Archive for July, 2010

Usahawan Internet pun kena daftarkan perniagaan

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu artikel di akhbar tentang usahawan internet. Agak menggemparkan tapi memang bagus untuk dijadikan iktibar. Jom kita baca..

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama

Saya sendiri dah lama merancang nak daftar nama syarikat ni. Tapi masih belum berkesempatan lagi. Artikel dari Smartzul ni sedikit sebanyak akan dapat membantu kita memahami tentang pendaftaran perniagaan ni.

Tags : , , ,

Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda

Adakah anda ketahui bahawa kejayaan sesebuah website bukanlah semata- mata apa yang dapat lihat di dalam website tersebut. Ramai yang tidak ketahui bahawa kejayaan sesebuah website adalah berdasarkan kepada sistem follow-up yang efektif.

Mengikut kajian, seseorang pelawat website akan bertukar menjadi pelanggan setelah follow-up tujuh hingga lapan kali. Jadi apakah yang membolehkan pelanggan tadi datang ke website atau mengetahui tentang produk kita setelah beberapa kali? Jawapannya akan anda dapati di bawah.

Kunci kejayaan sesebuah website adalah untuk menghantar maklumat mengenai perniagaan anda kepada mereka yang berminat. Iaitu anda perlu mendapatkan email pelawat laman web anda untuk follow-up.

TrafficWave menyediakan servis autoresponder untuk pemasaran internet yang efektif untuk membantu anda mengumpul senarai prospek, menerbitkan pengumuman produk dan membina kredibiliti anda dengan prospek anda.

Saya telah melanggan Trafficwave sejak Januari 2010. Dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ini saya menggunakan Autoresponder Aweber sejak 2006 lagi.

Ya, memang Aweber adalah antara autoresponder yang terbaik, tetapi harganya yang sering menjadi kekangan kebanyakan newbie. Ini kerana caj Aweber ialah $19.00 untuk 500 senarai email pertama, semakin besar list yang anda kumpul, maka makin tinggilah caj yang perlu dibayar. Berbanding Trafficwave, ia mengenakan caj $17.95 sebulan walaupun jumlah subscriber anda semakin meningkat . Mari kita tengok perbandingan harga antara trafficwave dan servis autoresponder lain yang ada di pasaran

pricing |  Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda

 

 

 

Selain itu autoresponder Trafficwave juga menyediakan kemudahan berikut…

Jika Aweber memberikan anda peluang untuk test drive dengan kos $1 untuk 1 bulan, Trafficwave pula memberikan anda masa selama 30 hari untuk menilai dan merasai sendiri pengalaman menggunakan servis mereka tanpa sebarng kos – PERCUMA!

Dan yang paling menarik ialah program affiliate yang disediakan oleh pihak Trafficwave. Ini bermakna kita boleh buat duit sambil menggunakan autoresponder Trafficwave ini.Kita boleh minta pihak Trafficwave tolak komisen yang kita perolehi untuk bayaran bulanan kita. Bakinya akan dihantar melalui cek kepada anda . Seronok kan! Ini bermakna kad kredit/debit anda tidak akan dicaj oleh Trafficwave.

Boleh rujuk pelan affiliate Trafficwave disini http://www.trafficwave.net

Semoga dengan Trafficwave ini, anda boleh KURANGKAN KOS, MAKSIMAKAN PENDAPATAN!

Tags : , , , , ,

10 Cara Tingkatkan Motivasi Diri

Ada kalanya kita rasa langsung tak bersemangat nak buat apa jua kerja. Puas juga mencari di internet bagaimana caranya nak meningkatkan motivasi diri sendiri. Maklumlah, bila dah buat kerja sendiri ni, semuanya kita sendiri nak kena uruskan. Kalau bekerja di pejabat, ada juga bos yang akan tegur kita kalau kerja tak siap. tapi kalau kerja sendiri dari rumah ni, kena sentiasa kuat semangat.

Puas search di Google, saya terjumpa kaedah ni, mungkin sesuai untuk digunakan selepas ini. Enjoy!

=================================================

10 Cara Membina Motivasi Diri

Cara Membina Motivasi DiriSebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Sumber Artikel : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1603

====================================

Antara blog yang sering saya kunjungi untuk meningkatkan motivasi dan semangat didalam menjalankan bisnes internet dari rumah ni ialah http://irfankhairi.com , http://smartusaha.com,http://fathuri.com dan http://imotivasi.com.

Tags : , , , , , , , , , ,