Archive for May, 2010

Belajar membuat laman web secara percuma

membinawebsite |  Belajar membuat laman web secara percuma

Semua kita tahu, kalau nak buat apa-apa bisnes internet, anda perlu sekurang-kurangnya satu laman web atau blog anda sendiri. Tak kirala percuma atau berbayar.Kalau anda tiada web / blog sendiri, agak sukar hendak buat duit di internet walaupun tak mustahil.

Kenapa anda perlu miliki laman web anda sendiri? Sebab senang anda nak kawal isi kandungan yang anda nak letakkan. Kalau anda hanya mempromosikan alamat laman web replika / affiliate yang diberikan, agak sukar untuk anda menjana pendapatan di internet ni secara berterusan dan konsisten.

Saya dulu bermula dengan blog percuma di blogspot , bila dah ada budget dan sedikit keberanian , barulah saya beli nama domain Tambahpendapatan.com sendiri berserta  webhosting . Kosnya tak sampai RM100 untuk setahun. Tak mahal mana pun sebenarnya sebab nama domain sekitar RM40 je setahun!  Dari situlah saya lebih berani bereksperimen dan belajar  cara membuat web , cpanel dan blog wordpress.

Tapi agak sedih sebab nama domain tu dah expired bulan februari tahun ni sebab terlupa nak renew. Untuk nama domain asmawati.com dan lain-lain, saya membeli dari Godaddy.com . Lebih mudah nak diuruskan sebab boleh setup auto-renewal.

Okla, berbalik kepada ilmu membuat laman web ni, memang tak semua orang tahu caranya. Jika anda dah biasa dengan komputer, mungkin tak sukar nak mempelajari cara membuat web ni. Tapi, kalau anda hanya biasa surf internet untuk check email, chatting dan facebook, mungkin ia agak sukar.

Jadi, hari ni saya nak memaklumkan kalau anda berminat nak belajar cara membuat web ni, bolehla kunjungi web http://duitbijak.com/ . Insyaallah akan ada ilmu baru yang bakal anda pelajari. Jangan lupa juga untuk subscribe di web tersebut, sebab anda akan menerima lebih banyak lagi tips tentang bisnes internet .

Pada saya, membuat web ni memerlukan banyak try and error. Jangan cepat berputus asa. Mungkin rekabentuk laman web yang kita ada tu tak berapa cantik, tapi sekurang-kurangnya anda dah tahu serba sedikit apa yang berlaku disebalik sebuah web.

Tags : , , , , , , ,

Pindah Rumah dan masalah akses internet

pindahrumah |  Pindah Rumah dan masalah akses internet

Sudah agak lama saya tak update blog ini. Dah berhabuk jadinya. Terima kasih kepada yang memberikan komen di blog  ini. Hari ini sudah genap 2 bulan saya berpindah rumah iaitu pada 9.3.2010 yang lepas. Memang memenatkan walaupun lokasi rumah lama dan rumah baru tidaklah jauh sangat. Dulu bercadang nak duduk menyewa sekejap sahaja, dia tak diam hampir 8 tahun kami menyewa. Lega rasanya bila dah ada rumah sendiri.

Agak lama masa yang diambil untuk mengemas barang di rumah lama walaupun rasanya kami tidak banyak perabot. Tapi, bila dimasukkan ke dalam lori 3 tan yang disewa- PENUH!  Semua barang, saya isikan didalam 26 kotak komputer yang besar-besar belaka. Kesian tengok orang bangla yang  bekerja angkut barang kami. Maklumlah bawa barang ke tingkat 4, tanpa lif. Tapi tengok diaorang relaks je angkut.

Setelah hampir setahun menunggu, akhirnya impian kami menjadi kenyataan. Berpindah ke rumah yang 2 kali ganda saiznya dari rumah lama memang mengujakan. Pada awalnya anak-anak tak berapa sukakan rumah baru sebab tidak ada kawan-kawan, taman permainan jauh pulak tu. Dah tu kena panjat tingkat 4 pulak , rumah lama ditingkat bawah sekali. Sekarang ni, alhamdulillah dah makin ok. Mereka semakin gembira sebab ruang yang lebih luas untuk bermain.

Oleh sebab berpindah rumah, akses internet pun tergendala. Saya memang bercadang nak melanggan streamyx – pakej blockbuster tapi kali ni servis mereka sangat mengecewakan. Lepas 2 minggu mendaftar telefon dan streamyx, baru technician datang ke rumah. Bila di check, rupa-rupanya connection streamyx di rumah saya sangat teruk, asyik disconnected saje. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak activate akaun tu. Budak tu kata nak inform orang telekom untuk diaorang tengok wiring telefon. Tapi, dekat 2 minggu still takde respon..

Akhirnya, bosan menunggu. Saya ambil keputusan untuk daftar Maxis Broadband. Kebetulan ada promosi free modem. Sekarang dah hampir 2 minggu bersama Maxis, okla jugak walaupun dah lebih limit 1.5gb yang diberikan, speed masih boleh diterima.

Hari ni baru berpeluang untuk update blog ini. Agak banyak kerja tergendala sebab sukar mendapatkan akses internet.

Tags :