3 teknik untuk cari idea tajuk ebook – part 2

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan bahagian 1 bagi teknik mencari idea tajuk ebook. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya kongsikan 2 lagi teknik.

Teknik Kedua : Keadaan persekitaran.

Keadaan persekitaran juga mampu memberi anda idea untuk menulis ebook. Dalam aktiviti seharian anda, apakah perkara yang banyak memberi masalah kepada anda ? senaraikan masalah anda di dalam satu senarai. Contohnya,

  1. TIdak tahu dengan jelas bagaimana wang anda habis.
  2. Sangat sukar hendak mengemas rumah.
  3. Tiada masa untuk melakukan perkara yang anda minat di sebabkan komitmen kerja.

Dari permasalahan yang anda hadapi ini, cuba anda cari satu penyelesaian bagi satu atau dua masalah. Anda boleh cuba beberapa tips sedia ada atau anda cari penyelesaian sendiri. Anda boleh tulis ebook berdasarkan pengalaman anda menyelesaikan masalah yang anda ada.

Keadaan persekitaran memang boleh memberi anda idea. Teknik di atas tidak terhad pada masalah anda sahaja, anda boleh selesaikan masalah orang lain dan tulis ebook mengenainya.

Teknik ketiga : Melihat produk informasi yang lain.

Kadangkala apabila kita melihat produk informasi orang lain, ilham akan terdetik di dalam minda kita bahawa anda boleh buat yang lebih baik mengenai topik tersebut. Ketika anda membaca ebook orang lain, anda seperti rasa kekosongan yang wujud dalam ebook mereka.

Melalui kekosongan inilah anda memperoleh idea untuk menulis ebook. Teorinya mudah sahaja, anda melengkapkan ebook orang lain yang telah lengkap. Contohnya ebook mengenai rawatan herba darah tinggi. Dari bacaan anda pada ebook yang ada di pasaran, anda dapati penulis tertinggal beberapa herba yang juga berkesan dalam rawatan darah tinggi.

Jadi, anda tulis mengenai herba yang tertinggal tersebut di samping memberi maklumat mengenai herba yang sudah ada di pasaran. Dengan penambah baikkan ebook yang anda tulis ini, ia akan memberi kelebihan kepada anda dari para pesaing sedia ada.

3 |  3 teknik untuk cari idea  tajuk ebook   part 2
Akhir kata, dengan menggunakan tiga teknik yang saya senaraikan ini, saya pasti anda akan dapat penyelesaian bagi masalah bagaimana hendak mencari idea bagi ebook pertama anda dan ebook-ebook seterusnya. Apabila anda sudah menemui topik yang anda rasa anda boleh tulis, teruskan matlamat aktiviti penulisan sehingga habis.

Related posts:

  1. 3 teknik untuk cari idea tajuk ebook – part 1
  2. Buat Duit Dengan Ebook
  3. 5 idea menulis ebook paling laris di internet
  4. Ebook Percuma – Mari Buat Duit Dengan Ebook
  5. Saya antara Top Affiliate untuk PPL Teknik Video Marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge