Archive for May, 2011
Gaji wajib dizakat sebagai zakat pendapatan
Beberapa tahun dahulu saya ada bertanya seorang rakan. Sebab saya nak tahu macam mana dia kira zakat pendapatan yang diperolehi dan bagaimana pembayaran dibuat. Ini kerana saya baru sahaja mula bekerja. Perbualan ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan dialongnya ringkas je.
Saya : Engkau dah bayar zakat ?
Rakan : Dah, suami aku dah bayar dah.
Saya : Bukan zakat tu, yang tu zakat fitrah. Ni zakat pendapatan. Dah bayar ke?
Rakan : Eh! kena bayar ke?
Saya: Memang la kena bayar. Engkau tak tahu ke?
Rupa-rupanya rakan saya tak tahu yang dia perlu bayar zakat pendapatan. Sedangkan saya kira dia layak untuk membayar atas gajinya yang agak tinggi dan masih tiada anak. Dan baru-baru ni terjumpa satu artikel yang menyentuh tentang situasi ini. Diharap ia akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate
Berita baik untuk anda sebagai affiliate adalah, seorang affiliate pasti boleh buat duit dengan affiliate. Berita buruk untuk anda sebagai affiliate pula adalah, seorang affiliate sangat sukar untuk menjana ribuan ringgit menerusi program affiliate. Semua orang tahu bagaimana hendak jadi jutawan, tetapi tidak semua orang berani menjadi jutawan.
Pening ke tengok ayat diatas? Maksudnya mudah je, kita memang boleh buat duit dengan affiliate ni, tapi agak sukar kalau nak jadi super affiliate yang pendapatanya ribuat ringgit secara konsisten.

Sebagai seorang affiliate, anda tidak boleh berputus asa kerana untuk menjadi seorang super affiliate anda perlu bekerja keras dan tiada jalan singkat untuk memperolehnya. Untuk membantu anda merancang strategi menjadi seorang super affiliate, disini saya nak kongsikan lima rahsia untuk meningkatkan pendapatan affiliate dalam masa yang singkat.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan dengan anda fadhilat atau kelebihan Surah Al-Ikhlas. Oleh sebab surah ini sangat pendek, jadi tak susah kalau nak mintak kanak-kanak untuk menghafalnya. Saya ada buat sedikit carian di google tentang kelebihan surah al-Ikhlas ni. Saya kongsikan dibawah ni ye. Harap ia akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.





