Archive for August, 2006

Kisah kejayaan Pengasas Sendayu Tinggi

Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Jom baca artikel dibawah.

Hidup ini ada penawar dan racun

kisah kejayaan rozita sendayu tinggi 150x150 |  Kisah kejayaan Pengasas Sendayu TinggiWANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?

ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.

Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.

Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?

Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.

Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?

Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..

Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.

Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?

Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?

Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.

Apakah pencapaian terkini anda?

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?

Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.

Sumber: http://utusan.com.my
468X60 banner |  Kisah kejayaan Pengasas Sendayu Tinggi

4c341fa34ba84banner3 |  Kisah kejayaan Pengasas Sendayu Tinggi

Tags : , , , , , , , , , , , , , ,

Menjaga Keselamatan Telefon Bimbit Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini saya ada menerima satu tips berkaitan tentang bagaimana kita boleh membuatkan telefon bimbit kita tidak boleh digunakan jika ia hilang atau dicuri.

Walaupun ia tidak ada� kena mengena dengan sebarang perniagaan internet, namun kita semua tahu yang telefon bimbit ni sangat penting untuk komunikasi terutamanya untuk urusan harian mahupun perniagaan.

Melalui tips yang diberikan, ia� dapat mengelakkan telefon bimbit� anda� daripada dijual. Walaupun� anda mungkin tidak akan menemuinya lagi, tapi mesti puas hati kan kalau orang yang mencurinya tak dapat menggunakannya atau menjualnya.

Bagaimana caranya? Ia sebenarnya sangat mudah.� Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Nombor IMEI� (International Mobile Equipment Identity) adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Nombor IMEI sebanyak 15-digit ini adalah seperti� cap jari elektronik untuk setiap telefon bimbit yang dipancarkan setiap kali ia digunakan, yang mana ia akan mendedahkan identiti telefon bimbit tu.

Nombor ni biasanya kita boleh jumpa dicetak dibawah bateri dibelakang telefon bimbit. Atau cara yang lebih pantas ialah dengan menekan *#06#

Bila nombor� 15 ni keluar, kita hanya perlu� catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

Dengan cara ini Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Selain tu, ni ada beberapa tips untuk mengelakkan telefon bimbit anda dicuri.

Untuk maklumat yang lebih terpeinci tentang keselamatan telefon bimbit, boleh� lawat� laman web ini.

Salam sukses!

P.S: Jika anda berminat dengan peluang perniagaan melalui telefon bimbit, boleh rujuk disini.
�

Tags :

Tutorial Pengurusan Laman Web melalui CPanel dalam bentuk video

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat bermanfaat untuk mereka yang menggunakan CPanel.

Apakah sebenarnya CPanel? CPanel adalah satu panel kawalan untuk web hosting yang membolehkan anda menguruskan laman web anda secara online.

Fungsi utamanya ialah membolehkan pemilik menguruskan laman web mereka dengan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia hosting. Ini juga bermakna, melalui CPanel anda boleh pelbagai aspek teknikal seperti email, fail, backup, FTP, skrip CGI, statistik dan banyak lagi. Info lanjut tentang CPanel boleh diperolehi di http://cpanel.net .

Okla, saya bukan nak ceritakan lebih detail tentang CPanel ini. Sebenarnya sebelum menggunakan web hosting berbayar untuk http://tambahpendapatan.com saya mempunyai laman web di Yahoo!Geocities. Tiada masalah yang timbul semasa menggunakannya sebab ia lebih mesra pengguna.

Selepas beberapa ketika, akhirnya saya berpindah ke hosting berbayar kerana bagi saya ia adalah lebih profesional dan sesuai dengan tujuan utama saya membina laman web iaitu untuk menjalankan perniagaan.

Salah satu masalah saya didalam menguruskan laman web ialah menggunakan CPanel. Walaupun ada panduan yang disediakan untuk dibaca. Tapi kalau ada video yang memberikan langkah-demi-langkah untuk menggunakan sepenuhnya potensi Cpanel ini, pastinya ia sesuatu yang menggembirakan.

Oleh itu, hari ini semasa “jalan-jalan” di internet, saya terjumpa satu laman web yang menyediakan pelbagai tutorial didalam bentuk video untuk mengendalikan fungsi-fungsi di� CPanel ini seperti email setting, subdomain create subdomain, password protected folder dan sebagainya.

Anda boleh mengikuti tutorial didalam bentuk video ini melalui laman web http://www.lunarpages.com/tutorials/ . Video ini disediakan didalam format Macromedia Flash Player. Jika anda belum milikinya, boleh download� disini .

Bagi saya memang banyak yang dapat saya pelajari melalui video ini dan yang paling penting ia mudah difahami. Kalau membaca tu agak susah untuk� menggambarkan apakah langkah yang� perlu dilakukan untuk membuat setting,� tetapi melalui video� semuanya ditunjukkan secara� terperinci.�

Okla, rasanya cukup untuk hari. Harap ia dapat kita sama-sama manfaatkan.

Salam sukses!

P.S:
Jika anda ingin mempelajari bagaimana anda boleh Membina Laman Web untuk Perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan mengenai satu workshop mengenainya bakal diadakan. Peserta juga akan memperolehi nama domain dan webhosting percuma selain pelbagai bonus lain yang tidak ternilai. Tempat adalah terhad. Maklumat lanjut boleh anda perolehi melalui laman web ini.

Tags :