Lagi tentang ebook Panduan Mudah FTP

Post saya sebelum ni ada saya buat review tentang ebook “Panduan Mudah FTP” ditulis oleh Zulfadli. Apa sebenarnya yang menarik dengan ebook ini?

1. FTP, hanya tajuk Ebook, tapi kandungannya, lebih daripada itu. Anda akan turut belajar tentang apa itu internet, HTML, server dll.

2. Pertama di Malaysia untuk model Resell Rights. Tidak perlu sentuh perisian laman web seperti Frontpage untuk mula menjual. Perlu ’setting’ sedikit sahaja, upload dan mula promosi! Saya cuma ambil masa kurang 1 jam untuk siapkan web jualan saya.

3. Anda dapat Ebook + Sistem EMS + Laman Web.
Kos untuk anda hanya RM20.00.Dengan menggunakan sistem EMS (Easy Master Resale Right System), anda tak perlu lagi bersusah payah untuk mengubah file2 yang terkandung dalam web jualan. Memang mudah untuk newbie yang berminat nak menjual produk tapi tak ada produk sendiri.

4. Versi demi versi sistem akan dihasilkan selepas ini yang akan men’double’kan income anda melalui jualan Ebook ini. ;) ‘Yang pasti, anda dijanjikan sesuatu yang hebat dari penulisnya!

Siapakah yang perlu miliki ebook ini?

1. Usahawan Internet.
Mereka sentiasa mencari produk terkini untuk dijual. Jadi, dengan hak jual semula (lesen Master Resell Right) yang diberikan, pembeli boleh mendapat 100% keuntungan. Hanya beli dengan modal RM20, dan jual pada harga yang sama (atau lebih tinggi). Dengan membuat satu jualan saja, dah dapat semula modal yang dikeluarkan.

2. Newbie dalam bidang IT.
Terlalu RAMAI orang yang tidak tahu mengenai Internet, Server, FTP, laman web, HTML dan sebagainya.Tanyalah kakak anda, abang, makcik, pakcik, adik dan kawan yang nak buat Ebiz atau laman web, tanya mereka, “tahu tak pasal FTP?”.Kalau mereka menggelengkan kepala, Ebook ini sesuai untuk mereka.

3. Ebiz Wannabe.
Mereka ini mahu memulakan perniagaan Internet, tapi mereka tidak tahu buat borang order, tak tahu buat laman web, tak tahu upload, tak tahu buat page download, tak tahu nak hantar Emel kepada pelanggan dan sebagainya.. Banyak bukan? Tapi dengan “sistem EMS” yang disediakan, hanya beberapa langkah mudah sahaja perlu dilakukan.

Hari ni saya juga dah tambah cara bayaran iaitu melalui pindahan Mypoint Mymode. Juga ada beberapa BONUS untuk anda. Jadi dapatkan ebook “Panduan Mudah FTP” sekarang juga.

Ebook Panduan Mudah FTP dan Peluang Buat Duit

ftpcoverbig.jpgSaya baru je selesai membaca sebuah ebook bertajuk “Panduan Mudah FTP” yang baru je dilancarkan semalam oleh Zulfadli .

Pendapat saya? Wow! Memang ia sesuai dengan tajuk yang diberi…Sungguh Mudah untuk difahami dan diikuti.

Walaupun saya dah miliki beberapa laman web, selepas membaca ebook ini, rupa-rupanya masih ada “rahsia” yang saya tak tahu. Itulah jadinya bila belajar TANPA guru. Main redah je.

Buku ni mempunyai 80 mukasurat yang lengkap dengan pelbagai gambarajah yang untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan.

Bahagian 1: Asas Internet – Zul menerangkan banyak perkara asas tentang internet yang ramai orang tak tau. Yang penting ia diterangkan dalam bahasa mudah yang semua orang boleh faham, takde bahasa teknikal.

Bahagian 2: Nama Domain dan Hosting – Di dalam kebanyakan Ebook atau buku panduan membina laman web, anda biasanya disuruh membeli nama domain dan juga Hosting.

Maka anda pun belilah kedua-dua perkara tersebut. Tapi sedih dan malangnya, anda tidak tahu apa itu nama domain dan juga Hosting. Di dalam ebook ini, anda akan diterangkan dengan ayat-ayat yang mudah difahami apakah itu sebenarnya nama domain, apa itu Hosting, kaitan kedua-duanya dan bagaimana ia berfungsi?

Bahagian 3: FTP Cara Mudah – Setelah anda memahami apa itu Internet, Server, Nama Domain, Hosting, Laman Web dan kaitan di antara kesemua itu, maka barulah anda boleh pelajari bagaimana mengupload sebuah laman web (File) ke Server. Anda akan pelajari bagaimana menggunakan sebuah perisian FTP iaitu FileZilla. Kegunaan asas perisian ini adalah untuk mengupload apa sahaja jenis File termasuklah File-File laman web ke Hosting (Server).

Dan lebih menarik lagi sebab Zul juga ada pelbagai bonus hebat untuk anda;
1. Panduan membeli nama domain dan Hosting

Khas untuk anda yang tidak pernah membeli nama domain dan Hosting, saya sediakan untuk anda satu panduan mudah langkah demi langkah bagaimana untuk membeli nama domain dan Hosting untuk laman web anda atau projek perniagaan Internet anda!

2. Mulakan Perniagaan Internet anda hari ini juga!

Ya! Ebook yang anda beli di laman web ini boleh dijual kembali dan anda simpan 100% keuntungan! Kini anda pun sudah boleh menjana pendapatan di Internet dengan perniagaan Internet anda sendiri!

Jika anda menjual Ebook ini dengan harga RM20.00 satu unit, dan katakan ada seramai 10 orang yang membelinya, maka anda anda mendapat hasil sebanyak RM200.00 tanpa perlu mengeluarkan sedikit peluh pun.

Memulakan perniagaan Ebook ini amat mudah melalui sistem yang telah kami cipta dan sediakan untuk anda!

Melalui Sistem kami ini, anda akan mendapat:

1. Panduan Penggunaan ‘Sistem’:

Panduan penggunaan sistem akan diberikan untuk anda menggunakan simple sistem yang kami sediakan. Hanya ikut langkah demi langkah dan mula menjual!

2. Laman Web Jualan:

Laman web ini sama-sekali tidak perlu diedit. Kami telah menyediakan sebuah sistem laman web yang memudahkan anda bermula dengan cepat untuk menjual Ebook Panduan Mudah FTP ini.

Anda akan mengetahui akan keunikan sistem kami ini setelah membeli Ebook di laman web ini.

Bentuk laman web yang akan anda perolehi ialah sama seperti laman web yang sedang anda layari ini. Ya, sebuah laman web yang lengkap! Tidak perlu lagi anda membinanya sendiri atau mengeluarkan kos untuk mengupah orang lain.

3. Ebook Panduan Mudah FTP versi ‘Master Resale Rights’:

Ebook yang akan anda jual telah disediakan bersama dengan material yang lain dalam satu File Zip. Anda hanya perlu upload File tersebut ke Server (Hosting) bersama-sama dengan laman web dan kemudian mulakan promosi. Itu sahaja. Begitu mudah sekali!

Jadi, jangan berlengah. Dapatkan sekarang di http://jom123.com/panduanftp/

Dah Dapat Duit Free dari Im-Myth

Hari ni saya ada satu berita gembira. Akhirnya hari ni clear jugak bayaran untuk Laporan IM Myth yang dijalankan oleh Russel Brunson pada bulan lepas. Takde la sebanyak yang orang lain seperti shuth dapat. Cuma USD25.50 je. Alhamdulillah.

Bolehla jugak untuk bayar renewal fees domain name saya MyPrepaidSMS.com dan MyTeam700.c0m yang bakal tamat bulan Disember ni.

im-myth1.JPG<– klik untuk imej besar

Memang banyak sebenarnya peluang macam ni. Sebelum ni saya pernah dapat bayaran untuk edaran report percuma The Science of Getting Rich. Tapi program macam paid email, tu saya tak minat nak join atau promosikan. Buang masa je.

Oh! Sebelum saya terlupa. Masa saya buat promosi hari tu, ada yang berminat tapi tak da akaun paypal. Buat yang masih belum ada paypal, daftarlah segera sebab banyak manfaatnya.Tak tau macam mana nak daftar akaun paypal? Cuba baca dan ikut panduan mendaftar paypal yang saya smartusaha tulis ni.

Dari masa ke semasa akan ada pengumuman untuk program buat duit percuma macam ni. Kalau takde paypal, anda mungkin akan terlepas lagi.

Salam sukses!