Archive for November, 2008
Menilai Perniagaan Dari Rumah Anda
Orang yang bijak akan menilai diri sendiri. Ia adalah cara hidup dan tabiat yang timbul daripada kesedaran bahawa setiap orang perlu melihat kembali di mana kita berada, ke mana hala tuju kita dan bagaimana kita hendak sampai ke destinasi kita. Dalam dunia hari ini, banyak istilah canggih untuk menggambarkan proses ini contohnya titik rujukan (benchmark) atau penilaian (appraisal). Tidak kira apa istilah yang digunakan, tujuannya sama iaitu untuk menilai pencapaian anda berbanding kriteria-kriteria yang telah anda takrifkan. Kita akan melihat bagaimana proses ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan dari rumah anda.
Berikut ialah beberapa soalan-soalan penting yang harus anda tanya kepada diri sendiri apabila anda menilai perniagaan anda:
1. Adakah anda telah mencapai matlamat yang ditetapkan?
Adakah anda telah berjaya sebagai seorang usahawan? Adakah anda sedang dalam perjalanan mencapai sasaran anda? Adakah pencapaian anda seperti yang diharapkan? Soalan-soalan ini harus dijawab berdasarkan hakikat samada anda telah mencapai matlamat peribadi anda sebagai seorang usahawan dari rumah. Ini bermakna anda telahpun menetapkan matlamat peribadi anda sejak awal lagi, dan anda boleh menyemak semula samada anda telah mencapainya atau tidak. Contohnya, jika matlamat anda ialah untuk menubuhkan satu perniagaan pusat penjagaan kanak-kanak dengan jumlah kanak-kanak yang tertinggi di kawasan perumahan anda, adakah anda telah mencapainya? Jika matlamat anda ialah untuk dikenali sebagai pakar dalam penjagaan kanak-kanak dengan mempunyai nisbah kanak-kanak dan guru/penjaga yang terkecil, adakah anda telah mencapainya? Seperti yang anda boleh lihat, anda perlu membandingkan kedudukan anda sekarang dengan matlamat sebenar yang telah anda tetapkan.
2. Adakah anda berupaya menyara diri sendiri?
Adakah anda berupaya membayar bil melalui keuntungan perniagaan dari rumah anda? Adakah pendapatan dari perniagaan anda dapat menampung perbelanjaan yang terlibat dan masih adakah wang lebih selepas ditolak perbelanjaan? Jika ya, anda boleh berkata bahawa anda berada di jalan yang betul. Jika tidak, anda mungkin perlu bertanya diri sendiri mengapa ini terjadi. Mungkin anda perlu mengiklankan (sekurang-kurangnya secara lisan, dari mulut ke mulut) mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan, atau anda mungkin perlu lebih bertegas dalam meminta bayaran dari pelanggan yang masih berhutang.
3. Adakah pendapatan anda sekarang lebih banyak berbanding semasa anda bekerja untuk orang lain?
Ini ialah soalan yang baik untuk ditanya kepada mereka yang telah berhenti kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan dari rumah. Kini setelah anda melepaskan pekerjaan tetap anda demi meletakkan diri anda sebagai seorang usahawan, adakah ia berbaloi dari segi kewangan? Jangan hanya menilai berapa banyak pendapatan anda sekarang berbanding sebelum ini, tetapi pertimbangkan juga berapakah kadar pasaran terkini bagi seseorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan seperti anda. Jika selepas fasa “permulaan” berakhir anda masih lagi memperoleh pendapatan yang kurang daripada sebelum ini, DAN anda telah bekerja lebih keras, maka anda perlu menilai semula keadaan anda.
1. Di manakah kedudukan anda berbanding pesaing anda?
Anda mungkin mahukan ciri-ciri perniagaan yang unik dan berbeza dari para pesaing anda, tetapi anda perlu juga tahu di mana kedudukan anda berbanding mereka. Bagaimanakah prestasi anda berbanding mereka? Adakah anda hampir menyamai kedudukan pesaing di depan anda dari segi pengiktirafan dan kedudukan di pasaran? Adakah terdapat pesaing baru di tempat anda yang harus anda perhatikan? Mengetahui tentang para pesaing dan ciri-ciri mereka akan memberikan anda pengetahuan yang bernilai yang boleh diaplikasikan pada perniagaan anda. Jangan hanya membuat perbandingan berdasarkan pasaran. Anda harus juga melihat samada terdapat peraturan baru dikeluarkan oleh kerajaan yang harus anda turuti, atau adakah mana-mana peluang baru yang boleh anda rebut.
4. Bagaimana prestasi jualan anda?
Perniagaan dari rumah anda mungkin telah dimulakan sebagai cara untuk menjual produk-produk atau perkhidmatan tertentu. Oleh itu satu cara untuk menilai perniagaan anda ialah dengan melihat pada prestasi jualan anda. Jika anda dapat terus menarik pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan dan anda dapati ada pusing ganti yang malar dalam inventori anda, anda boleh berkata bahawa anda membuat sesuatu yang betul! Sebagai panduan, jangan hanya melihat kepada jumlah jualan sebagai nombor-nombor sahaja. sebaliknya, bandingkan jumlah ini mengikut bulan dan yang lebih penting, rekodkannya. Kenalpasti aliran semasa dalam bentuk peratusan menaik (atau menurun). Jumlah jualan anda harus dibandingkan dengan purata am dalam industri dan dengan pesaing anda. Jika aliran semasa menaik sedangkan peratusan anda menurun, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Jumlah jualan juga menggambarkan usaha pemasaran dan harus digunakan untuk menilai mekanisme pemasaran anda.
5. Adakah anda mendapat keuntungan yang konsisten dari perniagaan dari rumah anda?
Baguslah jika jualan anda meningkat, tetapi bagaimana jika perbelanjaan anda pula bertambah pada kadar yang lebih tinggi? Jelas sekali anda tidak berada di kedudukan yang baik. Sebagai seorang ahli perniagaan, anda perlu meraih keuntungan, tetapi sedang kita seronok melihat kemajuan jualan, kita terlalai untuk membandingkan antara apa yang masuk dan apa yang keluar. Oleh itu, periksalah wang anda dengan teliti. Adakah anda sekadar pulang modal atau rugi? Adakah anda mendapat keuntungan dengan konsisten? Jika tidak, bolehkah anda meneruskan operasi dalam keadaan ini? Baik juga jika anda menilai keuntungan setiap perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan secara berasingan. Anda mungkin mendapati sesetengah produk atau perkhidmatan lebih menguntungkan daripada yang lain. Nilaikan pelanggan tetap anda dengan cara yang sama juga – adakah anda meluangkan lebih masa dan tenaga mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang betul untuk pasaran yang betul? Jawapan kepada soalan-soalan ini akan memberikan klu mengenai bagaimana hendak mengubah gabungan produk atau perkhidmatan anda atau masa yang anda luangkan kepada seseorang pelanggan.
6. Adakah laporan kewangan anda kelihatan baik?
Soalan ini berkaitan dengan dua kriteria penilaian yang telah disebutkan tadi, tetapi ia menjangkau lebih jauh lagi. Ada beberapa nisbah kewangan mudah yang boleh digunakan untuk menilai perniagaan dari rumah anda dan memastikan ia sentiasa berjalan lancar. Nisbah kewangan yang akan kita teliti ialah: nisbah terkini (current ratio), ujian nisbah pantas (quick ratio test) dan nisbah hutang-kepada-ekuiti (debt-to-equity ratio).
Marilah kita perhatikan satu persatu:
a. Nisbah terkini merujuk kepada nisbah aset terkini (iaitu apa yang anda miliki sekarang) kepada liabiliti terkini (iaitu hutang anda). Nisbah ini harus berada pada sekurang-kurangnya 2 kepada 1. Jika tidak anda mungkin terlalu banyak berhutang, dan anda perlu menyelesaikan sesetengah daripadanya dengan segera.
b. Ujian nisbah pantas ialah nisbah yang diperolehi dengan membahagikan jumlah aset dengan liabiliti terkini. Jumlah aset ialah jumlah kesemua aset anda, termasuk wang tunai dalam tangan dan bil pelanggan yang belum dibayar. Nisbah ini ialah ukuran kepada kecairan (liquidity) perniagaan anda. Kadar yang boleh diterima ialah 2.0 atau lebih tinggi.
c. Nisbah hutang-kepada-ekuiti membandingkan jumlah keseluruhan hutang dengan nilai perniagaan anda. Ini tidak bermakna kesemua jenis hutang tidak baik untuk perniagaan, tetapi yang idealnya jumlah hutang haruslah kurang daripada nilai perniagaan, iaitu nisbah hutang kepada ekuiti harus berada pada 1 atau kurang.
7. Apakah perasaan anda terhadap perniagaan dari rumah anda?
Kesemua objektif data yang telah kita teliti di atas menyediakan asas bagi menilai kedudukan perniagaan anda pada masa ini, tetapi ia tidak memberitahu anda keseluruhan cerita. Anda tidak boleh mengabaikan intuisi anda sebagai seorang pekerja dari rumah apabila menilai prestasi perniagaan anda secara keseluruhannya. Jelasnya, selain daripada sebab kewangan, anda mungkin telah memulakan perniagaa7 supaya anda boleh meluangkan lebih masa dengan keluarga, supaya anda mempunyai lebih masa untuk beristirahat dan menikmati kehidupan yang lebih seimbang. Dalam kes ini, anda mungkin perlu menilai samada anda masih bersemangat dan gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang.
Sumber: eHomemakers.net
Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas Sri Andalas
Hari ahad lepas kami sekeluarga menghadiri Hari Penyampaian Sijil untuk sekolah tadika Aisyah. Dah 2 tahun (sejak umur 4 tahun) Aisyah bersekolah di Tadika KEMAS Sri Andalas, Taman Sri Keramat. Alhamdulillah, walaupun ia merupakan sekolah tadika kerajaan , tetapi perkembangan positif yang dia tunjukkan memang sangat kami syukuri.
Memang kagum dengan Cikgu Siti Norah yang mengajar kat situ. Bayangkan macam mana dia handle 78 orang pelajar seorang diri. 40 orang di sessi pagi dan 38 orang disesi petang. Walaupun ia sekolah Tadika Kerajaan, tapi kemudahan dan aktiviti yang ada kat sini saya memang agak puas hati kalau nak dibandingkan dengan beberapa tadika swasta yang saya survey. First impression masa mula-mula datang sini, Wow! banyaknya mainan! Bagus untuk budak-budak ni berkreativiti. Takdela boring sangat. Cikgunya pun kreatif dalam menarik minat budak-budak.
Pada mulanya dulu, kitaorang ingat nak hantar dia tabika pada umur 5 tahun, tapi oleh sebab masa dia umur 3 tahun lagi dah merengek tiap-tiap hari “Umi… nak pegi seolah”. Jadinya kami pun try bertanya pada Tabika ni. Biasanya diaorang tak ambik budak 4 tahun, tapi sebab dia tengok Aisyah ni badannya besar, dia kata okla. Tahun lepas dia bersekolah di sessi petang sebab sessi pagi untuk budak 6 tahun.
Tahun ni, cikgu kata Aisyah dah boleh pergi sesi pagi sebab dia “cepat menangkap” walaupun baru umur 5 tahun. Rasanya dalam akhir bulan Januari dia dah boleh membaca dengan lancar. Dia memang dari kecik lagi sangat suka membaca. Kalau menangis atau mengamuk, kitaorang cuma perlu suruh dia pergi ambik “book” dia, dia pasti akan berhenti menangis. Kemana-mana memang tak tingggal buku kecik dia.
Masa majlis penyampaian sijil tu, Aisyah ada buat persembahan koir. Banyak jugak lagu yang diaorang nyanyi. Ingat nak upload kat blog ni video persembahan tu, tapi saiz file terlalu besar. Ambik masa sket nak edit untuk kecikkan saiz. Kalau berjaya diedit, nanti saya upload ye. (Maklumla, saya bukan pandai sangat bab-bab edit video ni)
Yang makin bangga, sebab Aisyah terpilih untuk jadi solo untuk lagu “Rasa Sayang Hei”. Dia kena nyanyi rangkap pantun
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi cikgu dibawa mati.
Dekat sebulan jugak dia practise hafal pantun ni kat rumah. Sakit telinga jugak kadang-kadang dengar dia tak berhenti menyanyi. Maklumla, nak habiskan 7 lagu yang akan dipersembahkan. Antara lagu yang diaorang nyanyi ialah Lagu Negaraku, Lagu KEMAS, Lagu Boria Malaysia Jaya, Lagu Lenggang Kangkung, Lagu Anak Kambing Saya, Lagu Rama-Rama dan Lagu Rasa Sayang Hei. Selain persembahan koir, ada macam-macam lagi persembahan Senamrobik, Tarian Muhibbah (Melayu, Cina , India) dan Nasyid.
Boleh dikatakan semua 78 orang pelajar participate didalam persembahan. Takde yang tertinggal. And i think it is very good to improve their confidence. Masa tahun lepas, penyampaian sijil diadakan bersama-sama murid tadika lain dalam DUN Hulu Kelang. Cuma beberapa orang je terpilih untuk buat persembahan. Satu sekolah, satu persembahan. Bayangkan lebih 10 buah sekolah nak ambik sijil. Punyalah lama kitaorang menunggu sebab giliran sekolah Aisyah last sekali.
Hari ni adalah hari terakhir persekolahan, semalam kitaorang shopping belikan hadiah untuk cikgu Nora. Memang terhutang budi sangat kat dia. Yelah, 2 tahun dia mengajar anak kita dari tak tau apa-apa sampai boleh menulis, membaca , mengira, menyanyi, melukis, membaca doa, dll.
Malam tadi, saya minta Aisyah tuliskan kad untuk cikgu Nora. Kat atas adalah hasilnya. Ayat “I Love My Teacher” tu dia yang cadangkan. Siap ada lukisan rumah lagi. Hopefully cikgu dia suka. Esok kitaorang akan hantar dia pergi sekolah. Takut dia tak larat nak bawak hadiah tu naik bas. Saya pun boleh jumpa cikgu Nora personally. Lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa.
Tahun depan mungkin Aisyah akan bersekolah di Tadika lain pulak. Bukan sebab sekolah ni tak bagus, tapi kitaorang nak bagi Aisyah merasa suasana baru dan dapat belajar benda baru. Yela kan, dah 2 tahun sekolah kat situ, kadang-kadang dia pun malas nak pergi sekolah.
Okla, rasanya dah panjang sangat post hari ni. Nanti saya akan ceritakan kisah kitaorang survey tadika baru untuk Aisyah.
Saya antara Top Affiliate untuk PPL Teknik Video Marketing
Alhamdulillah. Tak sangka saya mendapat tempat ke-4 bagi cabaran top affiliate bagi program Pay-Per-Lead ” Teknik Video Marketing” yang dijalankan oleh pihak AspirasiCyber. Walaupun tak sebanyak pemenang yang lain, tapi macam biasa, kita perlu bersyukur dengan apa jua rezeki yang dapat kan? Alhamdulillah. Tempat pertama dimenangi oleh Otai IM Malaysia – Zamri Nanyan
Setiap hari dunia perniagaan internet kat Malaysia semakin meriah. Makin ramai yang sanggup mengeluarkan modal untuk membuat program pay-per-lead seperti ini. Dan saya kira ia adalah satu perkembangan yang positif. Selain dapat memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia buat duit percuma, mereka juga dapat ilmu percuma.
Syabas untuk mereka semua!











