Archive for March, 2007
Cara Perbaiki ‘Nasib’ Untuk Capai Kekayaan & Kejayaan
Tidak lama dulu saya ditemuramah untuk Malaysia Hari Ini, TV3 bersama Abang Nizal & Kak Abby mengenai kejayaan saya sebagai pakar perniagaaan Internet (lihat gambar sebelah). Satu soalan yang agak menarik dari Kak Abby adalah “Apa fikiran Irfan mengenai orang kata semua kejayaan Irfan ini hanyalah nasib Irfan yang baik?â€
Sebenarnya sudah sering saya mendengar komen seperti itu. Kejayaan sering di kaitkan dengan nasib badan… ataupun “luckâ€. Lebih-lebih lagi nasib yang baik sering dikaitkan apabila terdapatnya kejayaan yang diluar jangkaan.
Adakah nasib memainkan peranan yang penting dalam kejayaan?
Kejayaan seseorang itu bukanlah disebabkan nasib yang baik. Robert T Kiyosaki, pakar motivasi bidang kewangan berkata “LUCK†terjadi apabila: “The harder I work, the luckier I’ll beâ€
Mungkin ada ketikanya nasib bermain peranan dalam kejayaan seseorang- terutama jikalau mendapat durian runtuh seperti menang loteri? Itu boleh dikatakan nasib. Malah, ianya nasib yang terlalu baik oleh kerana nisbah kebarangkalian memenangi hadiah utama dalam loteri adalah terlalu tinggi. Dalam erti kata yang lain, anda lebih mudah menghadapi disambar petir dari pada memenangi loteri.
Kisah mendapat durian runtuh atau “nasib†sehinggakan berjaya dan menjadi kaya memang tidak dinafikan ada terjadi. Kisah sebegini sering di hebah-hebahkan. Namun begitu, kisah tersebut amat jarang sekali terjadi (sebab itu ianya dihebah-hebahkan dan sering menjadi bahan cerita dikalangan rakan-rakan!). Pada hakikatnya, sebilangan yang amat besar mereka yang berjaya dan menjadi kaya tidak melibatkan nasib “durian runtuhâ€.
Bayangkan sebuah kereta mewah import. Mercedes, BMW atau Volvo. Pemanduan kereta-kereta mewah ini amat lancar. Dalaman kereta mewah ini amat cantik. Tempat duduk di dalam kereta mewah ini amat selesa rasanya. Pecutan kereta mewah ini juga amat sedap di pandu. Dalam kata lain, memang secara keseluruhan, kereta mewah amat… mewah bila di bawa!
Sekarang, tanya kepada diri anda sendiri. Adakah nasib atau “luck†yang menyebabkan kereta mewah tersebut sebegitu rasanya? Adakah pemanduan yang lancar disebabkan nasib? Adakah dalaman yang cantik disebabkan nasib? Atau adakah interior yang selesa disebabkan nasib?
Tentunya bukan. Ianya bukan nasib kereta mewah sebegitu rupa. Ia adalah hasil dari bertahun-tahun kajian dan penyelidikan tentang enjin. Bertahun-tahun kajian dan penyelidikan tentang reka bentuk. Bertahun-tahun hasil kajian tentang workmanship yang halus dan seni membina yang terperinci. Sebuah kereta mewah adalah mewah oleh kerana usaha yang ditaburkan secara keseluruhan untuk menghasilkan kereta tersebut.
Begitu juga dengan manusia. Seseorang yang berjaya dengan cemerlang adalah dari hasil usaha bertahun-tahun mendalami ilmu bidang tertentu. Seseorang yang berjaya dalam bidang kerjaya undang-undang telah bertahun-tahun melaburkan masa untuk mendalami ilmu undang-undang. Bertahun-tahun juga pengalaman di lalui untuk memahami bidang tersebut. Sama juga bagi seorang doktor yang berjaya, memakan masa tidak kurang 5 tahun untuk mendalami ilmu kedoktoran. Pengalaman bertahun-tahun mengendalikan pesakit juga membantu dalam mencapai kecemerlangan. Hinggakan seorang penghibur yang berjaya juga, perlu mendalami ilmu dan seni mereka bertahun-tahun lamanya. Mereka perlu berlatih berjam-jam setiap hari dan mendalami ilmu mereka untuk mencapai kegemilangan.
Cipta Nasib Sendiri
Kejayaan tidak seharusnya bersandar kepada nasib. Fikiran kita tidak seharusnya kaitkan “kejayaan†dengan “nasib†oleh kerana ianya akan mengurangkan motivasi untuk diri kita sendiri.
Sekiranya kita menanggap kejayaan adalah nasib, maka, usaha kita untuk berjaya sudah hampir terbengkalai. Oleh kerana, kita akan sentiasa menunggu “nasib†untuk menyebelahi kita. Kita akan sering menunggu lucky break untuk terjadi kepada kita. Dan kita akan sering menunggu pintu peluang dibukakkan untuk kita. Konsep pemikiran menunggu nasib bukanlah cara yang baik untuk mencapai kejayaan oleh kerana “nasib†tidak datang kepada seseorang tanpa usaha yang setimpal.
Hukum alam mengatakan bahawa, segala usaha yang anda curahkan, anda akan dapat pulangannya yang setimpal. Sekira usaha anda adalah berlipat kali ganda rakan-rakan anda, makan, anda akan mendapat pulangan yang berlibat kali ganda berbanding dengan rakan-rakan anda. Ianya tidak terjadi situasi dimana anda memberikan usaha yang sedikit, tetapi, mengharapkan pulangan berlipat kali ganda. Namun situasi ini sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Ini selalu mengakibatkan orang ramai terjerat dalam skim-skim menipu wang seperti skim piramid, sistem ponzi, scam di Internet, skim cepat kaya dan sebagainya. Skim-skim ini bertujuan menjerat mereka yang berfikiran “buat kerja sikit, dapat pulangan lumayan!â€
Apa yang anda perlu buat adalah untuk anda “ciptakan†nasib anda sendiri – buka sendiri pintu peluang oleh kerana anda sendiri yang akan menentukan nasib anda. Sekiranya anda inginkan kejayaan dan kekayaan, maka anda perlu membentuk diri anda seperti sebuah kereta mewah. Dalami ilmu dalam bidang anda. Curahkan bertahun-tahun berusaha mendapatkan pengalaman. Dan usaha sekeras yang mungkin untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Jangan sesekali putus asa oleh kerana kejayaan sering terjadi disebalik kegagalan.
Kemudian, apabila anda berjaya di menara gading, ketika itu, anda akan dapati segelintir mereka di keliling anda akan sebut “Ahh… nasib je dia berjaya… nasib badan!†![]()
————————————————————————————–
Sumber: Irfan Khairi adalah penulis buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar†dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com
Lima Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya
Jika ingin menyenaraikan apakah sebab-sebab atau punca kegagalan perniagaan di internet, begitu banyak untuk dinyatakan. Tetapi, 5 perkara yang ingin dinyatakan di sini adalah di antara sebab utama kegagalan tesebut. Saya akan terangkan secara ringkas:
Punca 1 # Begitu banyak pilihan dan kebanjiran maklumat
Inilah hakikatnya sekarang. Begitu banyak maklumat terutama di dalam bahasa inggeris di internet. Anda hanya perlu memasukkan kata-kunci tertentu untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan di enjin carian spt Google. Jika anda newbie atau baru ingin bermula, anda akan menghadapi masalah! Ya, saya yakin anda akan menghadapi masalah untuk menyaring maklumat-maklumat daripada ramai orang. Orang kata, begitu banyak ‘kepala’ yang perlu diikuti, sehingga kekadang maklumat tersebut bercanggah! Lantas anda pening dan akhirnya berputus-asa untuk meneruskan pembelajaran dan niat untuk membina perniagaan di internet.
Jadi, apakah formula atau cara penyelesaian bagi hal ini? Mudah sahaja, anda cari mereka yang telah berjaya seperti irfan khairi atau team saifulsham.com. Beli buku mereka atau ikuti bengkel mereka (jika mampu). Kemudian, ikut satu-persatu teknik dan rahsia yang mereka ajarkan. Ingat, di awal penglibatan anda, hanya ikuti mereka sehingga anda telah memahami asas-asas yang penting. Biasanya, teknik-teknik asas sudah memadai untuk digunakan bagi perniagaan internet anda. Setelah anda sudah memahami dan bersedia, anda bolehlah merujuk orang lain samada mencari maklumat di internet atau mengikuti mana-mana kursus daripada internet marketer yang lain.
Punca 2 # Tiada Sistem Langkah Demi Langkah
Sistem. Ya, apa-apa pun yang kita lakukan tetapi tiada rujukan atau panduan yang satu amat susah untuk berjaya. Sebagai contoh, sebuah organisasi yang tiada rujukan atau sistem kualiti amat sukar untuk mencapai kejayaan. Samalah juga dengan ayam goreng KFC atau PIZZA HUT, mereka ada sistem atau rahsia ataupun panduan tersendiri untuk para pekerjanya. Sebab itulah mereka terus maju dan maju.
Untuk perniagaan internet, kita juga memerlukan sistem langkah demi langkah. Secara umum, untuk memulakan perniagaan internet, irfan khairi telah menyarankan 4 langkah penting iaitu mengenal pasti perniagaan anda, membangunkan laman web perniagaan, menerima bayaran di internet dan mebuat promosi perniagaan internet. Sila rujuk buku tulisan beliau Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar untuk penjelasan beliau yang lebih mendalam.
Antara contoh sistem atau langkah yg lebih detail adalah seperti berikut:
* Menentukan produk (saya telah membincangkan cara menentukan produk sesuai..)
* Memiliki laman web
* Menulis ’surat jualan’ yang berkesan di laman web itu
* Dapatkan trafik/pengunjung ke laman web (promosi)
* Mulakan newsletter (untuk follow-up dan mendekati pelanggan)
* Lantik agen online (lancarkan program affiliate)
Jadi, pastikan anda ada rujukan yang satu. Anda boleh ‘meniru’ cara orang lain terutama mereka yang telah berjaya, atau anda tentukan cara anda sendiri, tapi pastikan ia berkesan. Namun cadangan saya, ikut cara orang yang telah berjaya itu lebih baik, itulah salah satu rahsia kejayaan mereka yang telah berjaya. Tidak perlu mencipta teknik atau cara yang baru.
Punca 3 # Memilih niche yang tidak sesuai
Niche, satu aspek yang amat penting untuk anda utamakan. Ia adalah langkah utama di dalam proses memulakan perniagaan internet atau ingin menentukan produk anda. Saya telah menulis mengenai hal ini di tulisan yang lepas. Secara mudah, niche bermaksud unik dan berbeza daripada orang lain. Atau boleh juga dikatakan sebagai pasaran bertumpu dan anda sahaja yang ‘menguasai’ pasaran tersebut atau hanya sedikit sahaja pesaing anda. Niche juga adalah suatu topik atau bidang yang anda lakukan tetapi tidak ramai yang memperbincangkannya. Dan, pastikan niche yang anda pilih adalah menjadi keperluan bagi orang ramai. Walau produk anda bagus sekalipun, tetapi jika ia tidak diperlukan oleh ramai orang, tiada gunanya.. Jadi, pilihlah niche yang unik dan diperlukan oleh ramai orang.
Punca 4 # Perkara atau Masalah Teknikal
Rata-rata daripada kita tidak begitu tahu mengenai soal-soal teknikal, bahkan untuk menggunakan emel pun tidak tahu. Begitu juga dengan pembinaan laman web, konfigurasi newsletter, pangkalan data dan pelbagai lagi perkara teknikal. Inilah yang membantutkan perjalanan perniagaan dari awal lagi. Namun, dengan wujudnya internet, anda boleh mempelajari hal-hal sebegini dengan mudah dan percuma di internet. Begitu juga sudah berlambak buku di pasaran yang mengajar langkah demi langkah perkara-perkara teknikal. Jadi, bagi anda yang zero teknikal dalam IT, kuatkan azam dan tekad, nak seribu daya.
Punca 5 # Melakukan Sendiri-Sendiri / Berseorangan
Punca ke-5 ini bergantung kepada keadaan dan saiz perniagaan. Keadaan; jika anda seorang yang bekerja jam 9-5, amat elok jika anda ada pembantu atau rakan kongsi. Bahagikan tugas seperti anda menjaga bahagian teknikal dan kawan anda bahagian pemasaran dan pengurusan. Inilah rahsia kejayaan team saifulsham.com. Sila download pakej ebook dan salah satu ebook bertajuk sejarah saifulsham yang menceritakan rahsia kejayaan mereka berdua:
http://blog.smartusaha.com/download.html.
Dengan pembahagian tugas, maka ringanlah kerja anda dan anda boleh fokus dan melakukan banyak perkara lain lagi.. Inilah kelebihan melakukan secara berkumpulan. Ya, amat susah untuk menemui rakan kongsi yang rajin dan berdedikasi. Pandai-pandailah anda mencari dan memilih.
Tidak dinafikan juga, melakukan secara berseorangan juga boleh berjaya. Seperti yang saya katakan, bergantung kepada keadaan. Contoh usahawan internet yang telah berjaya adalah Iszuddin Ismail dan Mohd Fairuz (seorang guru), mereka melakukan secara bersendirian.
Terserah kepada anda untuk memilih melakukan secara berseorangan atau berkumpulan (jangan terlalu ramai). Namun cadangan saya, jika anda tidak mahir IT, carilah partner yang tahu IT dan anda hanya uruskan hal pemasaran dan pengurusan perniagaan. InsyaAllah, perniagaan anda lebih cepat berkembang. begitulah sebaliknya jika anda kurang pakar dalam pemasaran, carilah mereka yang tahu mengenainya. Bahagikan tugas..
Kesimpulan: Itulah lima punca mengapa perniagaan internet boleh gagal atau tidak berjaya. Anda boleh membuat senarai semak untuk memastikan lima perkara di atas tiada pada anda. Walaupun kita mesti berani gagal, namun menjadi satu kewajiban kita untuk mengurangkan risiko kegagalan.
Itu sahaja daripada saya kali ini, jumpa lagi.
————————————————————————————–
Sumber:
http://blog.smartusaha.com
Bagaimana Caranya Menghindar Dari Jerat Online Scam
Oleh Dr. Irfan Khairi
Salam sejahtera,
Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm
Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.
1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.
Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.
2: Kebanyakan SCAM berasas kepada ‘anonymity’ iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.
Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.
3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).
Fikiran mereka sebelum terkena scam mungkin mengatakan “Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja”. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”
Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.
Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang”. Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.
SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” – tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!
Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM.
Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com





