Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet

Perniagaan Jualan Langsung berbentuk MLM adalah sebuah industri yang semakin berkembang di Malaysia. Semakin ramai yang percaya bahawa mereka boleh mencapai kebebasan kewangan dengan menyertai perniagaan MLM ini.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, perniagaan MLM yang dijalankan melalui internet semakin mendapat sambutan kerana dikatakan lebih mudah dan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding kaedah konvensional (offline). Benarkah begitu? Read more »

Perniagaan Internet : Gandakan Hasil Jualan Dengan Bayaran Kad Kredit

Artikel ini adalah untuk usahawan internet samada yang menumpu kepada pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Tidak kisah apakah target pasaran anda, adalah menjadi satu perkara WAJIB untuk anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.

Tanggapan sesetengah orang terutama usahawan internet bahawa tidak perlu meletakkan cara pembayaran kad kredit di laman web mereka yang mensasarkan pelanggan tempatan adalah satu pendapat yang lemah.

Ini kerana kini sudah ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit). Selain itu, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.

Mengikut satu kajian, sebanyak 85% pembayaran yang dilakukan untuk membeli sesuatu di internet adalah melalui kad kredit. Jelas, ramai yang menjadikan kad kredit/kad debit sebagai satu cara pembayaran di internet dan anda perlu tahu, masyarakat antarabangsa kini menjadikan ia sebagai satu cara hidup (life style) mereka membeli belah di internet.

Maka, sudah tentu amat wajar untuk anda meletakkan pilihan pembayaran secara kad kredit di laman web jualan anda untuk pembeli produk anda.

Namun, persoalan yang selalu bermain di fikiran usahawan internet atau masalah yang selalu dihadapi adalah apa dan bagaimana. Di dalam artikel ini, saya akan menyentuh secara ringkas mengenai bagaimana anda sebagai usahawan internet boleh menerima bayaran melalui kad kredit pelanggan anda.

Secara asas, apabila pelanggan anda ingin membeli menggunakan kad kredit atau kad debit, mereka akan memilih menu atau link yang disediakan di laman web jualan untuk proses kemasukan maklumat kad kredit. Antara maklumat asas yang pembeli perlu masukkan adalah nama, no kad kredit, 3 digit rahsia kad kredit, alamat dan lain-lain, bergantung kepada pihak penyedia pembayaran kad kredit.

Untuk menerima pembayaran melalui kad kredit, anda perlu mempunyai akaun merchant bank samada di bank tempatan mahupun yang luar negara. Namun, untuk mendapatkannya terdapat beberapa syarat ketat dan polisi yang kebanyakan orang tidak mampu untuk memenuhi.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pihak di peringkat international seperti worldpay.com menyediakan khidmat akaun merchant ini, tetapi dengan bayaran permulaan RM2000 untuk sekali bayar.

Jangan risau, saya tahu anda tidak mampu untuk membayar jumlah besar itu bukan? Bahkan saya pun tidak menggunakannya. Terdapat yang lebih murah daripada itu seperti 2checkout.com, yang mana bayaran permulaan adalah dalam $49 USD iaitu sekitar RM182.00.

Jika anda tidak mampu, usah gundah gulana kerana terdapat yang percuma untuk anda miliki dan yang percuma ini diiktiraf ramai, iaitu PayPal.Com. Untuk mendaftar atau memiliki akaun, anda tidak perlu bayar apa-apa untuk pendaftaran, cuma anda akan dicaj 2.4%-3.4% + $0.30 untuk setiap transaksi yang anda terima daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan melalui perkhidmatan mereka.

Untuk pengetahuan anda, saya sekarang hanya memakai paypal.com sahaja kerana ia mempunyai banyak kelebihan tersendiri seperti boleh digunakan untuk banyak laman web, dan tidak seperti 2checkout.com anda hanya boleh menggunakannya untuk satu laman web sahaja bagi satu akaun 2checkout. Namun, semua jenis perkhidmatan ini tetap mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

InsyaAllah, di artikel seterusnya, saya akan menyentuh lagi mengenai pembayaran melalui kad kredit ini samada dari aspek usahawan internet itu sendiri dan juga dari pandangan seorang pengguna.

Article Source: http://artikel.smartusaha.com

Mohd Zulfadli atau SmartZul merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang begitu komited dengan industri ini. Dapatkan info dan maklumat menarik melalui emel anda dengan mendaftar secara percuma di www.smartusaha.com/news dan anda akan diberikan sebuah ebook panduan PayPal secara PERCUMA.

* Anda boleh menggunakan artikel ini di laman web anda atau di newsletter dengan syarat tidak mengubah kandungan dan info penulis.

Waspada penipuan agensi pekerjaan

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com

RAMAI mengakui untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian bukanlah satu perkara mudah sebaliknya memerlukan usaha lebih bagi memastikan diri dapat ‘dipasarkan’ kepada majikan.

Bagi yang menunggu jawapan daripada majikan hingga beberapa tahun lamanya, mereka akan mencuba apa saja alternatif di depan mata asalkan mendapat pekerjaan.

Misalnya, agensi mencari pekerjaan yang semakin banyak di negara ini dapat membantu graduan mendapat kerja bersesuaian.

Sebagai ‘orang tengah’, agensi pekerjaan bertindak menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang ingin mengisi jawatan kosong di syarikat mereka. Read more »

Kisah Seekor Kumbang

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu D . Read more »

Membawa Langkah-Langkah Usahawan Terbilang Pakar Motivasi Dr Fadzilah Kamsah ‘Offline’ Ke ‘Online’.

Usahawan Siber, usahawan Internet, perniagaan Online…kesemuanya merujuk kepada satu golongan: mereka yang menjadikan internet sebagai sumber pendapatan sampingan atau tetap dan bilangan golongan ini semakin hari semakin meningkat.

Dengan jumlah yang semakin meningkat, bagaimana seorang usahawan internet (mungkin anda orangnya) dapat merumuskan langkah-langkah untuk bersaing secara sihat dan berjaya di dunia Siber?

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah adalah seorang Usahawan, Pakar Motivasi, dan Pakar Rujuk…’Offline’ dan saya akan merumuskan hasil perkongsian beliau di dalam rakaman ‘50 Langkah Usahawan Terbilang’ terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd, dengan terjemahan ’saya sendiri’, aplikasi langkah-langkah tersebut ‘Online’.

Berikut adalah senarai 10 rumusan tersebut:

1. Mempunyai matlamat yang jelas.
Terutama kepada mereka yang mahu bermula dengan perniagaan internet, matlamat yang jelas adalah amat perlu. Ramai yang menceburi perniagaan online kerana pengaruh orang lain semata-mata. Mereka sendiri tidak jelas mengapa, apa, dan bagaimana menjalankan perniagaan internet. Untuk matlamat yang jelas pastikan:
a) Matlamat anda spesifik contoh “Ingin menjana pendapatan sampingan dari program affiliate sebanyak RM 300 setiap bulan dalam masa 1 tahun.” Spesifik bukan?
b) Matlamat anda boleh diukur seperti contoh kenyataan di atas…RM 300, tiap bulan, satu tahun, dan sebagainya.
c) Matlamat anda memang munasabah bukan mimpi…RM 300 tiap bulan…munasabah!
d) Matlamat anda dikawal oleh diri anda sendiri bukan dikawal atau ditentukan pihak lain contohnya ditentukan ‘Upline’ anda, isteri, mak saudara…
e) Matlamat anda mempunyai faktor masa dan bukan sesuatu yang ingin anda capai ‘di suatu hari nanti’…

2. Buat pengorbanan.
Bukan! Bukan korban ketika Aidiladha, korban lembu atau kambing tapi anda perlu korban masa untuk belajar dan bergiat dalam usaha niaga anda, anda perlu korban tenaga ke arah menjayakan usaha anda, dan anda perlu korban wang ringgit sebagai pelaburan dalam bisnes anda. Sanggup? Kalau mahu berjaya…

3. Rancang usaha anda peringkat demi peringkat.
Cuba melakukan usaha niaga sekaligus adalah seperti Pak Pandir dan Lebai Malang yang mahu ke kenduri di muara sungai dengan mengayuh perahu ketika air pasang…badan saja letih, lenguh segala anggota, kenduri terlepas! Buat perancangan teliti peringkat demi peringkat. Pecahkan perkara-perkara besar kepada langkah-langkah lebih kecil yang senang diurus.
Contohnya anda ingin belajar copywriting. Harini belajar tulis ‘headline’, lusa belajar tulis kandungan, tulat belajar buat penutup. Lepas tu belajar bagaimana nak letakkan iklan di laman web…langkah demi langkah.

4. Kawal perasaan.
Di awal penglibatan dalam sesuatu usaha niaga, jika pulangan dari hasil usaha tak seberapa, perasaan ‘baik undur diri’ mula menguasai. Berhenti! Jangan biarkan perasaan mengausai diri. Ingat cerita dua katak yang saya kongsi di www.karungwang.com/motivasi.html. Jangan cepat putus asa.

5. Jadi seorang yang fleksibel.
Jika anda melakukan sesuatu dan apa yang anda dapat daripada tindakan tersebut tidak menepati jangkaan anda, dengan mengulangi tindakan serupa keputusannya TIDAK akan berbeza. Faham? Kalau mahu hasil berbeza, buat tindakan lain…gunakan cara berbeza. Cara berbeza, hasilnya pun berbeza.
Katakan anda iklankan produk affiliate anda dengan menggunakan ‘banner’ di cari.com.my dan kadar respon kurang 3 peratus, tak cukup untuk tampung kos meletakkan ‘banner’ anda di situ…cuba buat laman web sendiri, letak ‘landing page’, dan ‘autoresponder’…pasti kadar responnya berbeza!

6. Belajar dari kesilapan.
Pengalaman saya sendiri…saya menyertai satu program affiliate dengan EmpayarInternet.com dan produk yang saya pasarkan adalah ebook ‘Chapter M: Panduan Paypal Dan Clickbank Untuk Rakyat Malaysia.’Silap saya adalah saya tak kaji dulu permintaan untuk produk ini (ternyata permintaan adalah SANGAT kecil) dan saya tak kaji dulu berapa banyak penawaran untuk produk ini (ternyata sangat BANYAK). Hasilnya, saya dapat ramai pelawat yang klik link affiliate saya tapi setakat ni, tiada seorang pun membeli.
Silap saya kerana tidak buat kajian mendalam!
Sekarang saya telah ubah produk dan cara, dan sedang menguji hasilnya…

7. Publisiti.
Umumkan kepada warga Siber keujudan anda. Bagaimana? Sertai forum, hantar laman web anda ke enjin carian, sertai blog, tulis artikel dan sebarkan…seperti sekarang…jika anda ingin melihat artikel-artikel lain tentang panduan dan motivasi bisnes online, sila ke www.karungwang.com ;)
Jangan malu-malu…

8. ‘Affiliate’ dengan mereka yang berjaya.
Langkah ini amat penting. Anda takkan tahu dan mahir semua perkara tentang perniagaan internet. Ada orang yang lebih tahu dari anda tentang bidang-bidang lain seperti berjaya di laman lelongan, SEO, dsb.
Jadi affiliate mereka. JV (’join venture’)/usahasama dengan mereka. Itu pilihan yang lebih bijak.

9. Dorong diri anda secara berterusan.
Inilah sebab utama kenapa saya letakkan laman motivasi di www.karungwang.com/motivasi. Pada saya, cara terbaik dorong orang lain adalah dengan mendorong diri sendiri. Ia juga sebagai salah satu cara dorongan berterusan kerana kandungan di laman tersebut akan di tambah dari masa ke semasa.

10. Kelilingi diri anda dengan komuniti usahawan berjaya.
Dalam artikel saya yang terdahulu, saya ada menggariskan empat kata kunci kejayaan (Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan 4 Kata Kunci) dan salah satu dari kata kunci tersebut ialah Rakan.

Rakan yang berjaya akan mendorong rakan yang lain untuk berjaya juga dan mereka inilah sumber ilmu, sumber rujukan, dan ‘pakar motivasi’ terbaik yang anda perlu ada. Lagi ramai, lagi baik.

P.S. 10 rumusan ini adalah interpretasi saya sendiri tentang rakaman ‘50 Langkah Bijak Usahawan Terbilang’ oleh Pakar Motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini tiada sebarang kaitan secara langsung dengan produk atau keluaran beliau.

P.S.S. Keseluruhan artikel ini saya tulis selepas melakukan kajian terhadap subjek, kata kunci, dan kandungan secara keseluruhan. Saya sangat ingin melihat hasilnya. Anda bagaimana?

About the Author
Nezrul Hisyam sedang melakar perjalanan peniagaan internet beliau dan hasil usaha beliau dapat dilihat di www.karungwang.com dan di www.nezrulh.wordpress.com

« Previous PageNext Page »