Archive for May, 2007
Pendapatan Idaman Kita
Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.
Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.
Read the rest of this entry »
Hati-Hati Perangkap Program Affiliate Bermusim!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pernahkah anda mempromosi produk orang lain sebagai affiliates? (Rakan-rakan saya di UTP yang mengambil subjek berkaitan, sila duduk tegak dan ambil perhatian. Jangan tertukar lagi di antara buat program affiliate & promote produk sebagai affiliate ya, konfius nanti kalau tertukar
)
Mempromosi produk orang lain sebagai affiliates sungguh mudah. Anda hanya perlu mempunyai laman web yang popular, ataupun list email yang kembung untuk mendapatkan hasil yang lumayan. (Ya benar, tanpa website pun anda boleh buat duit dengan produk affiliate, tetapi saya tidak pernah kenal lagi mana-mana affiliate hebat yang tidak mempunyai website.-Got me?)
Read the rest of this entry »
Waspada penipuan agensi pekerjaan
Oleh Siti Fatimah Hassan
RAMAI mengakui untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian bukanlah satu perkara mudah sebaliknya memerlukan usaha lebih bagi memastikan diri dapat ‘dipasarkan’ kepada majikan.
Bagi yang menunggu jawapan daripada majikan hingga beberapa tahun lamanya, mereka akan mencuba apa saja alternatif di depan mata asalkan mendapat pekerjaan.Misalnya, agensi mencari pekerjaan yang semakin banyak di negara ini dapat membantu graduan mendapat kerja bersesuaian.Sebagai ‘orang tengah’, agensi pekerjaan bertindak menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang ingin mengisi jawatan kosong di syarikat mereka.Lebih mudah lagi, pencari kerja boleh memburu pelbagai jenis pekerjaan mengikut bidang masing-masing menerusi laman web seperti Jobstreet.com, Jenjobs.com, Bestjobs.com atau JobsDB.com.Kebiasaannya, pencari pekerjaan akan diminta menghantar resume mereka ke agensi dan ia akan disimpan supaya boleh dijadikan rujukan oleh agensi dan majikan dalam usaha mencari pekerja yang sesuai untuk mereka melalui proses temu duga.
Namun, pada masa sama pencari kerja perlu berhati-hati dengan mengetahui latar belakang dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan agensi berkenaan bagi mengelakkan diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana, kes penipuan oleh agensi pekerjaan sering dilaporkan dan mereka yang menjadi mangsa bukan saja terdiri daripada graduan malah suri rumah juga terpedaya dengan tawaran kerja yang dijanjikan.
Kejadian seumpama itu bukan hanya berlaku sekali dua, tetapi secara berterusan menyebabkan mereka yang benar-benar menaruh harapan untuk mendapatkan pekerjaan mengalami kerugian apabila diminta membayar pada harga tertentu bagi ‘perkhidmatan’ ditawarkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, agensi mencari pekerjaan yang sah di negara ini hanya mengenakan yuran RM10 kepada graduan dan penganggur yang ingin bekerja di firma tempatan manakala RM20 dikenakan kepada mereka yang berminat bekerja di luar negara.
Beliau berkata, caj itu paling murah berbanding yuran RM138, RM129, RM96 atau RM88 yang dikenakan agensi bukan saja tidak diiktiraf, malah pintar menabur janji dan melakukan tipu helah kononnya membantu mendapatkan kerja.
Katanya, graduan dan penganggur yang mencari kerja menggunakan khidmat agensi, perlu memeriksa sama ada agensi berkenaan diiktiraf kerajaan.
“Saya menasihatkan pencari kerja perlu meminta agensi terbabit menunjukkan sijil atau lesen Agensi Pekerjaan Swasta yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.
“Ini kerana lesen dikeluarkan kementerian mempunyai nombor siri bagi mengelak penipuan,†katanya.
TIP
- SEBAGAI alternatif kepada pencari kerja, agensi mencari pekerjaan yang semakin banyak di negara ini dapat membantu graduan mendapat kerja bersesuaian.
- SEBAGAI ‘orang tengah’, agensi pekerjaan bertindak menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang ingin mengisi jawatan kosong di syarikat mereka.
- LEBIH mudah lagi, pencari kerja boleh memburu pelbagai jenis pekerjaan mengikut bidang masing-masing menerusi laman web seperti Jobstreet.com, Jenjobs.com, Bestjobs.com atau JobsDB.com.
- PADA masa sama pencari kerja perlu berhati-hati dengan mengetahui latar belakang dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan agensi berkenaan bagi mengelakkan diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
- INI kerana kes penipuan oleh agensi pekerjaan sering dilaporkan dan mereka yang menjadi mangsa bukan saja terdiri daripada graduan malah suri rumah juga terpedaya dengan tawaran kerja yang dijanjikan.
=========
Sumber: Harian Metro
Rahsia MLM: Taktik Jom Makan
Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke rumah.
Kata Sudin, “aku nak jemput kau makan sikit kat rumah aku malam ni. Datanglah”. Zaidi pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah berada di rumah Sudin.
Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang lagi tetamu asing yang belum pernah beliau kenali di rumah Sudin.
Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu asing itu ialah upline Sudin yang bakal memperkenalkan satu peluang hebat – peluang mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di dalam dunia ini.
Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun dari sekarang. Pangkat “manager”, “diamond” dan “super duper diamond” juga dijelaskan.
Wow! Sudin teruja… namun Zaidi masih lagi bingung.
???
“Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri”, fikir Zaidi.
Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya sudah ditipu.
Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat, Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang pengedar.
Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan, beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan taktik “makan percuma” kepada rakan-rakannya yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli baru di bawah beliau.
Kata hati Zaidi, “cukuplah aku saja yang terkena”.
Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara “bait and switch” – umpan sesuatu benda, kemudian perkenalkan peluang perniagaan.
Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja saya dengan cara sebegitu.
Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan sikit.
Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa yang bakal beliau hadapi.
Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim, mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.
ikhlas,
Zamri Nanyan
RahsiaMLM.com
About the Author
================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di RahsiaMLM.com
================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Berwaspada dengan peluang penjanaan wang Internet
Dalam keseluruhan, saya menerima lebih daripada 15 Internet skim peluang dan jualan tawaran istimewa setiap hari di dalam email saya. “Dapatkan bayaran dengan setiap bacaan email”, “Meraut keuntungan dengan melihat setiap pengiklanan”, “Pelaburan internet dengan risiko rendah, faedah lumayan”, dan banyak lagi yang saya tidak ingati.
Bayangkan kesemua pesanan email ini di hantar ke jutaan pengguna internet setiap hari dan jikalau hanya satu peratus membeli barangan tersebut, syarikat tersebut sudah mendapat jualan jutaan duit. Beberapa perkara yang berkaitan :-
Read the rest of this entry »







