5 Kesilapan Semasa Membuat Pemasaran Email

pemasaran email 2 |  5 Kesilapan Semasa Membuat Pemasaran EmailDi sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran email. Kadang-kadang kita terlalu terkehadapan ketika melakukan  sesuatu sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan.

Kesilapan #1 : Terlalu Obses Dengan Bilangan Email Dalam Senarai email.
Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran email hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai email anda.

IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap email yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini.

Memiliki senarai email yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 email tetapi setiap kali anda menghantar email, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16,000 email yang lain.

Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan email yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.

Kesilapan #2 : Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk.

Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada email tersebut. Perbuatan ini tidak salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik email ini.

Dalam pemasaran email, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai email anda.

Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada email pertama anda kepada pelanggan anda. email yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik email tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang email anda dengan hanya melihat nama anda sahaja.

Kesilapan #3 : Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran.

Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran email adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik email adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik email menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.

[[ Berminat Untuk Belajar Teknik Pemasaran Email Cara Premium? DAPATKANNYA DISINI.]]

Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, email yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik email atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat email anda sebagai spam.

Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.

Kesilapan  #5 : Menghantar email Yang Terlalu Panjang.

Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar, mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda silap jika anda ingat pemilik email akan membaca semua yang anda tulis kerana anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.

Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan promosi 3 hingga 4 produk dalam satu email. Tahukah anda? betapa menyampahnya pemilik email untuk menerime email yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis email yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar email dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin betul.

Kesilapan #6 : Bersikap Tidak Professional Ketika Menghantar email.

Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka.

Gunakan pendekatan personalize sudah cukup untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar email dengan menganggap seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan.

Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai email mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan.  Pemasaran email sebenar memerlukan kita bersikap profesional seolah-olah anda berada di dunia sebenar

Related posts:

  1. 3 Langkah Untuk Buat Duit Dengan Email
  2. Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email
  3. Ebook PERCUMA: Kesilapan Usahawan Muda Internet

4 Comments

  1. halim Saturday, 23 June, 2012
  2. admin Thursday, 28 June, 2012
  3. annisa Saturday, 30 June, 2012
  4. admin Tuesday, 3 July, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge