4 kesilapan newbie yang sebabkan dia gagal buat duit dengan affiliate.

Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya dan buat duit dengan affiliate. Mereka selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak berputus asa.

Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan tersebut.

buat duit dengan affiliate5 |  4 kesilapan newbie yang sebabkan dia gagal buat duit dengan affiliate.

Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan 4 kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai seorang affiliate.

#1 Mempromosi produk dengan komisyen affiliate yang tinggi.

Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai super affiliate yang berpengalaman untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hampir mustahil untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.

Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang anda belajar berkenaan dengan affiliate. JomNiaga menawarkan pelbagai jenis produk dengan pelbagai jenis harga, anda boleh pilih produk yang berharga sederhana dari marketplace JomNiaga.

#2 Mempromosi terlalu banyak produk dalam satu masa.

Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan anda yakin anda mampu berbuat demikian.

Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.

#3 Tidak melabur untuk pendidikan.

Ramai para newbie tidak mahu membeli ebook kerana mereka yakin bahawa segala maklumat ada di internet. Kenapa perlu kedekut untuk mencari ilmu? Anda perlu berani dan bergerak pantas. Laburkan wang untuk belajar bagaimana hendak menjadi seorang affiliate. Praktikkan apa yang di pelajari dan pelbagaikan teknik mengikut acuan sendiri.

Dengan melaburkan wang untuk pendidikan, anda akan lebih pantas dan laju untuk bertindak. Selain itu, anda dapat lihat sendiri bagaimana orang menjana pendapatan melalui affiliate.

#4 Tiada website.

Kesilapan biasa bagi seorang newbie affiliate adalah mereka tiada website sendiri. Memang benar, anda tidak perlu ada website sendiri untuk memulakan perniagaan affiliate. Namun, anda perlu segera mewujudkan blog atau website sendiri dari awal –awal lagi supaya anda tidak perlu mahirkan diri di kemudian hari.

Maksud saya di sini adalah website adalah perlu bagi pemasaran affiliate. Website boleh di ibaratkan sebagai pengkalan bagi anda dalam pemasaran affiliate. Lebih elok, anda wujudkan satu website bagi satu niche supaya aktiviti promosi anda lebih tersusun dan agak fokus.

Diharap dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan diatas, kita akan sama-sama dapat buat duit dengan affiliate dan menjadikannya sebagai pendapatan pasif.

Related posts:

  1. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah
  2. 10 perkara asas untuk buat duit dengan affiliate dan buat untung
  3. 10 langkah mudah untuk mula buat duit dengan affiliate.
  4. Kenapa Kita Gagal Buat Duit Dengan Affiliate Sedangkan Orang Lain Boleh ?
  5. Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge