3 perkara yang perlu ada pada seorang affiliate untuk menjana pendapatan.

Walaupun perniagaan affiliate adalah ringkas, anda jangan biarkan ia untuk menutup kesempurnaan dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun ia ringkas, anda perlu memastikan ia lengkap. Jika anda mahu menjadi seorang super affiliate, anda perlu melakukan beberapa perkara dahulu. Walaupun tiga perkara ini bukanlah wajib untuk anda miliki, ia adalah perkara yang penting dalam pemasaran affiliate.

Jika anda memiliki tiga perkara ini, perniagaan affiliate anda akan lebih berjaya. Berikut adalah tiga perkara tersebut

Website anda.

Jika anda tiada website, anda tidak bersedia lagi untuk melakukan promosi. Bagi mereka yang mempunyai modal, anda boleh bangunkan website menggunakan domain dan hosting berbayar. Jika anda tiada modal, untuk permulaan, anda boleh gunakan webiste percuma seperti wordpress atau blogspot.

Di website anda, anda boleh pilih sama ada menulis mengenai minat anda ataupun review produk affiliate. Anda perlu fokus pada satu teknik penulisan supaya pembaca tidak akan lari akibat perubahan nada di dalam penulisan. Melalui website yang anda bina, anda juga boleh menangkap lead dengan meletakkan bahagian lead capture dalam website anda.

Satu perkara yang anda perlu utamakan dalam website anda adalah menjadikan ia unik supaya mereka yang melawat website anda akan datang kembali di kemudian hari.

Insentif.

Insentif adalah bonus di mana anda memberinya kepada pembeli yang membeli dari link affiliate anda. Ada isu mengenai pemberian bonus di mana mereka yang berpengalaman akan lebih ke hadapan kerana mereka tahu apa kombinasi terbaik dan ia menghalang promosi secara adil sesama affiliate terutamanya newbie affiliate.

Namun, anda jangan takut dengan situasi ini kerana pasti ada ruang untuk anda mencelah di sebalik kehebatan bonus yang di beri oleh para otai affiliate. Untuk memberi lebih ummpph dalam pemasaran affiliate anda, anda boleh memberi bonus yang lebih banyak dari pesaing anda. Jadi, anda boleh menarik pembeli yang memandang kepada kuantiti.

Berikut adalah jenis-jenis bonus yang boleh anda berikan

Perkhidmatan
Produk yang berkaitan
Kemahiran yang anda ada.

Trafik

Perkara terakhir yang seorang affiliate perlu ada adalah kemahiran mencari trafik. Ia adalah kombinasi yang menarik iaitu website sebagai kubu promosi produk affiliate anda, insentif sebagai penarik untuk pelanggan membeli dari anda dan trafik menceritakan segalanya. Maksudnya jika banyak trafik berkualiti yang anda dapat tarik ke website anda, lagi banyak jualan yang boleh anda lakukan.

Berikut adalah beberapa teknik untuk menarik trafik

Pemasaran forum
SEO
Pemasaran artikel
Pemasaran video
Pay per click
Iklan banner
Dan sebagainya.

Related posts:

  1. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  2. 5 pesanan dari seorang super affiliate pada seorang newbie.
  3. Elakkan 5 perkara ini jika anda seorang affliate.
  4. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.
  5. Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge