Apa sebenarnya niche?

Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkataan niche memanglah bukan suatau perkataan yang asing. Ramai yang dah tahu apa itu maksud “niche”… dan ramai juga yg tahu, untuk berjaya dalam perniagaan internet.. “Kita perlulah mempunyai niche yang tersendiri!”

Ho! .. ho!.. satu quote yg agak “cliche”.. (Adeh.. kang ada pula yg tanya.. cliche tu apa?.. er.. sila tengok kamus.. atau gi kat google dan taip “what is cliche”)

Ya.. untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita memerlukan niche yang tersendiri.. tapi.. bagi saya, mempunyai niche yang tersendiri sahaja belum mencukupi. Bagi saya, untuk berjaya dengan lebih mudah dan pantas.. “kita mestilah mempunyai niche yang tersendiri dan mengUNTUNGkan”

Ya… diulangi dengan huruf besar.. meng“UNTUNG”kan! ho! ho! ho!..

Ramai orang yang tersilap memilih niche dan apabila mereka tidak berjaya dengan niche yg mereka buat.. maka.. mereka akan mula menyalahkan konsep “niche”.

“Tipulah niche niche nie.. i buat tak jadi pun”
“Menyusahkan je buat niche nie..”
“Aku dah try dah buat niche nie.. tak jalan daaa…”
“Eleh.. buat niche kunun…”
“Niche tu sape? yang masuk malaysian idol tu ke?”

Yer.. begitulah antara keluhan dan komen mereka yang tidak berjaya dengan konsep niche. Kebiasannya, mereka ini tidak membuat kajian yang terperinci dan tidak mendalami tentang konsep niche yang sebenar.

Mereka hanya tahu.. niche itu adalah suatu bentuk peng”khusus”an… dan untuk mencari peng”khusus”an.. mereka biasanya akan memilih berdasarkan minat.

Jika mereka minat kereta.. mereka akan buat website pasal kereta…
Jika mereka minat webdesign.. mereka akan buat website pasal webdesign..
Jika mereka minat pasal awek.. mereka akan buat website pasal awek.. dan untuk menjadi lebih niche.. mereka akan membuat satu website berkenaan awekmelayuberbuluromalebat ho! ho! ho!

Memilih niche berdasarkan minat anda bukanlah suatu kesilapan.. ia suatu kaedah yang betul dan boleh digunapakai. Cuma.. memilih niche berdasarkan minat semata-mata itu masih belum mencukupi.

Satu perkara lagi yang perlu anda fikirkan apabila memilih niche ialah.. “Adakah ia menguntungkan?”

“Oh!… macam mana nak tahu sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak?”

Yer.. disinilah konsep “supply & demand” perlu digunapakai… kita perlu kaji, berapa banyakkah permintaan terhadap niche tersebut.. dan berapa banyakkah pihak yang membekalkannya.

Saya berikan satu contoh..

Katakanlah saya suka sangat buat web design.. pendek kata.. semua perkara yang dibuat akan melibatkan web design…. makan web design.. tido web design.. mandi web design… kahwin pun dengan web design.. Oh! maka.. disebabka ke”fanatik”an itu, saya pun bercadanglah untuk membuat sebuah website yang akan menawarkan perkhidmatan web design. Idea tersebut kelihatan agak menarik! Tetapi, persoalannya.. adakah ia menguntungkan?

Berikut adalah keputusan carian dari nichebot.com tentang bilangan carian serta bilangan persaingan (supply & demand) di dalam niche web design

E-Commerce Web Site Design

Lihat… terdapat.. 13,135,195 carian (permintaan) tentang web design sepanjang 12 bulan yang lepas. 13 juta!.. banyak tu.. Berapa pula persaingan untuk web design? 3,840,000 .. wah! hampir mencecah 4 juta website!.. Oh!.. persaingan yang sangat tinggi..

Kesimpulannya.. untuk membuat niche website berkenaan web design adalah merupakan sesuatu yang agak kurang menguntungkan. Terlalu banyak saingan yang perlu anda atasi… ia akan menjadi agak sukar untuk anda berjaya.

Tetapi.. apa kata kalau kita niche kan lagi niche web design tadi… kita pergi pula kepada “ecommerce web site design”

Berikut adalah keputusan “carian supply & demand” dari nichebot.com berkenaan niche “ecommerce web site design”
Web Design

Ada 881,781 permintaan dan hanya 523 sahaja persaingan.. lihat.. “ratio”nya pula hampir kosong. Dari angka yang diberikan, kita boleh melihat dan mendapatkan gambaran kasar tentang niche tersebut.. secara kasarnya, ia menunjukkan niche tersebut mempunyai supply yang kurang.. tetapi mempunyai demand yang tinggi! Jadi, bukankah lebih bijak jika kita memlilih “ecommerce website design”.. berbanding memilih niche ” web design” sahaja?

Harap.. anda mula dapat melihat serba sedikit tentang konsep nihce yang sebenar.

Oklah.. itu lah sahaja serba sedikit tentang topik “niche” yang dapat saya kongsikan pada kali ini.. insyallah lain kali saya akan sharekan tips yang lain.

Saya tahu.. selepas ini anda pasti akan bertanya.. “Berapa jumlah count & competition yang sesuai untuk kita mengambil keputusan memilih niche tersebut?”

Ketahui jawapannya di episod yang seterusnya, pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan… sehingga berjumpa lagi!.. YOSH!… (ho! ho!.. ada bakat jadi pengacara TV nie..)
About the Author

Untuk tips-tips harian yang lebih menarik dan bermanfaat, lawati blog mohd suhaimy a.k.a shuth

Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM

Pada minggu lepas, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.

Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda – iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa?

Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.

2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus!

Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal akan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan
RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan Tom “Big Al” Schreiter dengan terbitnya ebook hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan ebook ini sekarang di RahsiaMLM.com
================================================

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan dan Tom “Big Al” schreiter di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Apabila Akaun Adsense anda diban

Sekali klik pun akan dikira tau..Earning anda akan jadi kosong..Akaun anda dalam bahaya..Kalo bernasib baik,google akan bagi warning. Kalo tak bernasib baik,dia akan terus ban akaun tersebut. Tamat la kareer anda dengan Google Adsense apabila akan anda diban. Nama anda akan diblacklist dan alamat anda juga akan diblacklist.

Sebab itu,cara terbaik ialah dengan mengelakkan akaun anda diban dengan gunakan teknik yang tak menyalahi TOS Google Adsense. Penyelesaian lain ialh install adsense tracker seperti Adsense Logger. Anda boleh dapatkannya perisian ini secara percuma. Ia akan membantu jika anda ingin membuat rayuan jika akaun adsense anda diban. Rayuan tanpa bukti bahawa bukan anda yang membuat click fraud tidak akan dilayan.

Mereka langsung tidak akan melayan email anda. Mereka hanya akan melayan mereka yang mempunyai akaun adsense. Begini la kereknye Google Adsense ni. Jika anda baik dengan mereka,mereka akan baik dengan anda. Apabila dah buat salah & akaun adsense anda diban, mereka akan black list anda seumur hidup.

Anda apply la google adsense ni lagi,setelah mendapati anda adalah orang yang mereka ban.Mereka akan tutup kembali akaun adsense baru anda. Namun, ada penyelesaian bagi masalah ban ini.

Jika ada orang ingin mengkhianati anda pun boleh dengan klik ads anda banyak²..Anda boleh kene ban jika anda tidak melaporkannya kepada Google support dengan segera.

Apabila anda diban, anda boleh apply akaun adsense lagi tetapi dengan syarat:

1. Jangan gunakan nama anda. Gunakan nama orang lain seperti kakak,adik,isteri dan sebagainya.

2.Jangan gunakan alamat yang sama. Gunakan alamat lain.Jika nama kakak anda,gunakan alamat kakak anda. Alamat betul,nanti diorang nak hantar cek.

3.Gunakan pc lain.Jangan gunakan pc yang sama dengan yang biasa anda guna. Ini adalah kerana Google boleh cek MAC Address pc anda.MAC address adalah tetap bagi setiap pc/modem anda anda. Anda boleh gunakan pc di CC.

4.Anda boleh gunakan syarikat untuk Apply.Terdapat 2 jenis akaun adsense.Satu adalah personal dimana cek diatas nama individu dan business dimana cek atas nama perniagaan anda. Pastikan syarat diatas dipatuhi.

p/s: Alamat anda boleh ubah bila² masa.Kita dibenarkan untuk menukar maklumat tentang alamat kita. Tetapi nama dah tak boleh tukar.

Memang agak mengecewakan apabila kita jujur tetapi ada orang mengkhianati anda dengan klik banyak² pada ads anda. Penyelesaianya install adsense tracker untuk lindungi akaun anda.

Segala usaha gigih anda kan menjadi sia² apabila akaun diban.Nasihat saya,jangan terlalu bergantung kepada Google Adsense. Cari alternatif lain untuk menambah duit poket anda. Anda boleh sertai affiliate atau pesaing google adsense seperti clicksor,bidvertiser dan sebagainya.

Don’t put the egg in one bucket. Tambahkan alternatif lain. Anda juga boleh menulis ebook anda sendiri. Ia boleh dijadikan satu alternatif kepada pendapatan online anda. Jangan pulak sertai pelaburan internet..Haram buat orang islam.Jangan cari nahas.

About The Author

Sham merupakan salah seorang blogger dan penulis ebook di malaysia. Ebook beliau adalah RajaAdsense dan ebook terbaru beliau adalah PenulisEbook

Next Page »