Archive for November, 2010
Membuat blog wordpress dengan GDI
Ini adalah satu berita yang menggembirakan sebagai seorang ahli GDI – anda kini sudah boleh membuat blog wordpress dengan akaun GDI anda.
Dahului, ramai yang agak kecewa sebab mereka tidak boleh membuat blog wordpress di GDI, tapi kini sudah tiada masalah lagi.
Saya sendiri sudah tukarkan domain wowtunetalk.ws kepada bentuk blog wordpress. Domain ini saya tak pernah gunakan sebelum ini. Buat masa sekarang masih belum dimasukkan sebarang update. Insyaallah saya akan update dalam masa terdekat.

Antara ciri-ciri blog wordpress di GDI ialah;
1. Anda boleh hostkan maksima 5 blog wordpress bagi setiap domain, dengan saiz storan sebanyak 10GB.
2. Anda boleh hostkan laman web anda secara terus , atau secara subdomain. Ini bermakna anda boleh mempunyai lebih banyak laman web / blog menggunakan domain GDI anda untuk perniagaan, peribadi, hobi dan sebagainya.
3. Anda boleh install pelbagai theme dan import blog yang telah anda hostkan ditempat lain ke akaun GDI anda.
Caranya sungguh mudah.
1. Login ke laman web GDI http://website.ws/member
2. Klik menu plugin di bahagian kiri
3. Klik ON untuk WordPress Blog 3.0 – anda boleh edit samaada untuk menjadikannya sebagai primary (seperti wowtunetalk.ws) atau sebagai subdomain (seperti blog.wowtunetalk.ws)
4. Siap! Anda perlu tunggu beberapa jam untuk laman web anda diupdate.
Berminat dan sertai GDI bersama grup ini.
Malaysia Bakal Laksanakan Format Baru Perkhidmatan Telefon Selular dengan 3 + 8
Cyberjaya, 2 November 2010, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia kini di dalam proses melaksanakan nombor telefon selular dengan format baru iaitu 3 + 8.
Pengumuman tersebut dibuat pada satu sesi taklimat kepada pihak industri, badan-badan kawalselia, pihak media, forum-forum pengguna dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap perlaksanaan format baru perkhidmatan telefon selular ini.
Nombor telefon selular baru tersebut bermula dengan prefik-011 dan diikuti oleh lapan digit nombor pelanggan, iaitu 011 1XXX XXXX, akan dilancarkan pada 15 Disember 2010.
Ini merupakan langkah perancangan jangka panjang SKMM setelah mengambil kira jumlah nombor bagi perkhidmatan telefon selular sedia ada iaitu format 3 + 7, semakin berkurangan dan tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan. Perlaksanaan ini juga ekoran dari perkembangan terkini dengan peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan yang bakal diperkenalkan hasil dari perkembangan teknologi telekomunikasi.
Rujuk gambarajah di bawah:

Artikel rujukan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
P.S ; Jika anda berminat untuk menjadi pengguna telefon bimbit sambil menjana pendapatan, boleh dapatkan info mengenai bisnes prepaid tunetalk ini.





