Panduan Setup Autoresponder Getresponse

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu lagi produk anak tempatan yang pastinya akan banyak membantu anda.

Autoresponder merupakan salah satu tool yang sangat penting jika anda ingin berjaya didalam apa jua perniagaan internet. Memang terdapat banyak perkhidmatan dan perisian yang membolehkan anda menghantar follow-up kepada pelanggan atau prospek anda. Berbayar mahupun percuma.

Antara perkhidmatan autoresponder yang menjadi pilihan ramai ialah Getresponse dan Aweber. Oleh sebab kini Aweber sudah menaikkan harga langganan, maka Getresponse dilihat paling berbaloi untuk dimiliki jika anda benar-benar serius.

Dengan adanya panduan ini, adalah lebih mudah untuk anda menyediakan follow-up sendiri kerana ia ditulis sepenuhnya didalam bahasa melayu. Apa yang menarik tentang Getresponse ialah ia juga mempunya versi percuma. Jadi, anda boleh cuba dulu sebelum membeli versi berbayar.

Download “Panduan Setup Autoresponder Getresponse” sekarang juga

Iklan Merdeka Pertonas 2008 Memang Best

selamat hari merdeka Pertamanya saya nak ucapkan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51″ untuk seluruh rakyat Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Saya sangat tertarik dengan iklan Petronas yang terbaru sempena sambutan Kemerdekaaan Malaysia yang ke 51 ni. Ingatkan tahun ni Petronas tak buat apa-apa iklan merdeka. Sebab siaran pertama iklan ni saya tengok di TV3 adalah pada 19 Ogos 2008.

Ok, berbalik pasal iklan ni. Ia mengisahkan seorang penjual cempedak
yang mempunyai seorang anak bernama Aiman. Macam budak-budak lain,
Aiman ni akan mintak macam-macam dari ayah dia.

Aiman: “abah, boleh tak abah belikan aiman XXX ?

Abah :”Aiman, kalaulah abah ni banyak duit, bukan saje XXX , XXX pun abah akan belikan”

Walaupun agak kecewa, tapi dia tak putus asa. Dia akan cari idea jugak untuk mendapatkan apa yang dia hajatkan. Otak dia memang genius dan telah berjaya mencipta pelbagai produk hinggakan rumah dia menjadi tumpuan orang kampung.

8 tahun kemudian,Aiman pun dapat tawaran belajar ke Universiti. Aiman risau jugak takut permintaan dia tak dapat abah tunaikan macam sebelum ni. Diam tak diam, rupa-rupanya abah dah ada simpanan RM41,000 untuk Aiman. Jadi, dapatla Aiman sambung belajar.

10 tahun kemudian, tiba-tiba ada orang bawak motor besar singgah kat gerai cempedak abah. Rupa-rupanya itu adalah Aiman, yang dah belikan motosikal besar “Abah Punya”. Abah Aiman ni memang dari dulu idamkan nak dapat motor besar ni.

Memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Nak tau apa pengajarannya. Kenala hayati sendiri ni.

Klik untuk tengok iklan Hari Merdeka 2008 oleh Petronas di YouTube.

Download Percuma – Rahsia Usahawan Internet Malaysia Dibongkar!

Saya baru sahaja habis membaca satu laporan bertajuk “Rahsia Usahawan Internet” yang ditulis oleh Ammar Zahar. Mungkin saya agak terlambat menulis tentangnya, tapi “better late than never”.

Okla, laporan ni sebenarnya dalam format transkrip temuramah dimana penulis telah menemuramah 6 orang usahawan internet malaysia yang telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing. Usahawan internet tersebut adalah Smartzul, Abooain, Shuth, Yusry, Eruwan dan Amirol.

Laporan ni mempunyai 100 mukasurat. Memang agak tebal jugak untuk sebuah laporan percuma. Tapi oleh sebab ia didalam konsep temuramah, takde la rasa boring membacanya. Seronok sebenarnya membaca laporan ni sebab kita rasa macam kita sendiri pulak yang berborak dengan usahawan internet ni.

Kat sini saya nak share sikit antara rahsia yang dibongkarkan oleh usahawan internet ini;

Bekerja secara profesional dan anda akan jadi profesional. Tetapkan matlamat dan garis panduan yang perlu diikuti. Sentiasa belajar dan berusaha atas apa yang dilakukan – Amirol

Cari masalah… cari penyelesaian… dan “match”kan. InsyaAllah anda akan buat duit daripadanya.
- Shuth

Ada banyak lagi rahsia dari usahawan internet laEbook ini mempunyai 100 mukasurat dan memang sarat dengan pelbagai informasi. Bukan senang kita nak dengar kisah sebenar disebalik kejayaan usahawan-usahawan internet malaysia ini. Jadi ebook “Rahsia Usahawan Internet” ini memang wajar dimiliki oleh sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet

Download Laporan “Rahsia Usahawan Internet Malaysia” sekarang juga