5 pesanan dari seorang super affiliate pada seorang newbie.

Jika anda hendak mencari teknik termudah untuk menjana wang di internet, tiada yang lebih mudah melainkan pemasaran affiliate. Walaupun terdapat banyak pekerjaan sebagai freelancer, ia tetap tidak dapat melawan nikmat kerjaya sebagai affilaite.

Telah terbukti bahawa pemasaran affiliate bukan sahaja senang untuk menjana wang yang banyak, ia juga tidak memerlukan sebarang perlaburan jika mereka ingin memulakan kerjaya sebagai affiliate secara serta merta. Satu lagi perkara yang menarik mengenai affiliate adalah ia mempunyai terlalu banyak peluang untuk di ceburi sehinggakan anda rasa seperti hendak membolot semua peluang yang ada di pasaran.

Yang paling menarik sekali pekerjaan sebagai affiliate adalah anda boleh menjana ribuan ringgit dengan hanya duduk di rumah di hadapan komputer tanpa perlu berpeluh untuk memperolehnya. Di dalam ebook ringkas ini saya huraikan pada anda lima pesanan yang saya terima dari seorang otai affiliate semasa saya masih bergelar seorang newbie.

Tiada kejayaan akan datang pada malam pertama anda sebagai affiliate.

Untuk pengetahuan anda kebanyakan dari affiliate hanya berjaya menghasilkan jualan pada bulan kedua mereka menceburi bidan affiliate. Seperti perniagaan sebenar, anda perlu laburkan masa dan tenaga anda sebelum anda boleh memperoleh keuntungan yang lumayan. Anda tidak mungkin akan berjaya dalam hanya satu malam sahaja.

Anda perlu sedar dengan keadaan ini dan bersedia untuk menerima kegagalan ketika anda berusaha. Sebenarnya anda tidak gagal tetapi salah strategi sahaja. Jadi, anda perbetulkan strategi anda dan anda boleh berusaha lagi.

Jangan cuba mencipta teknik terbaru.

Jika ingin berjaya dalam pemasaran affiliate pada cubaan pertama anda, anda boleh ikut teknik dan strategi yang sudah pasti berjaya. Sebagai newbie, anda janganlah bazirkan masa anda dengan mencuba kaedah cuba jaya bagi setiap teknik pemasaran yang anda lakukan. Anda perlu bijak, laburkan sedikit wang untuk membeli produk pemasaran yang berkualiti.

Jadikan produk tersebut sebagai panduan dan lakukan pemasaran yang sudah benar –benar terbukti keberkesanannya. Ini bagi mengelakkan masa anda terbuang atau mensia – siakan masa anda.

Jika ingin berjaya, jadikan diri anda seorang berdisiplin.

Jika ingin berjaya dalam bidang affiliate, anda perlu ada disiplin sebagai seorang usahawan iaitu selalu menunaikan apa yang anda cakap, cekap dan tidak membazir masa pada perkara yang sia –sia. Sentiasa konsisten dalam aktiviti pemasaran produk. Jangan terlalu leka.

Sentiasa perhatikan apa yang terbaru di pasaran.

Jangna jadi katak di bawah tempurung. Sentiasa lihat apa yang ada dalam pasaran. Perhatikan apa yang terbaru dan yang paling banyak di perkatakan dalam pasaran niche anda. Baca majalah terbaru, surat khabar dan menonton berita terbaru supaya anda sentiasa peka dengna situasi pasaran anda. Banyakkan bacaan berkaitan niche anda supaya anda tahu apa yang anda lakukan.

Sentiasa berfikiran positif.

Jika anda berfikiran positif, tiada apa yang dapat menghalang anda dari berjaya. Kegagalan adalah proses biasa jalan ke arah kejayaan. Jangan jadikan kegagalan sebagai penyebab anda berhenti berusaha. Namun, lebih baik gagal dari tidak mencuba langsung. Sentiasa anggap perjalanan menjadi affiliate adalah perjalanan yang positif.

Related posts:

  1. Elakkan 5 perkara ini jika anda seorang affliate.
  2. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.
  3. Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.
  4. 4 Kualiti yang perlu anda pada seorang affiliate yang berjaya
  5. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah

One Response

  1. Suhili Nain Wednesday, 18 September, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge