3 Langkah Untuk Buat Duit Dengan Email

buatduitdenganemail |  3 Langkah Untuk Buat Duit Dengan EmailSalah satu cara nak buat duit dengan email dengan memiliki satu senarai email yang berkualiti. Maksudnya disini, alamat email yang kita kumpulkan itu akan memberikan respon atas setiap email yang dihantar dan berjaya menghasilkan keuntungan kepada kita. Kali ni saya nak kongsikan dengan anda 3 langkah mudah nak buat duit dengan email .

Sebelum anda sebarang mulakan kempen email, anda perlukan autoresponder. Teknik ini tidak berkesan jika anda menghantar email kepada senarai email pukal yang anda beli atau kumpulkan.

Membina list yang berkualiti memerlukan perancangan yang agak teliti. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina list yang berkualiti. Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang berkualiti.

Pertama: Ketahui Latar Belakang Pelanggan Anda.
Untuk buat duit dengan email, anda perlu memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.

Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan. Contohnya di bawah:
1.    Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
2.    Mungkin perempuan atau lelaki.
3.    Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
4.    Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
5.    Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah
–    Mudah sensitif
–    Rendah diri.
–    Pendiam.
–    Menyembunyikan perkara sebenar.
–    Sentiasa bernafsu untuk makan.
–    Sentiasa berada di dalam dilemma.
6.    Tidak aktif bersukan.
7.    Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
8.    Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
9.    Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
10.    Tidak ada masa untuk melakukan senaman.

Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.

[[ Berminat Untuk Belajar Cara Buat Duit Dengan Email dengan betul? DAPATKANNYA DISINI.]]

Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah.

1.    Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
2.    Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
3.    Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.

Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan kriteria yang saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif. Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih berkualiti dari biasa.

Kedua : Menghantar Emel Yang Menggoda.
Langkah kedua untuk buat duit dengan email adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.

Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda. Langkah tersebut adalah.

1.    Percuma
2.    Mudah.
3.    Cepat.

Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif. Lihat contoh emel di bawah.

[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum {First_name}
Harap sihat selalu.

Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang ringkas sahaja.

Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.

Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini

[Di sini anda letakkan link ke blog  atau link download untuk pdf]

Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.

Analisis Emel Di Atas.
Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segala prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh beratus-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.

Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.

Langkah Ketiga : Jadikan List Sebagai Rakan Anda.
Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan. Caranya adalah dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.

Hantar satu emel kepada subscriber anda dan jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda. Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif dan anda akan berjaya buat duit dengan email yang diperolehi.

Related posts:

  1. Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda
  2. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate
  3. Video Cara Buat Blog di Blogspot – langkah demi langkah
  4. Bagaimana Nak Buat Duit Percuma Dengan Program Pay per Lead
  5. BUAT DUIT PERCUMA DENGAN HANYA MEMBACA EMAIL

2 Comments

  1. halim Friday, 15 June, 2012
  2. admin Tuesday, 19 June, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge