5 checklist sebelum mula buat duit dengan affiliate

buatduitdenganaffiliate |  5 checklist sebelum mula buat duit dengan affiliateSaya pasti bahawa memang ramai berminat nak buat duit dengan affiliate. Maklumlah dengan sekadar mempromosikan url affiliate, kita akan dapat komisen tanpa perlukan sebarang modal. Tapi, tahukah anda bahawa memilih produk affiliate yang betul akan memberikan anda buat duit dengan lebih banyak . Jadi, saya nak kongsikan dengan anda 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum menyertai satu-satu program affiliate.

Sememangnya ada banyak program affiliate  di Malaysia yang boleh kita sertai mahupun pasaran antarabangsa seperti Clickbank.

Bagi seorang yang mempunyai cita-cita untuk buat duit yang banyak dengan affiliate sebagai super affiliate, anda perlu bijak memilih program affiliate untuk anda sertai dan lakukan promosi. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu nilai sebelum anda mengambil keputusan mempromosi sesuatu produk affiliate.

#1: Program affiliate tersebut perlu adil dalam pembayaran komisyen.

Dari produk bernilai RM 299, adakah adil anda hanya menerima RM 30 bagi setap jualan yang anda hasilkan ?

Ia tidak adil kerana jumlahnya terlalu sedikit. Amatlah sukar untuk anda memujuk seseorang untuk membeli produk semahal itu dan ia mungkin mengambil masa yang lama. Jika komisyen anda terlalu sedikit, ia tidak berbaloi untuk anda perjuangkan.

[[PERCUMA : Belajar Afiliate dari Eruwan Gerry ]]

Anda perlu bijak menilai dengan kemampuan yang anda ada. Kebiasaanya, newbie affiliate akan memulakan promosi dengan produk yang mempunyai harga dan komisyen yang rendah. Ini memberi kelebihan kepada mereka dari segi pasaran kerana produk murah selalunya mempunyai pasaran yang luas. Jadi mereka boleh mempraktikkan latihan menarik trafik di samping menjana pendapatan melalui affiliate.

Untuk produk affiliate di Malaysia, produk ebook biasanya memberikan komisen yang agak tinggi sekitar 50%. Jika ebook tersebut berharga RM50, anda akan dapat komisen RM25. Produk fizikal agak rendah % komisennya.

#2: Program affiliate tersebut mempunyai sistem tracking yang bagus.

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda di klik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda.

Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancangan akitiviti promosi anda dan membuat duit dengan program affiliate tersebut.

Dengan mengetahui dari sumber mana yang memberi jumlah klik yang banyak, anda boleh rancang untuk memperkemaskan kaedah promosi di situ untuk meningkatkan lagu jumlah jualan anda. Perniagaan affiliate adalah seperti langgar lari di mana anda promosi sesuatu produk melalui kaedah tertentu dan anda biarkan ia untuk anda beralih pada teknik promosi yang lain pula.

Melalui sistem tracking ini, anda boleh mengetahui  teknik promosi yang paling berkesan untuk sesuatu produk dan anda boleh tumpukan  pada kaedah tersebut bagi memaksimumkan pendapatan affiliate anda.

#3: Kekerapan dan kaedah pembayaran.

Perkara ketiga yang anda perlu periksa adalah kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Jika kekerapan pembayaran adalah setiap bulan, anda boleh bersedia dengan modal secukupnya bagi bulan pertama kerana  hasilnya anda hanya akan dapat pada bulan hadapan. Jika kaedah pembayaran adalah melalui cek dan ia pula adalah cek dari luar negara, ia mungkin ambil masa sebulan dua untuk anda memperoleh keuntungan bersih.

Dengan maklumat ini, anda boleh jangkakan apa yang bakal terjadi. Jika anda terdesak mahukan wang, mungkin anda boleh menyertai program affiliate yang menawarkan pembayaran segera pada akaun anda bagi setiap jualan yang anda lakukan.

#4: Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai masa depan yang cemerlang?

Bagi mereka yang mengumpul list untuk melakukan pemasaran affiliate, anda perlu utamakan elemen ini. Ini kerana, anda tidak mahu bazirkan  list anda dengan hanya mempromosi satu produk affiliate sahaja. Pemasaran melalui emel adalah pemasaran yang paling jimat kerana kos hanyalah pada permulaan sahaja dan untung boleh di tuai setiap kali anda melakukan pemasaran.

#5: Adakah anda tahu mengenai produk tersebut?

Elemen terakhir yang perlu anda periksa adalah pengetahuan anda mengenai produk yang bakal anda promosikan itu. Anda perlu tahu apa yang anda bakal promosikan supaya anda boleh rancang untuk

•    Promosi pada golongan mana
•    Berapa modal yang di perlukan
•    Kaedah promosi yang paling berkesan
•    Bagaimana hendak menulis copywritng yang menarik
•    Keyword yang ada permintaan dan
•    Sebagainya.

Pada setiap produk atau program affiliate yang anda ingin sertai, anda boleh jadikan 5 elemen di atas sebagai panduan bagi anda. Tidak mengapa jika kita melakukan promosi yang salah atau tidak berkesan dari kita salah promosi produk. Ini kerana, produk yang bagus, akan membolehkan anda buat duit dengan affiliate secara berterusan dan seterusnya menjadi passive income.

Related posts:

  1. Asas Buat Duit Tanpa Modal Dengan Affiliate
  2. Buat Duit Dengan Affiliate : Bukan Niche Buat Duit
  3. 5 Rahsia Untuk Buat Duit Yang Banyak dengan Affiliate
  4. Senarai Program Affiliate Malaysia 2011
  5. Review Majalah IM ke-12: Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge