Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sudah agak lama saya tidak membuat posting di blog ini. Seperti yang anda maklum, saya sebenarnya terlibat dengan perniagaan jualan langsung (MLM) di internet. Jadi, post pada hari ini ada kaitan dengannya.

Sebelum saya menerangkan kepada anda tentang bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan jualan langsung (MLM) sepenuhnya melalui internet, saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan disalah tafsirkan oleh anda.

Pertamanya ialah dengan menjalankan perniagaan melalui internet tidak bermakna anda hanya perlu membina sebuah laman web dan mengharapkan perniagaan anda akan berjalan dengan sendirinya. Anda masih perlu bekerja keras sama seperti menjalankan perniagaan MLM secara offline. Ia hanyalah satu kaedah yang berbeza.

Kedua, apabila saya mengatakan bahawa ia dijalankan sepenuhnya melalui internet, ia hanya untuk mendapatkan prospek yang benar-benar berminat untuk menyertai anda. Ia TIDAK BERMAKNA anda tidak perlu berhubung di telefon untuk berhubung dengan “manusia sebenar”. Ia masih perlu dilakukan kerana anda pastinya sedar bahawa hubungan peribadi yang baik akan memberikan keyakinan kepada prospek anda.

Read more »

Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja selesai membaca buku Raja Adsense: Rahsia Panduan Buat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense (versi 2.5). Apa yang boleh saya katakan ialah buku ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pendapatan melalui Adsense.

Jika anda masih belum tahu apakah itu adsense, ia adalah merupakan sejenis iklan yang disediakan oleh pihak Google dimana mereka akan berkongsi pendapatan yang mereka perolehi dari para pengiklan kepada� pemilik laman web dan meletakkan iklan google di web mereka.

Buku setebal 65 mukasurat ini memang ditulis secara profesional oleh Saudara Shamsuriyadi dan akan memberikan panduan langkah-demi-langkah termasuk pelbagai tips untuk memaksimakan pendapatan melalui Google Adsense.Ia disediakan didalam format pdf.

Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu;

#1) Kandungan – Buku ini dimulakan dengan kata aluan dari penulis, mengapa anda perlu merebut peluang untuk tambah pendapatan anda� melalui perniagaan internet termasuk� potensi bidang ini. Anda juga akan didedahkan tentang apakah sebenarnya Google Adsense dan istilah-istilah yang digunakan, jenis iklan, polisi serta bagaimana bayaran dibuat.

#2) Menjana Wang dengan Adsense – Bagaimana membuat kajian tentang keyword yang menguntungkan, rekabentuk iklan yang � sesuai diletakkan serta� analisis tentang persaingan

#3) Search Engine Optimization – Enjin carian merupakan salah satu kaedah yang utama untuk mendapatkan pelawat. Didalam buku ini anda akan didedahkan dengan kepentingan meta tag, isi kandungan serta� 5 perkara penting yang perlu dilakukan bagi� membolehkan laman web anda berada di ranking tertinggi enjin carian seperti Google, MSN dan Yahoo!. Ini pastinya akan membolehkan anda mendapatkan pelawat yang lebih ramai dan seterusnya membolehkan anda memperolehi mendapatan yang lebih lumayan.

#4) Membina laman web – Untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan melaui Adsense, anda perlulah mempunyai laman web. Buku ini akan menerangkan langkah demi langkah membina laman web secara PERCUMA dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Akan diterangkan juha� kaedah memohon akaun adsense serta tips berkaitan setting iklan bagi mendapatkan lebih banyak klik.

#5) Promosi – 10 teknik mempromosikan laman web anda bagi mendapatkan lebih banyak trafik ke laman web anda. Termasuk kaedah Tag dan Ping yang telah berjaya memberikan pendapatan USD48,000 sebulan! kepada seorang anak muda dari Thailand iaitu Sean Wu. Kaedah ini juga telah mengejutkan pakar adsense seperti Joel Comm dan Michael Cheney.

#6) Penutup – Penulis juga mengingatkan pembaca tentang kaedah� yang boleh menyebabkan akaun anda ditutup jika melanggar syarat yang dikenakan, 15 tips untuk meningkatkan pendapatan adsense, program alternatif yang boleh disertai serta 220 keyword yang mahal dimana dengan menggunakan keyword ini, anda akan memperolehi lebih banyak pendapatan kerana pulangan yang lebih lumayan. Keyword ini bernilai antara $2- $100 untuk setiap klik yang diperolehi!

Kesimpulan yang � boleh saya katakan ialah, buku ini mudah difahami dan pembaca akan dibimbing dengan langkah yang mudah diikuti. Bagi saya sendiri,� saya juga dapat belajar� beberapa banyak teknik baru� untuk diaplikasikan.

Walaupun banyak buku tentang Google Adsense didalam Bahasa Inggeris, sumber di dalam penulisan Bahasa Melayu ini perlu anda miliki� kerana ia akan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Google Adsense.

Pembaca juga boleh bertanyakan pelbagai soalan melalui forum yang disediakan. Selain itu, setiap pembelian buku ini juga akan diberikan 6 BONUS PERCUMA yang sangat berguna untuk anda.

Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, boleh didapati melalui laman web http://www.tambahpendapatan.com/rahsiaadsense.htm

Salam sukses!

Pengurusan Masa, Google Adsense dan Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama saya tidak membuat posting di blog ini kerana kurang berkesempatan. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda dua tips yang sangat menarik tentang perancangan masa yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi.

1) Rancang hari anda pada malam sebelumnya!
2) mengurus masa, apa yang perlu didulukan?

Bagi saya tips ini walaupun nampak mudah, kadang-kadang kita terlupa nak buat.Saya sendiri nampak perbezaan produktiviti kerja saya jika saya mencatat senarai THINGS TO DO di dalam planner saya. Bila saya ada senarai untuk dirujuk, saya boleh siapkan 10 kerja dalam masa 1 jam tetapi kalau TANPA RUJUKAN saya boleh menghabiskan 2 jam tanpa menyiapkan sebarang kerja!

Kenapa jadi macam tu ye? Sebab oleh kerana bidang ni memerlukan saya banyak melayari internet, kita boleh tersasar dari tujuan asal hanya dengan satu klik sahaja. Jadi saya kira, 2 artikel hari ini akan dapat dijadikan panduan kepada saya (dan anda) untuk lebih bijak menguruskan masa.

———————————————————-
1) Rancang hari anda pada malam sebelumnya!
Oleh Irfan KhairiSalah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.
10 – 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam).

Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.

Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

———————————————————
2 : Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?
Oleh Irfan Khairi

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya!
————————————————————–

Anda juga boleh dapatkan lebih banyak tips dari beliau dengan melawat blog beliau di http://www.irfankhairi.com/blog .

Selain itu, saya ingin update beberapa produk terbaru yang ada dipasaran Malaysia sekarang ini.

3) Buku Panduan Tentang Google Adsense di dalam Bahasa Melayu.

Anda pastinya tahu bahawa Google Adsense merupakan salah satu peluang buat duit yang paling menguntungkan buat masa ini. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang mudah, tanpa teknik yang betul ia takkan memberikan sebarang hasil. Saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari tentang Adsense ini.

Walaupun begitu banyak bahan rujukan tentang Google Adsense ini di dalam bahasa Inggeris, panduan komprehensif dalam Bahasa Melayu belum saya jumpa selain perbincangan di forum-forum. Oleh sebab itu, saya kira jika anda benar-benar serius ingin mendalami ilmu berkaitan adsense ini, boleh la lawat web http://www.tambahpendapatan.com/rahsiaadsense.htm untuk dinilaikan.

Penulis juga ada berikan buku percuma yang serba sedikit boleh membantu anda memahami apakah sebenarnya Google Adsense ini dan juga panduan untuk berjaya. Selain tu ada juga ruangan forum yang membolehkan anda bertanyakan soalan dalam mempelajari selok belok Google Adsense ni dengan lebih detail lagi.

4) Buku Panduan Belajar Bahasa Arab

Saya kira buku ini juga sangat menarik untuk dimiliki untuk mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab. Ia disediakan oleh Ustaz Abdul Rahman setebal 120 mukasurat. Selain memperolehi buku, pembeli buku ini juga akan diberikan keahlian ekslusif ke Forum Belajar Bahasa Arab.

Sinopsis: Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. Setiap tajuk di dalam ebook ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Setiap perkataan Arab akan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan dinyatakan penggunaannya yang betul.
Segala pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

Anda juga boleh mengikuti kelas bahasa Arab secara PERCUMA melalui email dengan mengisi borang yang disediakan. Dapatkan maklumat lanjut dengan klik di sini

Okla, rasanya dah agak panjang posting saya hari ini. Semoga kita akan berjaya didalam apa jua yang dilakukan.

Salam sukses!
Asmawati
http://www.tambahpendapatan.com