3 strategi untuk meningkatkan pendapatan affiliate anda.

Pemasaran affilaite sudah terbukti mampu memberi pendapatan yang banyak pada orang yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Walaubagaimanapun, lebih 90 percent gagal di dalam usaha mereka sebagai affiliate. Apabila anda mempunyai pengetahuan yang betul, anda perlu mengambil tindakan yang betul untuk menjana keputusan yang bagus.

Pengetahuan yang betul datangnya dari mereka yang sudah lama berpenglaman dalam bidang affilaite ini. Jadi, untuk anda, saya senaraikan tiga strategi yang sudah terbukti berkesan untuk meningkatkan pendapatan affiliate anda.

Strategi pertama – fokus pada peningkatkan conversion.

Setkan di dalam minda anda untuk menjana conversion yang lebih baik pada kadar pembelian dan kadar sign up. Anda perhatikan kadar klik ke link affiliate anda dan kadar jualan anda. Fokus untuk perbaiki perkara tersebut supaya nilai conversion anda meningkat dari semasa ke semasa.

Strategi kedua : Fokus pada produktiviti anda memberi maklumat percuma pada pengguna internet.

Jika ingin berjaya dalam bidang affiliate, anda perlu ada usaha yang berterusan. Anda tidak boleh berhenti di tengah jalan tanpa berusaha. Anda perlu berusaha dengan penuh konsisten. Internet adalah ruang untuk orang ramai berkongsi dan mengumpul maklumat. Jadi, untuk meningkatkan pendapatan menerusi affiliate, memberi maklumat percuma adalah salah satu cara untuk mencari potensi buyers bagi produk affiliate anda.

Anda buat jadual bagi pengedaran maklumat percuma dan pastikan anda kosisten dengan rancangan anda sendiri. Saya pasti selepas beberapa ketika, anda akan memperoleh trafik yang agak konsisten dari seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, strategi ini sangat berkesan untuk aktiviti promosi jangka masa panjang. Kuncinya adalah konsisten dengan edaran maklumat percuma.

Maklumat percuma boleh di edarkan menerusi fail online, ebook, video dan artikel. Ada kuasai maklumat percuma, anda akan kuasai pasaran tersebut.

Strategi ketiga : Fokus untuk berkomunikasi dengan potensi pembeli.

Ada berbagai cara untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan. Antaranya adalah

Melalui pemasaran emel
Melalui post – post di blog
Melalui pemasaran artikel
Melalui laman sosial seperti twitter dan facebook
Dan bermacam –macam lagi.

Strategi ketiga ini adalah lebih kepada usaha anda untuk mempertingkatkan kredibiliti anda di internet. Lagi tinggi kredibiliti anda, lagi tinggi peluang anda untuk menjana pendapatan yang tinggi.

Related posts:

  1. 3 strategi ampuh untuk meningkatkan jualan anda sebagai affiliate.
  2. 3 perkara yang perlu ada pada seorang affiliate untuk menjana pendapatan.
  3. Perkara yang anda perlu fikir sebelum memilih produk affiliate
  4. 5 strategi ampuh pemasaran affiliate.
  5. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge