama pentingnya seperti ruang fizikal.
�
#3: Susun Atur Tempat Kerja
Mungkin boleh melemahkan semangat apabila memikirkan tentang peralatan atau barangan yang perlu anda susun didalam tempat kerja anda. Dimana perlu kita mulakan? Panduan am berikut adalah satu aliran kerja secara logik. Persediaan ‘pejabat’ rumah anda perlulah selari dengan aliran dan ciri semulajadi
kerja anda.
- Simpan benda-benda yang akan selalu digunakan pada jangkauan tangan anda.
Ia termasuklah rekod-rekod perniagaan anda, fail kertas, disket computer dan
kad-kad nama. - Pastikan ‘pejabat’ rumah anda itu menawarkan persekitaran yang
selamat untuk anda bekerja didalamnya – adakah wayar-wayar berada didalam
keadaan yang kemas dan sepatutnya, supaya anda tidak akan tersadung wayar
mesin pencetak anda? Keselamatan adalah lebih menjadi keutamaan bagi golongan
wanita mengandung dan yang menggunakan kerusi roda. - Gunakan cahaya semulajadi seberapa banyak yang boleh untuk menjimatkan
perbelanjaan tenaga elektrik.
Apa sahaja jenis perniagaan yang anda ceburi, produktiviti, keselamatan, ruang
dan sumber tenaga yang efisien merupakan pengukur yang penting untuk menghasilkan
susun atur ‘pejabat’ rumah yang terbaik.
#4: Persekitaran Yang Betul Untuk Pelanggan
Mewujudkan atmosfera perniagaan adalah penting sekiranya anda akan menerima
kedatangan pelanggan atau pengguna anda dirumah.
Sebenarnya, apabila anda menjalankan perniagaan SOHO anda sendiri, adalah payah untuk memastikan pelanggan terus berada diluar. Apabila mereka singgah untuk mengambil barang-barang tempahan mereka, adalah payah untuk tidak menjemput mereka masuk kedalam rumah. Ambil langkah-langkah berikut sebagai panduan:
- Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan ‘SOHO’ seperti
rekabentuk grafik; perakaunan; perunding kewangan; perkhidmatan kesetiausahaan;
‘copywriting’; terjemahan; ‘desktop publishing’ dan rekabentuk
laman web:
Pelanggan atau bakal pelanggan anda mungkin berminat kepada keadaan pejabat
anda, keupayaan, bahan-bahan rujukan, kelulusan dan pengiktirafan industri jika
ada. Sentiasa kemaskini contoh-contoh hasil kerja anda dan senarai pelanggan-pelanggan
yang dikenali ramai.
Beberapa benda yang disusun dengan teratur dan bersesuaian dengan tema keseluruhan
anda seperti sebuah meja atau papan putih digantung didinding dengan kemasnya
akan menaikkan seri ruang pejabat anda tanpa menghalang daya produktiviti kerja
anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menambah satu dua jenis tumbuhan
atau sedikit sentuhan artistik untuk memberikan ‘kehidupan’ kepada
pejabat anda.
Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan pengurusan acara seperti mengelolakan
jamuan harijadi, jamuan perkahwinan, jamuan-jamuan koperat, perhimpunan-perhimpunan
etnik atau sebarang aktiviti-aktiviti khas:
- Gantungkan gambar-gambar acara-acara yang pernah anda uruskan sebelum ini
didalam pejabat anda. Jadikan bakal-bakal pelanggan anda teruja dengan membantu
mereka membayangkan acara-acara yang bakal anda kelolakan untuk mereka dengan
bantuan gambar-gambar tersebut.
Sekiranya anda menjual pakaian dan aksesori, anda akan perlukan sebuah
bilik persalinan untuk kemudahan pelanggan-pelanggan anda.
- Pengalaman untuk mencuba pakaian perlulah sesuatu yang menenangkan dan selesa
sepertimana pengalaman membeli-belah dipusat membeli-belah. Sediakan koleksi
majalah-majalah fesyen wanita yang terkini ditempat-tempat yang mudah dijangkau
oleh pelanggan-pelanggan anda.
Sekiranya anda menjual produk seperti kraftangan, hadiah buatan tangan,
gubahan bunga, dll:
- Pamerkan hasil-hasil kerja anda dengan bantuan alatan yang sesuai mengikut
suasana yang tertentu. Persekitaran yang bersepah boleh mengurangkan daya
tarikan barang-barang tersebut.
Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak
dirumah:
- Isu keselamatan, kebersihan, sumber cahaya dan peredaran udara merupakan
kebimbangan utama pelanggan anda. Jadi pastikan anda mengambilkira segala
aspek tersebut dan menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak mereka.
Ingat, ‘pejabat’ rumah anda adalah bidang anda. Anda dengan mudah
boleh mereka bentuk sebuah pejabat yang akan mencerminkan personaliti dan stail
anda, didalam ruangan yang terbatas dan belanjawan anda. Jangan lupa, ‘pejabat’
rumah akan berkembang mengikut masa, bergantung kepada keperluan perniagaan
anda.
�
#5: Masa Urusniaga dan Percutian
Jika anda bekerja dipejabat, pastinya anda mempunyai masa bekerja yang tetap.
Namun, dengan memindahkan pejabat anda ke rumah, pasti ramai yang beranggapan
mereka perlu menjalankan urusniaga 24 jam. Ini pastinya akan mengganggu kehidupan
peribadi anda jika telefon asyik berdering sepanjang masa.
�
Jangan takut kehilangan pelanggan hanya kerana mereka tidak boleh menghubungi
anda diluar “waktu pejabat†kerana anda masih boleh menerima pesanan
mereka pelbagai kaedah telekomunikasi canggih seperti peti simpanan suara, SMS
dan email. Jadi, jangan ragu-ragu untuk memaklumkan kepada para pelanggan anda
waktu anda boleh dihubungi untuk urusan perniagaan.
�
Begitu juga dengan hari bekerja. Seperti pekerja biasa, anda juga perlukan
cuti, jadi pastikan anda menetapkan hari cuti anda agar anda dapat menumpukan
sepenuhnya kepada keluarga dan diri sendiri.
�
Dengan ini,anda akan menjadikan perniagaan dari rumah anda begitu menyeronokkan
untuk anda dan keluarga. Walaupun dengan bekerja sendiri bebas memilih masa
bercuti dan bekerja, namun anda perlu bersikap profesional dan komited kepada
perniagaan dan peribadi.
�
Jika anda akan bercuti panjang, anda perlu memilih jumlah masa yang sesuai.
Pelanggan anda mungkin tidak kisah jika pejabat anda tutup pada musim cuti.
Oleh itu, selagi mereka diberi notis awal, mereka tentu akan faham. Lagipun,
setiap orang perlukan cuti untuk berehat.
�
Jika anda rasakan bahawa anda tidak boleh menutup pejabat selama itu, jadi
timbangkan samada anda boleh menggaji seseorang untuk sementara waktu untuk
menguruskan perniagaan seharian anda sementara anda bercuti.
———–
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm








