Archive for May, 2012
Peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal ?
Ramai yang mencari peluang kerja sambilan di rumah tanpa modal. Siapa yang tak nak kan? Jom kita bayangkan sambil buat kerja di rumah, kita hanya ber t-shirt dan kain batik (sebab saya perempuan). Tak perlu make up dan pakaian formal .Sambil menaip depan komputer di ruang tamu dan menghirup air milo panas. Dan dapat menjana pendapatan pasif walaupun ketika tidur. Wah! mesti best kan.
Memang itu satu pengalaman yang menyenangkan sebab saya dah alaminya. Dan saya pasti ramai yang turut mengidamkan suasana kerja sambilan di rumah seperti ini. Tapi, yang jadi persoalannya ialah.. ada ke peluang nak kerja sambilan di rumah tanpa modal seperti ni. Maklumla, dari post saya tentang peluang kerja sambilan gayapos sebelum ini, ada banyak yang meninggalkan komen bahawa mereka tertipu.
Kali ni saya akan kongsikan beberapa peluang kerja sambilan yang boleh anda lakukan dirumah tanpa sebarang modal.
Tips iklan percuma – pastikan iklan anda sentiasa teratas
Iklan percuma merupakan antara teknik promosi yang agak popular sebab ia tidak melibatkan sebarang kos kewangan.
Oleh sebab ia popular, salah satu faktor penting untuk membolehkan iklan yang anda tulis mendapat sambutan ialah dengan memastikan ia berada di kedudukan teratas pada web iklan percuma yang anda pilih.
Dengan itu, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menarik lebih ramai prospek ke laman web yang anda promosikan.
Walaupun kini saya sudah tidak beriklan di web seperti ini, tetapi ia adalah teknik yang agak berkesan terutamanya untuk orang yang mempunyai budget yang terhad dan mencari-cari ruang untuk beriklan secara percuma. Tetapi, teknik ini agak mengambil masa kerana anda perlu melakukannya secara manual. Apa yang penting, anda perlu merancang dengan betul dan fokus.
Disini saya ingin kongsikan cara yang pernah saya gunakan untuk membolehkan iklan anda sentiasa berada pada kedudukan teratas.
1. Lawat ke mana-mana portal web iklan percuma yang anda fikirkan sesuai. Saya ada postkan senarai 65 web iklan percuma yang boleh anda gunakan dalam usaha promosi web anda. Daftarkan maklumat diri dan url web bagi produk yang ingin dipromosikan anda disitu.
2. Tuliskan di notepad beberapa ayat untuk iklan produk yang bakal anda promosikan. Ini akan memudahkan anda copy-paste iklan anda itu tanpa perlu mengulangnya berkali-kali bagi setiap portal web iklan percuma yang anda pilih.
3. Hantarkan iklan produk anda dengan memilih kategori yang sesuai. Adalah penting untuk anda pilih masa yang paling singkat bagi iklan anda. Misalnya, jika anda perlu pilih antara 3 hari, 7 hari atau 30 hari, anda perlu pilih 3 hari. Sebab setiap hari pasti akan ada sahaja iklan baru yang bakal masuk dan menyebabkan iklan anda berada pada kedudukan agak corot.Ini akan menyebabkan iklan anda tidak dibaca oleh pengunjung.
4. Selepas tamat tempoh iklan. Bolehla resubmit iklan itu semula.
Tips penting:
1. Pastikan anda ringkaskan url web yang ingin anda promosikan seperti guna servis bit.ly. Ini akan membolehkan anda kenalpasti web pengiklanan mana yang paling berkesan.
2. Buat jadual pengiklanan untuk membolehkan anda beriklan secara terancang dan konsisten.
Diharap artikel ini dapat membantu anda mempromosikan web anda dengan iklan percuma secara lebih berkesan.
Kelebihan Ayat Kursi
Sempena hari jumaat yang mulia ni, saya nak kongsikan dengan anda kelebihan ayat kursi. Alhamdulillah, saya sendiri ada mengamalkan beberapa perkara yang tertulis dibawah. Jom kita baca apakah kelebihannya bila kita amalkan ayat kursi ini.

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Sumber asal artikel ini ada disini. Sumber gambar terjemahan ayat kursi ada disini. Ada juga terjumpa soaljawab hadis tentang kesahihan kelebihan dan fadhilat ayat kursi ini. Boleh baca disini dan sini. Harap kita sama-sama dapat manfaatnya.





