3 Taktik Mudah Super Affiliates

Pelik Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”

Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate

Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri.

Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.

“3 Taktik Mudah Super Affiliates”
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya, memasarkan produk sebagai affiliates tidak sukar jika kena caranya. Dan ia juga tidak mudah seperti yang diidamkan walaupun peniaga telah menyedikan banner, email & iklan-iklan yang boleh digunakan untuk anda. Tanpa membuang masa, mari kita lihat kunci kejayaan Super Affiliates.

Menggunakan Laman Web Unik Bagi Niche Berbeza
Sebelum anda mendaftar dengan program affiliates pilihan anda, seperti perniagaan internet lain, anda perlu mempunyai pelan perniagaan untuk diikuti. Anda perlu maklum, sebagai affiliate anda mempunyai satu kekurangan daripada penjual produk tersebut. Anda kekurangan fleksibiliti. Jadi, pelan perniagaan anda harus menumpukan kepada kekuatan dan kepakaran anda.

Contohnya, jika anda bermodal besar, mungkin anda akan menumpukan kempen pemasaran anda sekitar Enjin Carian Pay Per Click seperti Adwords & Yahoo Search Marketing. Jika anda mempunyai email list pula, kerja anda lagi mudah. Anda hanya perlu menghantar emel rekomendasi kepada subscriber anda.

Namun, bagi kebanyakan anda yang baru bermula, secara amnya saya boleh berkongsi satu petua berharga untuk anda.

Wujudkan Sebuah Laman Web Khas Mengandungi Testimoni, Review & Ulasan

Di laman web ini anda menceritakan sedikit sebanyak pengalaman anda menggunakan produk yang anda promosikan itu. Ceritakan serba sedikit bagaimana keadaan anda sebelum dan selepas anda menggunakan produk tersebut.

Jangan campur adukkan program masakan dengan program latihan nyanyian dan tawaran pelancongan. Bahkan dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah menyentuh mengenai peri pentingnya sesebuah laman web tersebut mempunyai fokus yang akan menjaga kredibilitinya.

Anda juga boleh membandingkan produk tersebut dengan saingan-saingan terdekatnya dalam niche yang sama. (lebih baik lagi jika anda juga adalah affiliates kepada produk satu lagi) Jadi anda tidak akan rugi jika pelawat memilih produk A atau produk B.

Fenomena ini anda dapat saksikan dengan jelas jika anda menaip “hosting review” di Google. Laman web-laman web review ini sebenarnya hanyalah umpan affiliates-affiliates yang ingin mempromosikan pakej hosting berkomisen besar. Lihatlah, setiap link ke laman web hosting berkenaan di letakkan link affiliate mereka.

Pintar bukan?

Memasarkan Dengan Virus Automatik
Anda juga boleh mewujudkan demam dengan menyebarkan virus automatik kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi laman web anda. Awas! Ini bukan jenayah icon wink |  3 Taktik Mudah Super Affiliates

Anda boleh memberi mereka Laporan atau Ebook Percuma berkenaan dengan niche program affiliate yang anda sedang promosikan. Kekuatan Pemasaran Viral ini adalah apabila pengunjung anda dibenarkan menyebarkan laporan dan ebook percuma tersebut kepada rakan-rakan mereka. Di dalam ebook dan laporan tersebut pula, anda tidak lupa untuk meletakkan link kembali ke laman web anda ataupun link affiliate anda supaya jika mereka membuat belian, anda yang mendapat komisen.

Saya beri satu contoh;

Jika Ahmad mendownload ebook Petua Pengiklanan Berkesan di http://iklanberkesan.saifulsham.com secara percuma, setelah membacanya beliau mendapati ia sangat menarik dan berfaedah. Beliau menghantar pula ebook tersebut kepada Abu & Ali secara sukarela. Dan situasi ini berulang beberapa kali. Dari seorang bakal pelanggan, anda kini boleh mempunyai sehingga 100 orang bakal pelanggan!

Bagaimana jika seperti kami, anda mempunyai 500 pendownload ebook tersebut dari laman web anda? Tidakkah saban hari, jumlah yang demam akan bertambah banyak dengan berganda-ganda?

Lebih best lagi, bakal pelanggan anda tidak perlu keluarkan sesen pun! Bahkan anda pun tidak kisah jika dicetak rompak. Brand awareness anda juga yang semakin meningkat.

Tapi pastikan juga ebook & laporan ringkas tersebut berkaitan dengan produk yang anda jual.

Dapatkan Sebanyak Mungkin Pelawat Berpotensi
Dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah memberi satu situasi di mana beriklan di radio kecil seperti Radio 3 Pahang adalah lebih menguntungkan dari beriklan di radio-radio Nasional seperti Radio Era. Mahu tahu? Jangan lupa dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Cuba anda fikirkan, jika laman web anda dikunjungi oleh pelawat yang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, sudah tentu mereka akan pergi dan tidak kembali lagi. Bagaimana pula jika laman web anda adalah laman web yang membuat ulasan terhadap novel-novel terbaru yang berada di pasaran. Sentiasa dikemas kini dengan ulasan-ulasan muktahir. Anda juga menghubungkan laman web ulasan anda dengan Amazon.com di mana anda adalah affiliate mereka.

Jika seorang peminat novel datang ke laman web anda dan mendapati ianya penuh dengan informasi, sudah tentu mereka tidak keberatan untuk datang lagi bukan? Bahkan mereka juga akan bookmark laman web anda untuk dilawati berulangkali!

Setiap kali ada buku baru yang menarik yang anda cadangkan, setiap kali itu jugalah mereka beli! Dan setiap kali itu jugalah anda mendapat komisen! Wah, wah, wah… Inilah yang kami katakan buat duit dengan Internet tanpa produk!

Jadi bagaimana caranya anda hendak mendapat pelawat berpotensi ke laman web anda?

Banyakkan menulis artikel-artikel, ulasan-ulasan untuk disumbangkan di direktori-direktori berkaitan!

Secara ringkasnya, inilah 3 kunci asas kejayaan Super Affiliates menjana pendapatan automatik dari internet tanpa sebarang produk. Cuba anda praktikkan tips-tips ini untuk beberapa program affiliates yang anda sertai. Nescaya, hasilnya tidak mengecewakan.

Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.

Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda

Kotak Informasi:
Sabri Hassan Assa’ari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di www.Saudagar.com.my

Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php

Related posts:

  1. Hati-Hati Perangkap Program Affiliate Bermusim!
  2. Rahsia MLM: Taktik Jom Makan

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge