Archive for January, 2009

Jom kita ber “Twitter”

Twitter adalah satu laman web sosial seperti MySpace, Facebook dan Friendster. Tapi apa yang lebih menarik ialah ia hanya terhad teks sahaja. Ini menjadikan ia begitu ringkas dan mudah untuk di update. Tak perlu tulis panjang-panjang macam tulis blog. Ia seperti anda SMS kawan-kawan untuk bagitau aktivit terkini.

Sebenarnya dah lama saya tahu tentang Twitter ni, tapi buat endah tak endah je. Satu email yang saya dapat dari Brad Callen (seorang IM yang terkenal), telah membuka mata saya untuk mencubanya. Anda bolehla mem “follow” saya di http://twitter.com/asmawati

Apa yang perlu dibuat ialah, jawab soalan tweeter ‘What are you doing?” . Anda boleh update aktiviti harian anda. Tak kiralah samaada berbentuk perniagaan atau peribadi. Satu tips dari Irfan Khairi..

di laman web social networking ni, tujuan utama adalah untuk mengenali orang dan orang mengenali kita sebagai “usahawan”. Maka, tujuan utama social networking sites ni bukan untuk promosi perniagaan! Tetapi, ia akan menjadikan kita lebih dikenali, jenama kita lebih dikenali dan secara tak langsung, perniagaan juga akan dikenali.

Twitter membolehkan kita update segala aktiviti harian kita. Dengan twitter kita hanya perlu tuliskan update yang ringkas je sebab cuma ada ruang 140 huruf je. Ia juga boleh diupdate dengan pelbagai cara seperti;

1. Melalui laman web http://twitter.com

2. Melalui aplikasi GPRS/WAP dari handphone ke laman web http://m.twitter.com – memang mudah, hanya masukkan username dan password, kita boleh terus mengakses akaun twitter kita dimana sahaja.

3. Melalui SMS – anda perlu aktifkan dahulu handphone anda – buat masa sekarang saya masih belum mencuba kaedah ini.

4. Anda juga boleh menjadualkan posting untuk tweeter anda menggunakan servis Tweetlater.com . Ia juga membolehkan anda update multiple tweeter akaun dengan mudah.

Di twitter ada beberapa istilah seperti follower dan following. Semakin ramai follower anda, semakin bernilailah tweeter anda itu. Untuk meningkatkan bilangan follower, bolehla gunakan kaedah seperti;

  1. Follow orang lain dahulu seberapa ramai yang mungkin ( maksimum following 2000)
  2. Follow orang-orang yang sememangnya mempunyai ramai follower kerana apabila anda follow seseorang yang mempunyai ramai follower saya yakin anda tidak lagi perlu follow orang lain selepas itu. Akaun anda akan sentiasa bertambah dengan follower.
  3. Jangan lupa untuk follow balik follower anda. Jika tidak, follower anda akan unfollow twitter anda dengan itu follower anda akan berkurang.

Credit to RahsiaBlogger for the tips

Jom kita ber Twitter. Jangan lupa follow saya di http://twitter.com/asmawati .

Minggu Pertama Persekolahan

Dah masuk seminggu sessi persekolahan bermula. Tahun ni 2 orang anak saya mula bersekolah. Pasal Aisyah saya tak risau sangat sebab dia dah 6 tahun. Walaupun tahun ni dia kami tukarkan ke tadika lain, nampaknya dia dapat menyesuaikan diri dengan baik. Excited sebab tiap-tiap hari, ada je projek yang dibawa balik.

Apa yang merisaukan ialah Adam (4 tahun) . Kami daftarkan dia di sekolah tadika Kemas (tempat kakak dia belajar dulu). Diharap dia dapat belajar berkawan dan membiasakan diri dengan suasana belajar di sekolah. Hari pertama sekolah dia tak meragam sebab hari tu ibu bapa ramai yang tunggu anak-anak mereka. Kelas pun start pukul 8.30 dan pukul 10.00 pagi dah balik.

Masuk hari ke-2, Adam masuk kelas pukul 11.30 pagi – 2.30 petang. Pada awalnya dia tak menangis, tapi bila cikgu tutup pintu gril di kelas, dan saya pun dah nak balik, dia dah start menangis sambil menjerit .. Umi!!! Nak balik!!!!. Rasanya satu taman tu boleh dengar suara dia menjerit.

Memang Adam ni sangat manja kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Bila sampai waktu balik, abah dia kata dia dah tunggu kat pintu sambil merah mata. Cikgu kata dia nangis sekejap je. Harap-harap minggu depan dia akan dapat sesuaikan diri.

Aisyah excited nak pergi sekolah tadika baru

Adam sedang dipujuk untuk masuk ke kelas.

Adib seronok bermain, sambil tunggu Adam masuk kelas.

Tags : , , , , ,

Cek Clickbank Pertamaku

Alhamdulillah, semalam cek Clickbank pertama yang sangat dinantikan dah tiba. Berapa jumlahnya ? $487.72 . Banyak ke? Bagi saya nilai ni sangat banyak. Maklumla, orang tak pernah dapat income sebanyak ni. Post kali ni sebagai penguat semangat saya untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Dulu jealous tengok cek orang dapat beratus-ratus, malah beribu dollar, alhamdulillah kali ni giliran saya pulak.

Terkejut jugak sebab rasa macam cepat je cek ni sampai . Cek tu dihantar pada 24 Disember 2008 dan sampai ke rumah saya pada 5 Januari 2009 . Maknanya Clickbank cuma ambil masa 12 hari je untuk sampai. Saya target cek ni akan sampai dalam 15haribulan.

Cek ni adalah hasil dari projek Youtube yang saya ada saya ceritakan pada posting yang lepas.  Cek ini dah pun saya bank in kan ke akaun CIMB saya. Pegawai tu kata, paling lewat ambik masa 45 hari untuk clear. Kita tunggu je lah ye

Tags : ,

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet.

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet seperti ebook,produk resale rights dan sebagainya.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.

Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web,sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.

Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda mulai hari ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Private Label Right(PLR)?

PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Di sini saya ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja:

Tags : ,