Archive for July, 2009

Komputer Rosak ? Berhati-hati bila menghantar komputer untuk dibaiki

komputer rosak

Komputer anda rosak? Saya harap anda dapat baca artikel dibawah ini sebelum menghantar komputer anda yang rosak tu ke mana-mana kedai untuk dibaiki. Ia mungkin akan menjadi satu mimpi ngeri selepas ini. Dibawah ialah petikan dari artikel tersebut. Kalau ada sebarang pendapat, jangan lupa tinggalkan komen ye. Semoga artikel ni bermanfaat untuk anda .

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , ,

Bank Negara Malaysia siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd pulak?

asiaceramicdiserbubnm

Ramai yang terkejut apabila mendengar berita bahawa BNM telah menyiasat syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan program Ceramic Club.

Jika sebelum ni, pihak BNM telah menyiasat beberapa syarikat seperti Eastana Farm, Noradz, Jazmeen dan BuluhMas. Dengar cerita kes tersebut masih belum lagi selesai. Tak dapat nak dipastikan pula apa akan terjadi kepada Ceramic Club selepas ini. Jika anda ada sebarang pendapat, sila nyatakan di ruangan komen ye.

Berikut saya ambil petikan akhbar dari harian Metro


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , ,

Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah

cara buat blog di blogspot

Sekarang ni semua orang pasti mempunyai blog. Hatta budak sekolah sekarang ni pun dah ada blog. Sebenarnya sangat mudah cara nak buat blog di blogspot ni. Anda cuma perlukan akaun gmail. Semasa meronda-ronda di youtube, saya terjumpa satu video yang berkualiti untuk dijadikan panduan dalam usaha anda untuk membuat blog di blogspot.

Dengan menonton video ni, memang mudah untuk anda belajar cara membuat blog di blogspot ni. Tak kisah la blog anda itu nak digunakan untuk buat duit di internet ataupun sekadar blog peribadi untuk kegembiraan diri sendiri. Apa yang penting, anda kena tahu dulu cara nak buat blog. Tak sampai 5 minit pun, anda akan ada blog anda sendiri di blogspot.


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , ,

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

gold

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?


Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , , ,

Renungan Hari Jumaat – Ucapan & Situasi

4_24_2007leafwater

Sempena Hari Jumaat yang mulia ni, saya nak kongsikan dengan anda satu email yang saya terima dari seorang rakan. ucapan-ucapan mahmudah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian. Malangnya, ada antara ucapan-ucapan ini disalah guna oleh orang ramai lantaran terkeliru. Terima kasih kepada pengirim emel dan terima kasih kepada individu yang mengumpulkan maklumat berharga ini.

=============================
1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .

Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Read the rest of this entry »

Tags : , , , , , , , , , , , , , , ,