5 idea menulis ebook paling laris di internet

Kita tahu bahawa menulis dan menjual ebook adalah cara paling mudah untuk buat duit di internet, tapi tak semua orang tahu bagaimana nak mula. Sebetulnya, kita tak perlu berfikir terlalu lama, seba selagi kita tak cuba, kita takkan tahu potensi diri.

Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di dalam artikel ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan permintaan yang tinggi dan akan sentiasa mendapat sambutan

Niche pertama : Buat duit online.

niche hot buat duit |  5 idea menulis ebook paling laris di internet

Ia pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana henda jana pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan ? jadi, tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.

Untuk menjadikan ebook anda mendapat sambutan, anda perlu memastikan bahawa
– Teknik anda adalah logik.
– Anda mahir dengan teknik tersebut.
– Anda mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh keputusan yang sama dengan anda..
– Teknik adalah hasil dari percubaan anda sendiri.
– Sudah terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda itu.

Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar kepada anda. Antara ebook yang ada di pasaran ialah Jana Wang Dari Rumah untuk Wanita dan Rahsia Penulis .

Niche kedua : Kesihatan dan Kecantikan

niche hot kuruskan badan |  5 idea menulis ebook paling laris di internet

Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.

Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda jual ebook atau produk di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.

Misalnya penulis ebook Panduan Menjadi Langsing menjana pendapatan lumayan dari mereka yang sentiasa mencari teknik untuk menguruskan badan mereka.

Niche ketiga : Hubungan sesama manusia.

niche hot cinta |  5 idea menulis ebook paling laris di internet

Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.

Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu mendidik anaknya menjadi anak yang baik dan bijak, seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.

Niche Keempat : Semulajadi

Dunia semakin tercemar, itulah pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka sayangkan bumi ini dan mahu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini dari tercemar lagi. Lalu, menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia lebih percaya pada semulajadi dari perkara-perkara yang lain.

Masukkan elemen semulajadi di dalam ebook anda, ia akan meningkatkan jualan ebook anda. Semulajadi merangkumi penggunaan herba, kaedah tradisional untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk mengurangkan pencemaran dan lain-lain.

Niche Kelima : Hobi

niche hot buat hobi |  5 idea menulis ebook paling laris di internet

Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.

Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends sentiasa berubah. Ada yang menjadikan hobi memasak cupcake sebagai sumber pendapatan. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.

Penutup
Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

Related posts:

  1. Ebook Percuma – Mari Buat Duit Dengan Ebook
  2. Ebook dan Video bernilai RM197 – Percuma Dari DuitMania!
  3. Ebook Panduan Mudah FTP dan Peluang Buat Duit
  4. Ebook PERCUMA: Kesilapan Usahawan Muda Internet
  5. Ebook PERCUMA : The Science of Getting Rich

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge