Archive for May, 2007
Emel Marketing di Malaysia Untuk Budaya Malaysia
Post kali ini agak heavy juga. Jika anda mengalami kesukaran untuk memahami post ini, usah gusar, dengan masa dan pengalaman, anda akan memahaminya. Get your hand dirty first.
Baiklah, seperti yang pernah kami katakan, melakukan perniagaan Internet di Malaysia, tidaklah seperti melakukan perniagaan Internet di luar negara. Dari konteks apa? Hmm, budaya dan penerimaan teknologi. Kuasa beli mungkin satu lagi faktor, tetapi untuk post ini saya akan khususkan contoh dalam teknik emel marketing. (bukan SPAM)
Jadi, post kali ini saya akan mengetengahkan satu pandangan dari pengalaman saya. Jika anda ada mengamalkan teknik internet marketing ini, kami juga ingin mendengar pendapat anda! ![]()
Kenapa emel marketing di Malaysia berbeza? Jika anda membaca petua-petua dan panduan dari usahawan internet barat, apakah kekerapan menghantar emel kepada prospek yang mereka cadangkan?
Perniagaan Internet separa automatik
SOALAN:
Kalau boleh En Irfan tolong tambah sedikit bagaimana kita boleh menjalankan perniagaan internet secara automatik.
Jawapan:
Ada juga salah tanggapan di mana, perniagaan Internet dijalankan secara automatik memerlukan 100% automatik. Tidak semestinya.
Sebagai contoh, menjual ebook online, boleh dikatakan auomatik (100%) di mana pembeli melakukan order online menggunakan kad kredit, dan kemudian boleh download ebook secara menerus.
Namun di Malaysia terutamanya, untuk menjalankan perniagaan 100% automatik adalah agak sukar oleh kerana masih ramai pembeli prefer melakukan bayaran menggunakan cara tradisional seperti bank-in, wang pos atau online banking, yang memerlukan interaksi manusia dalam pemprosesan order.
Read the rest of this entry »
3 Taktik Mudah Super Affiliates
Pelik Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”
Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate
Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri.
Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.
Read the rest of this entry »
Kuasa Fokus Dalam Perniagaan Internet
Oleh Mohd Zulfadli
Assalamu’alaikum & salam sejahtera,
Sepertimana perniagaan secara konvensional, perniagaan melalui internet atau online ini juga memerlukan kita memiliki ciri-ciri ataupun attitude yang baik dan positif. Antara yg terpenting adalah FOKUS. Hanya satu perkataan iaitu fokus..
Saya suka mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, fokus terhadap apa yg kita lakukan adalah amat penting. Buatlah apa sahaja, jika anda tidak fokus dan ber-istiqamah, nescaya amat sukar untuk anda berjaya.
Read the rest of this entry »
Ebook PERCUMA: Kesilapan Usahawan Muda Internet
Beberapa hari yang lepas saya sudah download satu ebook PERCUMA yang bertajuk “Kesilapan Usahawan Muda Internet” – 10 Cara Bagaimana Anda Membazirkan Masa Mendapatkan RM0.00! hasil tulisan Hafiz Latib.
Setelah selesai membacanya, dapatlah saya buat review sikit pasal ebook ni.
Ebook ni ada menceritakan kepada kita apakah kesilapan yang dah beliau lakukan sepanjang berkecimpung didalam perniagaan internet ni.
Apa yang lebih menarik, Hafiz juga akan berkongsi dengan para pembaca ebook ni pengalaman 15 orang usahawan internet Malaysia yang telah berjaya. Dimana mereka juga akan menceritakan tentang pengalaman dan kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Walaupun ia adalah ebook percuma, isi kandungannya tetap berkualiti. Yang penting, apa yang diceritakan oleh Hafiz dan usahawan internet yang lain boleh kita jadikan panduan untuk membantu kita berjaya.
Okla, jika anda masih belum mendapatkannya.. sila download segera disini. Jangan risau sebab ia adalah PERCUMA dan apa yang lebih istimewa, anda juga boleh “buat duit” dengan ebook ni. Nak tahu macammana caranya? Kena la dapatkan dulu ebook ni dulu!
Salam sukses!







