3 Cara Buat Duit Dengan Blog

buat duit dengan blog 1 |  3 Cara Buat Duit Dengan BlogRamai yang mencari cara bagaimana nak buat duit dengan blog. Ini kerana blog adalah salah satu kaedah buat duit online yang sangat popular sebab ia mudah. Anda boleh gunakan blog percuma  atau berbayar.  Ramai juga yang saya tengok berjaya buat duit dengan blogspot.

Namun begitu saya lebih galakkan anda menggunakan blog berbayar menggunakan wordpress jika benar-benar serius nak buat duit dengan blog ni. Ini kerana, dengan blog wordpress anda mempunyai lebih banyak kuasa mengawal blog anda dan banyak plugin yang boleh dimasukkan bagi memantapkan lagi blog tersebut.

Tapi, jangan risau, kalau kena dengan caranya, hanya dengan sebuah blog percuma pun anda boleh menjana 3-5 angka sebulan. Ada banyak cara yang membolehkan kita buat duit dengan blog ini. Kat sini, saya nak kongsikan

3 cara nak buat duit dengan blog yang paling popular.

 

Cara #1 : Meletakkan ruang iklan di blog

Iklan merupakan cara paling penting  untuk mempromosikan sesuatu produk/servis. Ramai yang dah berjaya buat duit dengan blog mereka melalui cara ini. Terdapat pelbagai jenis ruang iklan yang anda boleh anda letakkan di blog anda bagi mendapatkan duit. Anda boleh letakkan ruang iklan berbentuk banner, iklan teks atau pop-ups.

1. Anda boleh sewakan ruang iklan tersebut pada kadar tertentu kepada yang berminat. Ada yang meletakkan harga serendah RM5 sebulan dan setinggi RM50 sehari! Ini bergantung kepada jumlah pengunjung laman blog anda dan kesanggupan penyewa membayar kadar yang ditetapkan. Pastinya kadar sewa bagi blog yang mendapat 2,000 pelawat sehari lebih tinggi berbanding blog yang menerima 200 pelawat sehari!

2. Buat duit dengan meletakkan iklan berbentuk berbentuk PPC (pay per click) di blog anda. Antara PPC paling popular adalah seperti Nuffnang, ChurpChurp , Innity,  Says, Adsense.  Pelawat hanya perlu klik pada iklan yang dipaparkan dan kita akan mendapat komisen. Lebih ramai pelawat, makin tinggi peluang anda untuk mendapat banyak klik dan seterusnya buat duit banyak dengan blog anda.

3. Letakkan banner atau url produk affiliate yang sesuai. Anda akan dapat komisen hasil jualan produk tersebut. Atau boleh juga selitkan url produk affiliate yang berkaitan didalam post yang anda sedang tulis.

Cara #2 : Melakukan post berbayar / review.

Perkara kedua yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan melalui blog adalah menyediakan perkhidmatan melakukan post berbayar. Untuk perkhidmatan ini, anda boleh bermula pada bila-bila masa sahaja. Ia juga bergantung kepada bilangan pelawat yang anda ada. Untuk permulaan, mungkin anda hanya menerima bayaran satu angka sahaja.

Namun, jika blog anda sudah estasblish dan terkenal, tidak mustahil untuk mendapat pendapatan 4-5 angka untuk setiap review artikel.Salah satu program yang aktif memberikan paid review post di Malaysia ialah Nuffnang. Anda juga boleh tawarkan servis paid review ini kepada pelanggan yang mahu anda review produk, kedai, blog atau servis mereka dengan kadar caj yang berpatutan.

Cara #3 : Bina dan jual blog.

Blog juga boleh di ibaratkan sebagai tanah di alam nyata. Katakan anda membeli tanah yang kosong, kemudian anda bangunkan tanah tersebut sehingga tanah tersebut subur dengan tanaman atau di penuhi pembangunan lain seperti rumah atau bangunan dan ketika ini, anda jual tanah anda. Sudah tentu harga tanah anda akan melambung tinggi.

Anda lakukan perkara yang sama untuk blog anda. Anda bina blog anda dan apabila blog anda mula terkenal, anda jual sahaja blog tersebut untuk membina pendapatan segera. Jika blog yang anda bina menjana pendapatan RM 100 untuk satu bulan, anda boleh jual sehingga RM 600 untuk blog tersebut. Anda boleh cuba jual blog anda di Flippa, forum ataupun facebook.

Walau apa sahaja yang anda lakukan untuk buat duit online, blog tetap adalah antara perniagaan yang paling kukuh di dalam internet. Memiliki blog bermakna anda mempunyai sebidang tanah di alam nyata dan tanah tidak akan menghampakan anda.  Pastikan blog anda ada pelawat kerana ia adalah syarat utama untuk buat duit dengan blog  ni.

Related posts:

  1. Cara Nak Buat Duit Dengan Adsense
  2. Cara Nak Buat Duit Dengan Nuffnang ?
  3. Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp
  4. Review Majalah IM ke-13 – Buat Duit Dengan Blog
  5. Buat Duit Dengan Blog

2 Comments

  1. majorsas Thursday, 20 September, 2012
  2. Conyers Friday, 9 January, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge