3 kesilapan terbesar newbie yang ingin memasuki dunia affliate.

Adakah anda tahu bahawa 90 % dari mereka yang cuba memasuki dunia perniagaan affiliate gagal di pertengahan jalan. Ia terjadi di sebabkan newbie – newbie ini tidak fokus dengan kehendak mereka.

Adakah mereka gagal kerana ia sukar? Sudah tentu tidak kerana ramai sudah terbukti berjaya menerusi perniagaan affiliate. Jika ada kejayaan , bermakna ia boleh di lakukan dan ia tidak sukar. Perkara yang menjadi penghalang adalah kehendak dari minda mereka sendiri iaitu ingin menjadi kaya dengan terlalu pantas tanpa berusaha.

Untuk membantu anda menjadi seorang affiliate yang berjaya, saya halang anda dari terjebak pada tiga perkara berikut

Membeli produk make money online untuk menjana pendapatan yang banyak dalam masa yang sekejap.

Kesilapan seorang newbie affliate yang standard adalah mereka percaya bahawa satu produk itu boleh mengubah kehidupan mereka dalam hanya satu malam. Manakan mungkin anda melabur beberapa puluh ringgit dan keesokan harinya anda akan memperoleh ribuan ringgit. Tiada kejayaan datang dengan semudah itu.

Jangan terlampau percaya dan meletakkan masa hadapan anda pada kepercayaan kejayaan akan datang dalam masa yang sekejap. Point utama di sini adalah tidak salah untuk anda membeli produk untuk mendapatkan ilmu tetapi jangan anggap produk tersebut dapat menyelesaikan keseluruhan masalah anda atau memberi anda kekayaan dalam masa yang singkat. Anda membeli untuk ilmu.

Semua orang boleh menjana pendapatan melalui pemasaran affiliate.

Kenyataan bahawa semua orang boleh menjana pendapatan melalui affiliate adalah tidak benar kerana tidak semua orang yang mencuba akan berjaya. Pasti akan ada orang yang gagal. Anda tidak boleh mendaftar jadi affiliate dan menganggap diri anda sudah berjaya. Ia tidak semudah itu. Anda perlu bekerja. Hanya ada satu sahaja yang membezakan antara kejayaan dan kegagalan iaitu

Tiada kesungguhan

Kebanyakan dari newbie affiliate tidak mempunyai kesungguhan yang jitu. Mereka selalu mengakut kalah tanpa berjuang sepenuhnya. Ini terjadi kerana mereka terlalu gopoh. Perniagaan mengambil masa untuk menjadi kukuh dan kuat. Jika anda kalah pada masa, anda akan gagal.

Perniagaan ini ibarat perlumbaan marathon, hanya mereka yang cukup stamina sahaja akan maju dan berjaya menghabiskan larian. Untuk anda menghabiskan larian, anda perlukan kesungguhan. Begitu juga di dalam perniagaan affiliate di mana anda perlu ada kesungguhan untuk berjaya.

Anda perlu fokus dan sentiasa tanya pada diri sendiri
Sama ada anda hendak maju atau tidak ?
Sama ada anda inginkan kejayaan atau tidak ?
Sama ada anda ingin menjadi seseorang atau tidak ?

Segala persoalan yang boleh menaikkan semangat anda, anda gunakan pada diri anda sendiri.

Anda boleh belajar pemasaran affiliate dengan hanya meniru orang lain.

Kebanyakan dari newbie affiliate menganggap bahawa perniagaan affiliate ini mudah dan mereka hanya perlu meniru apa yang otai lakukan dan mereka akan berjaya. Memang senang hendak tiru, tetapi untuk melaksanakannya , mereka perlu ada ilmu.

Apa yang anda nampak tidak semudah seperti yang anda fikirkan. Semua orang boleh berlari, adakah dengan meniru gaya larian pelari 100 meter membolehkan anda untuk turut menjadi pelari 100 m ?

Ia tidak akan berlaku kerana ia tidak semudah yang kita sangka. Anda perlu berlatih, menuntut ilmu dan melalui berbagai proses kegagalan dan kejayaan sebelum anda benar-benar bergelar seorang super affiliate.

Untuk berjaya ia mengambil masa.

Related posts:

  1. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  2. 5 tips super affiliate yang boleh di praktikkan oleh newbie.
  3. 5 pesanan dari seorang super affiliate pada seorang newbie.
  4. Elakkan 5 perkara ini jika anda seorang affliate.
  5. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge