Archive for November, 2009
Minyak Wangi Tanpa Alkohol Terbaru – AllStarPerfumes
Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak minyak wangi tanpa alkohol dijual di pasaran tempatan. Biasanya minyak wangi tanpa alkohol ini dibotolkan didalam botol-botol kecil yang mengandungi antara 2ml – 15 ml minyak wangi dan dipakejkan dalam kotak yang cantik. Bagi saya ia adalah sesuatu yang menguntungkan pembeli sebab kita dapat banyak haruman dengan satu belian.
Kebanjiran minyak wangi seperti ini saya rasanya bermula dengan kejayaan jualan produk minyak wangi tanpa alkohol berjenama One Drop Perfume. Ramai juga yang menjual minyak wangi seperti ini secara online. Kali pertama saya membeli minyak wangi One Drop Perfume juga melalui pembelian online. Memang lebih mudah, dan kalau pandai mencari, kita dapat harga yang lebih rendah.
Agak lama nak menghabiskan 8 botol minyak wangi one drop dan saya kira ia berbaloi dengan harga yang dibayar. Sejak hari tu, saya semakin berminat dengan minyak wangi tanpa alkohol bersaiz mini seperti ini. Maklumla, dengan satu pembelian, boleh dappat pelbagai haruman. Memang menjimatkan.
Pernah juga terpikir nak buat bisnes minyak wangi online. Tetapi, memikirkan saya masih kurang mampu nak mengendalikan pembungkusan dan penghantaran produk, saya pendamkan dulu hasrat tu. Sebagai alternatif, saya mencari laman web yang menawarkan program affiliate untuk produk minyak wangi tanpa alkohol ni. Maklumla, selain kita guna minyak wangi tu, boleh juga dijadikan sebagai sumber pendapatan. Banyak juga laman web affiliate yang ada, tapi agak kurang menarik disegi pelan pemasarannya.
Minggu lepas, saya diperkenalkan oleh minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfume. Jadi, setelah menjenguk laman web yang diberikan, ternyata ia menepati ciri-ciri yang saya ingini.
1) Produknya ialah minyak wangi tanpa alkohol, pastinya ia minyak wangi halal
2) Sistem affiliate dengan potensi pendapatan berterusan kerana ia memberikan komisen hingga level ke-5.
3) Tak perlu menguruskan sebarang penghantaran produk
4) Mendapat diskaun jika membuat belian ulangan.
Saya terus buat bayaran sebanyak RM60 untuk 1kotak produk minyak wangi wanita. Setiap kotak mengandungi 3 botol minyak wangi 5ml. Ia telah selamat saya terima pada hari sabtu lepas. Tak sangka dapat cepat, sebab di laman web kata akan diposkan pada 15 November. Dah test guna minyak wangi ni, memang sedap baunya. Dan bau ni bertahan lama juga.
Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak try minyak wangi tanpa alkohol jenama AllStarPerfumes ni, bolehla dapatkan maklumat lanjut dengan klik banner di bawah ni.

Jangan lupa daftar percuma. Web ni baru je dilancarkan pada 15 November, jadi anda akan jadi antara yang terawal sertai bisnes ni.. Kalau anda dah guna minyak wangi ni, jangan segan untuk tinggalkan komen ye.
Semoga wangi selalu!
Cara Forward Domain GDI ke web affiliate anda
Oleh kerana produk utama GDI ialah nama domain dan hosting. Adalah sangat baik jika kita dapat gunakan produk ini dengan sebaik mungkin. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk mem”forward” nama domain GDI kita kepada apa jua laman web pilihan kita.
Jika anda sertai GDI dan tidak pernah membuat sebarang perubahan kepada setup laman domain anda, secara automatik pihak GDI akan redirect kepada laman web opt-in GDI anda sendiri. Misalnya, saya memilih nama domain duitinternet.ws semasa mendaftar GDI, maka apabila saya promosikan laman web tersebut (tanpa sebarang perubahan), ia akan dibawa terus ke link seperti berikut http://website.ws/wzone (wzone adalah username GDI saya).
Oleh sebab kini , saya turut mempunyai laman web autoviral saya sendiri yang akan dapat membantu saya mempromosikan bisnes GDI ini, maka saya ingin gunakan ia. Cara paling mudah ialah menggunakan aplikasi “Domain Forwarding” . Caranya ialah
1. Login ke member area GDI anda https://www.website.ws/members/
2. Klik menu Domain yang berada di sebelah kiri
3. Klik Change DNS
4. Pilih Domain Forwarding dan kemudian klik continue
5. Masukkan URL web affiliate pilihan anda. Saya memilih untuk meletakkan URL untuk laman web http://perniagaaninternet.ws/r/asmawati . Ini adalah web autoviral untuk bisnes GDI yang disediakan oleh sifu Zamri Nanyan
6. Berjaya! Sila tunggu 48-72 jam untuk laman web anda diaktifkan. Anda boleh lihat http://duitbijak.com
Kerja Dari Rumah. Satu ‘Terapi’ Bagi Stres Di Tempat Kerja?
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Adakah bekerja dari rumah mendatangkan kebaikan atau keburukan terutama bagi pekerja sektor awam?
Ini antara soalan yang muncul berikutan laporan berita baru-baru ini mengenai inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mewujudkan Program Bekerja Dari Rumah bagi pelukis pelan yang terpilih bermula 1 Jan tahun depan.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata 35 pelukis pelan akan dipilih sebagai perintis bagi program percubaan tiga bulan dan keputusan sama ada kerajaan meneruskan atau tidak program itu bergantung pada tahap produktiviti yang dicapai semasa program itu dijalankan.
Menurut Shaziman, program berkenaan akan ditamatkan jika didapati gagal meningkatkan produktiviti pelukis pelan yang terlibat.
Reaksi positif menyusul di mana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah itu.
Bagi Cuepacs, langkah kerajaan mewujudkan program perintis itu boleh mengurangkan kesesakan di tempat kerja selain meringankan beban penjawat awam dari segi kos petrol serta masa yang diambil untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.
Ia juga memberi peluang kepada penjawat awam mempunyai masa yang lebih dengan keluarga mereka.
Presiden Cuepacs Omar Osman dilaporkan berkata program itu merupakan langkah yang bijak dan menyeru agar ia dipanjangkan meliputi kementerian dan agensi kerajaan yang lain.
SATU JENIS TERAPI
Sebenarnya konsep bekerja dari rumah sudah lama wujud dalam perkidmatan awam di negara ini, tetapi tanpa publisiti yang meluas, dan ia juga memberi kesan produktiviti yang amat positif.
Ini satu situasi yang dialami sendiri penulis yang bertugas di sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Penulis yang juga merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) telah menikmati kemudahan itu sejak tahun 2007.
Penulis diserang diabetis dan mengalami masalah vaskular (peredaran darah) kaki kanan kerana komplikasi penyakit itu. Beliau juga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu kerana kegagalan buah pinggang dan menjadi amat keletihan setelah menjalani setiap sesi rawatan itu.
Pada tahun 2007, kaki kanan penulis dipotong di bawah paras lutut kerana ulser yang kronik dan ini memberi kesukaran bagi beliau untuk berjalan.
Tetapi beliau tetap juga ke pejabat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.
Ini telah menarik perhatian pihak pengurusan yang memahami keadaan penulis. Pihak pengurusan menggunakan budi bicara mereka dan membenarkan beliau bekerja dari rumah dengan menggunakan Internet kerana semua kerja beliau boleh disalurkan melalui komputer dan Internet.
Mereka (majikan) juga meminjamkan sebuah komputer riba yang disambungkan terus kepada sistem komputer di pejabat.
Langkah itu sebenarnya telah meningkatkan produktiviti kerja penulis, walaupun banyak masa yang beliau perlukan untuk rawatan dialisis, beliau sebenarnya mempunyai ruang dari segi masa yang lebih lama bila bekerja dari rumah jika dibandingkan dengan waktu bertugas di pejabat dengan hanya lapan jam.
Ia juga lebih menjimatkan masa jika diambil kira perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.
BAIK UNTUK PETUGAS OKU
“Bekerja dari rumah amat bermakna bagi penjawat awam yang kurang upaya. jika penat, mereka boleh rehat. Mereka boleh menyelesaikan kerja walaupun pada waktu malam atau pagi,” itulah pendapat aktivis sosial Fatimah Mansur.
Kata beliau, bekerja dari rumah juga merupakan sebahagian daripada terapi bagi mengurangkan stres di tempat kerja untuk penjawat awam.
Ia juga baik bagi penjawat awam yang kurang upaya disebabkan kemalangan atau berpenyakit kronik.
“Dengan ini kerajaan tetap mempunyai kepakaran atau kebolehan profesional dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah penting bagi kejayaan program sebegini,” tambah beliau.
BERTUGAS SECARA ‘TERASING’ ADALAH BAIK
Bagi Fatimah, bekerja dari rumah mungkin agak ‘terasing’ tetapi bekerja begini lebih baik.
“Bekerja berseorangan adalah baik kerana tiada gangguan apatah lagi jika anda mempunyai waktu yang suntuk (hada tempoh) dan memerlukan konsentrasi tinggi. Dengan bekerja di rumah anda boleh mempunyai situasi yang baik untuk mencapai objektif kerja anda”.
Kata beliau, penjawat awam yang terpaksa menjaga anak kecil atau anak yang sakit boleh cuba memohon dari pihak majikan agar dibenarkan bekerja dari rumah.
“Bagaimanapun bukan semua penjawat awam boleh bekerja dari rumah. Hanya mereka yang mempunyai tugas bersangkutan dengan kerja komputer yang disambungkan kepada Internet dan seterusnya kepada rangkaian sistem komputer di pejabat sesuai untuk program sebegini”, tambah beliau.
Dengan membenarkan penjawat awam bekerja dari rumah, kerajaan tidak akan kehilangan mereka yang mempunyai kepakaran atau dari kumpulan profesional yang terpaksa bersara awal kerana menjadi kurang upaya atau mengalami sakit kronik yang teruk.
“Kalau mereka yang pakar dalam bidang tertentu dikekalkan, sudah tentu ini akan mengekalkan kecekapan dalam perkhidmatan awam,” tambah Fatimah.
Menurut laporan akhbar ‘The Nation’ pada tahun lepas, kerajaan Thailand juga berura-ura mengadakan program yang serupa di bawah konsep ‘e-ofis’.
SEKTOR SWASTA
Bagi pembekal barang perubatan Robert Lee, bekerja dari rumah memang satu perkara yang ‘ideal’ bagi beliau.
“Saya bekerja dari rumah dan tidak perlu bayar sewa yang tinggi untuk ruang pejabat serta tambahan kepada bayaran elektrik dan air. Dengan bekerja dari rumah, saya hanya perlu satu talian untuk faks dan juga satu talian tetap telefon selain daripada satu atau dua buah komputer yang ada sambungan Internet,” kata Lee dari Bukit Rahman Putra dekat sini.
Bagi penulis ini, bekerja dari rumah memang meningkatkan produktiviti beliau dan ini dibantu oleh kemudahan ICT yang wujud di negara ini.
“Kelebihan bekerja di rumah ialah anda mempunyai masa 24 jam untuk menyelesaikan tugas dan bebas untuk memilih masa bekerja. Wal hal bekerja di pejabat masanya agak ketat di mana seseorang hanya mempunyai lapan jam bagi menyelesaikan tugas beliau dan ini tidak cukup bagi menjadikan penjawat awam lebih produktif”.
Oleh Zulkiple Ibrahim
– BERNAMA
Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke akaun bank Malaysia
Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya nak keluarkan duit paypal . Jika tidak, masakan ebook Chapter M yang dikeluarkan oleh Gobala Krishnan sekitar tahun 2006 mendapat sambutan hangat.

Ada banyak cara sebenarnya. Aantara cara yang biasa digunakan untuk keluarkan duit paypal ialah
1. Jual duit paypal kepada orang lain, pembeli akan buat bayaran ke akaun bank pilihan. Kita pula pindahkan duit paypal kita kepada pembeli. Nilai tukaran wang asing bergantung kepada perbincangan antara penjual pembeli. Tapi, ramai juga yang tertipu dengan cara ni, antaranya duit dah bayar ke akaun bank, tapi duit paypal tak diterima.
2. Keluarkan duit dari paypal melalui kad debit. Ada banyak kad debit yang membolehkan pemiliknya mengeluarkan duit dari paypal. Disini saya kongsikan blog post oleh AzmanZainal dan KhairulAzmi yang berkaitan dan boleh dijadikan rujukan anda
3. Gunakan duit paypal untuk membeli produk yang terima paypal sebagai kaedah bayaran – ini adalah yang saya gunakan sejak dahulu. Biasanya saya gunakan untuk beli nama domain, autoresponder, iklan dan ebook. Maklumla, duit paypal pun takde la banyak sangat. Jadi, kaedah ni memang sesuai di apply terutamanya produk luar negara. Jimat disegi nilai tukaran wang asing.
Dan yang terkini, rakyat Malaysia dah boleh keluarkan duit dari Paypal terus ke akaun Bank di Malaysia. Caranya;
1. Login ke akaun Paypal anda di paypal.com
2. Klik pada menu Profile (di sebelah atas, kanan) > Add/Edit Bank Account
3. Masukkan maklumat akaun bank anda. Jika tak pasti tentang , sila klik Details atau rujuk senarai dibawah.
| Bank Name | MEPS Bank Routing Code |
|---|---|
| AFFIN BANK BERHAD | PHBMMYKL |
| ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD | MFBBMYKL |
| AMBANK BERHAD | ARBKMYKL |
| BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD | BIMBMYKL |
| BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD | BKRMMYK1 |
| BANK MUAMALAT BERHAD | BMMBMYKL |
| BANK OF AMERICA | BOFAMY2X |
| BANK SIMPANAN NASIONAL | BSNAMYK1 |
| CIMB BANK BERHAD | CIBBMYKL |
| CITIBANK BERHAD | CITIMYKL |
| DEUSTCHE BANK | DEUTMYKL |
| EON BANK BERHAD | EOBBMYKL |
| HONG LEONG BANK BERHAD | HLBBMYKL |
| HSBC BANK MALAYSIA BERHAD | HBMBMYKL |
| MALAYAN BANKING BERHAD | MBBEMYKL |
| OCBC BANK (M) BERHAD | OCBCMYKL |
| PUBLIC BANK BERHAD | PBBEMYKL |
| RHB BANK BERHAD | RHBBMYKL |
| STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD | SCBLMYKX |
| THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) | ABNAMYKL |
| UNITED OVERSEAS BANK | UOVBMYKL |
4. Semak semula maklumat akaun bank anda . kemudian klik Add Bank Account
5. Tahniah! Anda dah berjaya bila nampak mesej ini
You’ve added a bank account in Malaysia
Now you can transfer funds from your PayPal account to your bank account.
What do you want to do next?
6. Sebelum terlupa, dibawah ni bebrapa info tambahan untuk servis ni
Withdrawal Fee - Jika lebih RM400 – RM0 (PERCUMA)
Withdrawal Fee – Jika kurang RM400 – RM3
Return Fee – RM15Urusniaga ini akan diproses dalam 2-3 hari bekerja. Nilai minima pengeluaran ialah RM40.
Untuk tutorial bergambar, boleh rujuk pada blog Sukeri
Atau anda boleh tonton video dibawah – ia telah disediakan oleh Sifu Lan
Dan sekarang, rakyat Malaysia makin mudah nak buat duit di internet. Tak perlu memikirkan cara paling selamat nak tukarkan dari USD yang ada dalam paypal ke RM. Lagi mudahla nak keluarkan duit komisen untuk bisnes GDI.
















