4 Kunci Kemewahan

Sebelum itu, saya ada gariskan untuk membuka kunci kemewahan, anda perlu meminta kebenaran dari Allah S.W.T ( konsep tawakal yanng manusia abaikan tetapi di amalkan oleh semua kafir), namun anda perlu mempunyai syarat-syarat tertentu sebelum anda layak untuk meminta kebenaran dari-Nya. Bersedialah untuk menyerap 4 kunci ke arah kemewahan.

Kunci Pertama : Semuanya berbalik kepada kemahuan anda.

Kenapa anda ingin mewah ? Sudah tentu untuk keselesaan diri sendiri. Jangan bohong pada diri sendiri mengatakan bahawa anda menjadi mewah adalah untuk membantu ibu bapa dan sebagainya. Semua manusia yang mencari kekayaan adalah untuk diri sendiri. Sama ada anda melakukannya untuk memenuhi tanggungjawab menanggung keluarga atau membalas budi ibu bapa, anda memang lakukannya untuk diri sendiri.

Apabila kita meletakkan tanggungjawab bahawa dengan melakukan sesuatu untuk diri sendiri, anda mula menerbitkan perasaan dalam diri anda untuk lebih berusaha. Peduli apa orang lain, hidup saya perlu di urus dahulu. Kebanyakan manusia tidak kaya-kaya di sebabkan mereka terbelenggu dengan dilemma ini, kenapa saya perlu mencari wang ?

Mereka bekerja dari pukul 8 hingga 5 petang, kemudian pulang ke rumah memikirkan kenapa saya bekerja ? Takde ke cara yang lebih senang untuk jadi kaya ? ada juga yang berfikir seperti,’ Alhamdullilah, berjaya juga aku habiskan pekerjaan hari ini.’ Semua pemikiran di atas adalah berbalik pada diri sendiri. Buffet bercerai dengan isteri pertamanya, tetapi beliau tetap kaya kerana beliau bekerja untuk dirinya sendiri bukannya orang lain.

Kunci pertama ke arah kemewahan adalah anda melakukan semua pekerjaan adalah untuk diri sendiri. Saya tahu ada di antara anda yang ingin membangkang bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah S.W.T bukannya kerana diri sendiri. Saya harap anda faham perbezaan antara niat dan perbuatan. Apa yang saya tekankan adalah segala perbuatan yang anda lakukan adalah untuk diri sendiri, bukanlah untuk manusia lain.

Kunci Kedua : Perjanjian dengan alam.

Kenapa kebanyakan jutawan sentiasa memberitahu kita semua akan kepentingan untuk menjimatkan wang kita walaupun mereka sebenarnya mengharapkan kita untuk berbelanja lebih supaya mereka lebih kaya? Jawapan yang tepat adalah mereka telah melakukan perjanjian dengan alam. Perjanjian tersebut adalah keseimbangan alam.

Anda pasti sedar kebanyakan perkara yang naik dengan cepat akan jatuh dengan lajunya. Alam tidak akan membenarkan sesuatu perkara berlaku dengan pantas dan meninggalkan mereka. Jika ini berlaku, dengan pantas alam akan cuba memberhentikan anda. Ia terjadi pada semua manusia. Saya mendapat sejuta ringgit dalam masa sehari menerusi penjualan tanah, dalam masa 5 bulan wang saya sudah tiada. Ia hilang tanpa di kesan.

Saya cuba untuk melabur dengan bijak tetapi wang tersebut hilang begitu sahaja tanpa di kesan. Bagi mereka yang memerhati dari tepi memarahi saya kerana tidak melabur di dalam ASB. Bagaimana saya ingin melabur sedangkan seluruh alam sedang memperdayakan saya. Alam telah memperdayakan saya untuk tidak melihat perlaburan dalam ASb adalah tidak bijak. Senang untuk berkata tetapi sangat sukar untuk menanggung.

Peringatan untuk anda, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencabar alam dan jangan sesekali memandang rendah akan kekuasaan alam. Namun, semuanya adalah berbalik kuasa Allah S.W.T. Kita hanya merancang, Tuhanlah yang akan menentukannya.

Perjanjian dengan alam meliputi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Allah S.W.T tidak menurunkan kita di muka bumi hanya untuk kita mengkucar-kacirkan bumi ini. Muhasabah diri anda sepenuhnya. Lakukan sesuatu yang memberi satu faedah kepada bumi. Oleh itu, anda dapat lihat kebanyakan jutawan di dunia berniaga menerusi perniagaan yang memberi manfaat pada alam. Alam meliputi manusia dan semua yang benda yang ada di dalamnya.

Kunci ketiga : Tunduk ke bawah.

Berapa lama anda ingin hidup di atas? Berapa lama anda ingin pandang ke atas sahaja? Anda perlu tunduk setiap hari untuk memastikan kemewahan berada pada pihak anda. Keegoan dan perasaan sombong sentiasa menghantui diri kita, tiada cara lain untuk mengelaknya selain tunduk pada kuasa yang lebih kuat. Bagi umat Islam, sudah tentu kita akan tunduk pada kuasa Allah S.W.T.

Jika anda perhatikan ramai manusia yang hebat sekarang terlalu bongkak untuk mendengar suara dari bawah, apa yang mereka nampak hanyalah kehebatan diri sendiri. Mereka memang hebat tetapi akan menjadi lebih hebat jika mereka mendengar suara dari bawah dengan lebih kerap.

Sembahyang lima waktu memerlukan kita untuk sujud sebanyak 34 kali dan rukuk sebanyak 17 kali. Pernahkah kita ketika ini, kita tunduk dengan membawa sekali keegooan, kesombongan, hati dan jiwa kita ke bawah. Apabila sujud, luruh sudah semua keegoan kita. Kita akui ada kuasa yang lebih hebat dari diri kita. Jika anda tidak pernah, eloklah anda memulakkannya sekarang. Ramai manusia lupa, tapi Allah S.W.T tidak pernah melupakan kita.

Apabila saya mengeluarkan kenyataan ini, semua manusia sombong di sekeliling saya mula kepanasan. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melakukannya tetapi hidup mereka bahagia sahaja di limpahi kemewahan. Bagi saya, semua perkara yang terjadi merujuk pada kuasa tuhan dan yang paling penting anda mahu kemewahan anda di berkati atau tidak? adakah anda mahu kemewahan anda di jaga oleh iblis atau Tuhan? Semuanya terpulang pada anda.

Sekali anda tunduk, kemewahan akan datang dengan sendiri pada anda. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam selok-belok agama, tetapi kebanyakan kajian saya menjurus ke arahnya. Ada seorang ahli perniagaan yang saya kenal, beliau selalu mengamalkan surah Al-Fatihah sebagai ayat pelaris perniagaannya. Satu hari, saya tanya apa faedah membaca ayat tersebut? Beliau menceritakan bagaimana pelanggan dari Sabah telah menelefon beliau untuk mengambeli stok darinya.

Yang mengejutnya, beliau tidak pernah pun pergi ke sana. Apabila di tanya bagaimana pelanggan tersebut memperoleh nombor beliau, pelanggan tersebut mengatakan satu sampul surat lengkap dengan nombor telefon dan profil perniagaan beliau telah tiba di pejabatnya. Beliau merasa terkejut kerana beliau hanya mengepos surat tersebut pada sekitar negeri di semenanjung sahaja. Sebab itu saya simpulkan bahawa untuk menarik kemewahan datang, anda perlu sentiasa tunduk dan harta anda pasti di berkati.

Kunci Keempat: Memang rezeki anda.

Kunci keempat tersangat mudah, semua rezeki telah di tetapkan oleh Allah S.W.T dan adalah hak-Nya untuk memberinya kepada sesiapa yang Dia mahu. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak anda, ia tidak akan lari.

Anda perlu bertenang untuk menikmati kemewahan. Anda tidak boleh terlalu gopoh mengejar kemewahan. Anda pasti tidak suka jika anda di desak, begitu juga dengan kemewahan. Hanya Tuhan sahaja yang mengetaui sama ada sesuatu itu hak anda atau tidak, anda cuma boleh berdoa dan meminta pentunjuk-Nya.

Memang tidak di nafikan, perjalanan menuju ke arah kemewahan memang tidak tenang. Anda perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Anda pilih sama ada anda mahu gunakan senjata dari syurga atau neraka.

Kalau dari neraka anda boleh mengutip senjata yang terhebat tersebut di tepi-tepi jalan sahaja. Kalau dari syurga, anda perlu memohon untuk menuntut senjata tersebut walaupun senjata yang paling lemah. Namun, senjati yang paling tajam dari neraka tidak mampu menembusi senjata yang paling lemah dari syurga. Tanya diri anda, adakah anda mahu jadi bacul menyerang mereka yang tidak bersenjata atau seorang yang berani memegang senjata dari syurga.

Keempat-empat senjata ini sebenarnya hanyalah cebisan sahaja dari kunci kemewahan. Walaubagaimanapun, anda akan mula merasai kemewahan apabila bermula sahaja anda mengamalkan salah satu kunci di atas.

Teknik ajaib untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Pernahkah anda mengimpikan untuk memperoleh kuasa seperti Aladdin. Petik jari sahaja, jinnya akan menunaikan segala kemahuan yang beliau mahukan. Kita juga boleh tetapi kita perlu mengusai kuasa penyerahan iaitu berserah sepenuhnya pada Allah S.W.T.

Seorang jutawan dari Amerika yang menjalankan perniagaan memberi kursus motivasi untuk badan-badan korporat dan pekerja-pekerja syarikat, telah jatuh bankrap di sebabkan kejatuhan ekonomi di Amerika. Beliau hanya ada 35 sen sahaja. Dengan 35 sen tersebut, tiada apa yang boleh di belikan untuk anak dan isterinya.

Dengan langkah longlai beliau masuk ke dalam gereja dan berdoa di dalamnya. Dengan hati yang bersih dan mengharap, beliau menyerahkan duit terkahir pada gereja tersebut sambil berkata,’Saya serahkan kehidupan saya sepenuhnya kepada Awak selepas ini.’

Di ceritakan, perasaan lelaki tersebut ketika itu tersangat lega kerana beliau menganggap segala tanggungjawab telah di lepaskan kepada kuasa yang lebih besar. Keluar sahaja dari gereja, seorang lelaki tiba-tiba menegurnya dan memperlawanya untuk memberi ceramah di pejabatnya. Lelaki tersebut memberi kepadanya 400 dollar sebagai wang pendahuluan. Akhirnya lelaki tersebut berjaya membeli makanan untuk keluarga serta membayar semua bil tertunggak. Sungguh aneh jika anda memikirkan bagaimana 35 sen boleh bertukar menjadi 400 dollar.

Ada kisah yang lebih menarik untuk di ceritakan, namun saya terpanggil untuk menceritakan kisah di atas di sebabkan ia terjadi pada mereka yang bukan Islam. Kuasa penyerahan adalah kuasa aladdin anda. Kita selalu memberi derma, namun adakah ia penyerahan mutlak. Kita selalu berusaha, namun adakah kita pernah berserah kepada-Nya.

Jangan cuba lakukan sesuatu untuk mencabar kuasa-Nya. Kita beri rasuah untuk mendapatkan projek, kita gunakan penipuan untuk mendapat apa yang kita mahu, kita gunakan teknik paksaan untuk memaksa perkara yang kita mahu datang dengan sendiri ke arah kita. Satu pertanyaan pada anda, adakah berbaloi untuk anda lakukan semua perkara di atas semata-mata untuk menunaikan hasrat nafsu kita.

Kenapa anda perlu bersusah payah untuk menipu, memberi rahsuah dan memaksa untuk mendapatkan apa yang kita mahu sedangkan kita di ajar untuk melakukan tugas mudah sahaja iaitu berserah. Kita berusaha, kita berserah. Semua jutawan yang mengamalkannya, mereka kekal sebagai jutawan malah lebih kaya lagi. Mereka adalah jutawan kelas pertama kerana mereka cerdik.

Manusia boleh menjadi bijak dengan belajar, namun, manusia tidak boleh menjadi cerdik jika mereka tidak berani menggunakan jalan mudah.

Anda berusaha siang dan malam untuk memajukan perniagaan anda, anda berusaha siang dan malam belajar untuk mengambil peperiksaan, anda juga berusaha siang dan malam untuk memajukan kehidupan anda. Namun, adalah lebih cerdik untuk anda berserah kepada-Nya selepas penat berushaja.

Kuasa penyerahan harus di lakukan dengan hati yang ikhlas. Saya pasti ada yang terfikir kenapa saya tidak menggunakan Hadis atau ayat Al-Quran untuk menguatkan hujah saya? Jawapannya, saya adalah manusia yang hina, siapalah saya untuk merungkai semua ayat di atas. Saya lebih suka menjadikan Hadis dan Al-Quran asas untuk berfikir dari cuba untuk memahami dengan menggunakan akal fikiran sendiri apa yang di sampaikan oleh Allah S.W.T. Jika anda merasakan diri anda lebih pandai, silakan. Saya adalah manusia yang lemah dan hina. Jangan pula anda hanya memandang agama pada syariat sahaja. Agama bukan peraturan tetapi adalah cara hidup.

Anda kena percaya, ketika anda penat berusaha dan ingin melakukan penyerahan pada kuasa yang lebih hebat untuk menentukan nasib anda, bahawa anda memang berhak untuk mendapatnya. Serahkan sepenuhnya keputusan pada Allah S.W.T.

Related posts:

  1. Berfikir seperti seorang jutawan
  2. Kuasa Imaginasi Manusia untuk mecapai kemewahan
  3. Kemewahan hidup
  4. Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan Hanya Berpandukan Empat Kata Kunci?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge