3 strategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.

Kali ini, saya akan menceritakan tiga srategi ampuh bagi meningkatkan jualan anda sebagai affiliate. Semua orang boleh menjadi seorang affiliate, namun, tidak semua orang boleh datang dengan strategi yang sama. Untuk berjaya, anda perlu ada strategi unik yang tersendiri. Di sini, saya senaraikan tiga strategi ampuh yang boleh menjayakan diri anda sebagai seorang affiliate.

Strategi pertama : Fokus membina senarai emel yang panjang.

Anda perlu bijak dalam pemasaran sebagai affiliate. Jika anda menumpukan untuk mencari jualan, anda perlu lakukan perkara yang sama setiap kali anda ingin memperoleh jualan. Jika anda menumpukan usaha anda membina senarai emel yang panjang atau ramai, anda boleh memperoleh jualan yang berulang kali dari senarai emel yang sama.

Sebagai newbie, strategi ini mungkin sesuai untuk anda yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mejana wang di internet. Setiap hari anda fokus dengan pemasaran emel. Kumpul seramai mungkin emel prospek. Bina kepercayaan dengan mereka melalui pemberian tip-tip percuma.

Rapatkan hubungan di antara anda dan mereka. Layan mereka seperti komuniti atau kawan istimewa anda. Untuk pengetahuan anda, senarai emel adalam pemasaran jangka panjang. Jadi, anda perlu jaga senarai emel anda seperti anda menjaga barang berharga anda.

Dapatkan emel sebanyak mungkin, bina kepercayaan dan lakukan promosi berhemah pada senarai emel anda. Saya pasti, selepas beberapa ketika, anda akan berjaya bergelar seorang super affiliate atau lebih tepat lagi menjana ribuan ringgi melalui affiliate.

Strategi kedua : tracking jualan anda.

Setiap jualan yang anda lakukan, anda lakukan soal siasat kenapa anda berjaya menjual.

Adakah di sebabkan teknik promosi anda?
Adakah di sebabkan bonus anda?
Adakah di sebakan tempat pemasaran anda ?
Adakah di sebabkan luck?

Anda siasat dan anda ulang teknik yang sama bagi produk yang seterusnya untuk mengetahu sama ada strategi itu benar – benar berkesan. Dengan melakukan soal siasat ini, anda akan lebih mahir untuk melakukan aktiviti promosi yang seterusnya. Pendek kata, produktiviti anda sebagai seorang affiliate meningkat dengan mendadak.

Strategi ketiga : fokus pada teknik yang ringkas

Jangan terlalu komplekskan diri anda dengan kaedah promosi yang terlalu mendalam. Fokus pada sesuatu yang ringkas. Di squeeze page contohnya, tidak perlulah terlalu kompleks dengan maklumat yang bermacam –macam . Cukup sahaja maklumat ringkas dan ruangan untuk pelawat subscribe newsletter anda.

Begitu juga dengan landing page dan blog anda. Jangan terlalu komplekskan suasana. Jika anda mahu post artikel yang panjang, anda tukarkan ia menjadi ebook kerana mereka lebih selesa membaca dalam medium tersebut. Jika anda tetap mahu jadikan ia sebagai artikel, anda utamakan keringkasan di dalam artikel tersebut seperti penggunaan font dan warna yang sesuai.

Dalam pemasaran pula, anda cuba sesuatu yang ringkas sahaja. Contohnya untuk kaedah SEO, anda dapatkan sebanyak mungkin backlink yang berkualiti. Jangan terlalu rumitkan minda dengan perkara yang anda tidak faham.

Related posts:

  1. 3 perkara yang perlu ada pada seorang affiliate untuk menjana pendapatan.
  2. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  3. 5 strategi ampuh pemasaran affiliate.
  4. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.
  5. Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge