Archive for December, 2011
Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit
Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu tips untuk buat duit dengan affiliate dengan mempromosikan produk yang tiada kaitan dengan ebook atau produk buat duit. Harap anda tidak keliru dengan penyataan diatas ye.
Maksud saya, sebenarnya terdapat banyak produk di pasaran tempatan yang tidak berkaitan dengan niche buat duit dan perniagaan internet. Kadang-kadang saya kita terlalu tumpukan banyak masa dan fikiran untuk mempromosikan produk yang berada dalam bidang “buat duit” seperti mempromosikan ebook tentang buat duit dengan affiliate , buat duit dengan clickbank dan banyak lagi dengan andaian bahawa semua orang mencari info tentang buat duit.
Jika sekitar tahun 2006 memang banyak produk digital berbentuk ebook dan cd/vcd yang niche buat duit. Kini semakin ramai yang mengeluarkan produk berasaskan niche yang lebih pelbagai terutamanya dalam niche pendidikan, kemahiran, makanan dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh buat duit dengan produk seperti ini? Jom saya kongsikan beberapa situasi dan kaedah promosi yang boleh dipraktikkan.





