Archive for March, 2009
Penjelasan tentang pakej video buat duit dengan Youtube
Fuh! Lama sungguh saya tak update blog ini. Hampir sebulan lamanya. Ada juga membuat draft beberapa posting tapi tak berjaya juga untuk dipostkan sebab kekeringan idea. itu belum termasuk dengan line streamyx yang semakin menjadi-jadi “kelajuannya”.
Semasa saya sedang bercuti hari tu, ada menerima satu email dari Puan Lisa Hilmi yang memberikan serba sedikit penjelasaan tentang pakej video buat duit dengan youtube yang masih hangat dipasaran. Saya pun sebenarnya menerima banyak komen dan soalan tentang pakej video ini, cuma tiada peluang untuk menjawab kesemua soalan yang diajukan. Insyaallah saya akan cuba reply secara berperingkat.
Berikut adalah email yang dihantar pada 15 Mac 2009. Jika anda masih ragu-ragu dengan pakej ini, harap penjelasan ini serba sedikit akan memberikan anda lebih kefahaman tentangnya. Saya ada tambah sikit komen dalam ruangan “”
=====================================================
Salam
-
Bisnes MLM yang mana anda kena cari orang bawah – Jawapannya TIDAK
Anda tak perlu nak taja orang atau buat belian bulanan
-
Kena jual semula pakej ini – Jawapannya TIDAK
Anda tak perlu jual semula pakej ni. Hanya beli dan aplikasikan apa yang diajarkan untuk memperolehi pendapatan
-
Program cepat kaya, di mana di dalam masa beberapa hari beribu-ribu ringgit akan masuk ke akaun bank anda – Jawapannya TIDAK
Tak mustahil untuk dapat beribu-ribu ringgit dari program ini, tapi nak kena praktikkan teknik yang diajar. Dan duit takdela masuk direct ke akaun bank kita. Nak kena ambil masa untuk cek diposkan pada kita, dan kena tunggu pihak bank proses cek kita tu.
-
Upload video ke Youtube dan apabila orang tonton maka anda akan dibayar – Jawapannya TIDAK
Soalan ini ramai jugak yang tanya saya. Ia bukan program berbentuk paid-per-view. Anda TIDAK akan dibayar untuk setiap orang yang tonton video yang anda upload.
Anda perlu faham bahawa, lebih ramai yang menonton video yang anda upload di youtube, lebih tinggi kebarangkalian untuk mereka klik link affiliate anda. Dari klik tersebut, tidak mustahul anda akan berjaya membuat jualan dan seterusnya menerima komisen.
Memang teknik ni sangat mudah sebab saya sendiri telah berjaya menjana pendapatan dari program affiliate Clickbank dengan menggunakan teknik ini. Buktinya boleh semak disini.
Ya betul! memang anda tak perlukan sebarang modal tambahan lain. Tapi, kalau anda berminat nak pelajari lebih mendalam ilmu tentang program affiliate Clickbank, saya syorkan anda membeli ebook Panduan Clicbank berharga RM49. Saya sendiri mendapat banyak ilmu dari ebook ini. Pelaburan untuk ilmu, jika dimanfaatkan, pasti akan berbaloi.
Anda memang tak perlu fikirkan tentang pembinaan sebarang laman web. Tapi kalau anda nak tahu bagaimana nak memilih sebuah laman web yang berpotensi tinggi untuk “menjual”, saya banyak belajar dari ebook Panduan Clickbank ini.
Memang tak susah nak memahami video tutorial ini. Dengan sedikit usaha untuk mencuba, tak sukar mempraktikkannya.
Sudah tentu tiada jaminan berapa yang bakal anda perolehi, tetapi dengan usaha (yang betul) dan tak mudah putus asa, ia bukanlah mustahil
Apa yang paling saya suka tentang pakej ini ialah Bantuan Secara Online Melalui Yahoo Messanger (YM) bersama Puan Lisa. Saya sendiri telah menggunakannya dan setelah beberapa hari berkomunikasi, akhirnya telah berjaya membuat jualan yang tidak disangka-sangka. Memang lain rasanya bila berguru secara live dari mereka yang benar-benar pakar.
Review Majalah IM ke-11 – Buat Duit Dengan Servis
Hari ni saya nak review tentang Majalah IM edisi ke-11. Ia adalah satu-satunya majalah online yang menjadi kegemaran saya sebab ia berkisar tentang topik perniagaan internet. Walaupun ia PERCUMA, tapi setiap kali ia dikeluarkan, isi kandungannya memang superb! Isu bulan Mac ini mengetengahkan topik “Buat Duit dengan Servis”. Hmm. sebuah model perniagaan internet yang menarik (dan lumayan) sebenarnya.
First impression bila tengok cover. Cantik! Sebab ia adalah lukisan kartun oleh Kartunis Ubi yang glamer tu. So tak sabar la nak baca kisah di sebalik kejayaan beliau. Sebaik sahaja download. Saya dapati keluaran kali ni ada 35 mukasurat. Artikel pertama yang saya baca ialah
.
.
Dari Meja Ketua Editor yang ditulis oleh DikMal. Kata aluan yang agak baik , cuma sedikit “sakit mata” sebab agak sukar nak membaca bila kesemua tulisan ditulis didalam HURUF BESAR.
Kemudian ada artikel pengenalan tentang servis. Artikel ini membolehkan kita memahami serba sedikit definisi dan kelebihan serta kelemahan model perniagaan ini.
Segmen seterusnya ialah sudut berita yang memuatkan tentang aktiviti Krew Majalah IM. Dan kemudian diikuti dengan artikel “Jenis-jenis Perkhidmatan yang ditawarkan di internet” yang ditulis oleh Kak Galaderial. Banyak juga dapat idea servis apa yang boleh ditawarkan untuk buat duit.
Kemudian, ada banyak artikel tentang teknik memasarkan servis yang kita tawarkan. Yela kan, kalau tak dipromosikan, macam mana orang nak tahu. Nak tahu apa tekniknya, kenala download MajalahIM ni sekarang jugak
Untuk segmen Soal Jawab , Mohd Amirol telah memberikan jawapan panjang lebar untuk soalan berikut
“Saya belum memiliki nama domain dan hosting. Apakah pelan hosting dan nama domain yang bersesuaian untuk saya?”
Memang panjang lebar jawapan yang diberikan untuk soalan yang sangat ringkas ni. Nak tahu jawapannya? Kenalah download Majalah IM disini.
Artikel “Bagaimana Fokus dalam Perniagaan Internet” oleh ShueQry juga menarik untuk dibaca. Sebab tanpa fokus, memang susah untuk berjaya. Saya sendiri kadang-kadang hilang fokus dalam sesuatu projek. Dan artikel ni serba sikit memberikan idea untuk mengatasinya.
Dan yang ditunggu ialah temubual bersama Kartunis Ubi. Banyak juga tips yang beliau berikan kalau anda betul-betul nak buat duit dengan servis ni. Ada juga didedahkan projek terbaru beliau. Nak tahu jawapannya? Kenalah download Majalah IM disini.
Artikel terakhir adalah serba sikit review tentang produk Panduan VCC. Saya baru beli ebook ni semalam, tapi tak sempat lagi nak baca . Nak tahu apa reviewnya? Kenalah download Majalah IM disini.
Pendek kata, semua akan dibongkarkan kepada anda. Jangan segan untuk download sebab ia PERCUMA aje. Tak payah masukkan nama dan alamat email pun. Jadi, tak rugi apa-apa. Insyaallah akan bertambah ilmu anda nanti.







