Archive for September, 2007

Tragedi Nurin Jazlin, Satu Lagi Peringatan

Pertamanya marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah buat arwah Nurin Jazlin yang telah disahkan meninggal dunia dan selamat dikebumikan hari jumaat lepas.Saya sendiri tak tahan menahan air mata bila memikirkan tentang apa yang dialami oleh anak kecil ni di akhir hayatnya.

Entah apalah seksaan dan deraan yang dilakukan oleh manusia berhati binatang itu. Sewajarnya dia diberikan hukuman yang berat dan bukan sekadar dipenjara atau dirotan.Buat ibu bapa dan kelurga terdekat, diharap anda terus bersabar menghadapi ujian dari-Nya.

Tragedi ini memberikan satu lagi peringatan kepada kita sebagai ibu bapa agar lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan memudaratkan anak-anak kita tanpa kita sedar. Saya tak menyalahkan ibu bapa arwah sebab daripada apa yang saya baca didalam blog Nurin Jazlin , itu adalah kali pertama dah terakhir dia keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Bagi saya, tak ada ibu bapa yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang ada perkara di luar kawalan atau jangkaan kita. Saya sendiri pernah beberapa minit kehilangan anak sulung saya (Aisyah-4tahun) di pasar malam. Biasanya saya memang tak pernah pergi ke pasar malam tanpa suami. Maklumla, nak kawal 2 orang anak dengan perut yang sarat mengandung masa tu, mesti memenatkan.

Tapi, hari tu entah macam mana terasa bosan dan teringin sangat nak makan keropok lekor. Kami pun pergi ke pasar malam dekat rumah. Takde la jauh, tak sampai 5 minit pun jalan kaki. Lepas beli air, saya pun singgah kat gerai sebelah yang jual keropok. Bila dah siap beli, saya toleh tengok Aisyah takde. Menggelabah jadinya.

Then, saya nampak Aisyah tengah berjalan sorang-sorang sambil menangis dan ada seorang pakcik yang tanya dia kat mana mak? Cepat-cepat saya pergi kat dia. Nasib baik dia tak melintas jalan atau diculik (nauzubillah..mintak dijauhkan). Tak dapat bayangkan apa yang akan jadi.

Sejak hari tu memang saya serik. Dan ia memang satu pengajaran yang berguna untuk saya. Jangan sekali-kali lepaskan tangan anak kalau berjalan di pasar malam. Kalau agak-agak tak boleh nak control, tak payah pergi pasar malam atau jangan bawak mereka. Biar dia menangis tak ikut, daripada perkara buruk terjadi.

Akhir kata, semoga ini adalah berita terakhir yang kita dengar mengaitkan kanak-kanak yang tak berdosa. Untuk si pelaku, anda takkan lepas dari balasan atas segala perbuatan keji ni.

Tags :

Ebook PERCUMA Perniagaan Prepaid Mymode

mymode1 |  Ebook PERCUMA Perniagaan Prepaid MymodeHari ni saya nak tulis sikit je, saya dah siapakan sebuah ebook tentang Peluang Perniagaan Prepaid Mymode. Ebook ni ringkas dan padat. Cuma 18 mukasurat je. Ada menceritakan tentang kisah Admin prepaid4u yang dah berhenti kerja dan jalankan bisnes Mymode secara sepenuh masa. Juga serba sikit ringkasan tentang bisnes prepaid mymode ni.

Format ebook ni adalah PDF. Saiz 663kb. Anda boleh download disini.

Kalau ada apa-apa pendapat tentang ebook tu, bolehla isikan borang komen kat bawah ni.

TQ.

Tags :

Saya dan TM (trace mineral)

Selain jalankan bisnes prepaid Mymode, saya juga menyertai MLM Revell. Yang mana saya jalankan secara online dengan bantuan Team700. Apa yang paling penting bagi saya untuk join apa-apa MLM ialah produknya. Kalau saya rasa produk tu memang bermanfaat dengan harga yang berpatutan. Kenapa tidak saya join? Dapat jugak diskaun kan?

tm 1 |  Saya dan TM (trace mineral)Hari ni saya nak share salah satu produk terlaris Revell iaitu Trace Mineral. Saya tau tentang dengan TM ni dah lama sebenarnya iaitu sejak 1997. Semasa saya belajar kat U lagi. Diperkenalkan oleh kakak seorang member housemate saya.

Pendapat saya, produk ni memang best. Sebab sejak saya amalkan. Takdela rasa malas dan penat nak pergi kelas. Tapi oleh sebab saya ni jenis “hot hot chicken shit”, dan takde apa-apa masalah kesihatan serius, saya stop. Tapi, saya tak buang terus sebab TM ni takde tarikh luput.

Masa tahun 2004, saya terjumpa dengan Cybershop2u.Net yang jalankan bisnes Revell secara online. Tapi saya tak join. Cuma web tu membuatkan saya teringat semula TM yang saya pernah beli, guna dan simpan. Apa lagi, saya selongkar balik almari saya dan jumpa. Maklumla sejak dah kerja dan ada anak, penat jugak rasanya. Saya pikir why not try saya guna balik.

Saya mula amalkan 5 titis dalam air oren. Esoknya naikkan kepada 6 titis, lusa 7 titis dan seterusnya sampai 20 titis. Hasilnya? masih sama seperti 7 tahun lepas. Dah takde rasa penat dan letih. Segar je bangun pagi.

Sekarang ni, saya memang amalkan produk TM ni untuk keluarga. Untuk anak-anak, saya masukkan 2-3 titis dalam susu anak saya. Memang diaorang nampak cergas dan jarang sakit. Kalau masak nasi, saya akan titiskan 5 titik dalam air sebelum masak. Memang nasi rasa lebih sedap.

Satu botol TM (2 oz) ada 1,000 titis! Harganya cuma RM36 (harga ahli RM30) . Macam saya biasanya saya beli botol besar (4 oz) yang ada 2,000 titis. Harganya RM63 (harga ahli RM50.80). Macam saya, 1 botol ni boleh tahan lebih 2 bulan dengan kegunaan purata 30 titis sehari. Memang berbaloi.

Saya jadi ahli Revell dibawah Team700 sejak tahun 2005. Kalau berminat nak beli TM ni pada harga ahli, bolehla dapatkan maklumat lanjut Team700 . Sekarang ni tengah ada promosi Powerline dimana 500 orang pertama yang join akan jadi “anak emas” . Apa kelebihannya jadi “anak emas”, kena la check sendiri disini.

Kalau ada apa-apa soalan atau pendapat tentang TM atau Team700 ni, bolehla tinggalkan komen kat bawah ni.

Tags :