5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Segera Ebook Yang Baru Dilancarkan

grafik nakbeliketaknak 199x300 |  5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Segera Ebook Yang Baru Dilancarkan

Hari ini dunia perniagaan internet di Malaysia semakin meriah. Setiap hari ada sahaja ebook yang dilancarkan. Tak kira la ebook percuma mahupun berbayar. Ebook terbaru yang sedang hangat dipromosikan ialah DuitMania, Kuasa Forum, dan Ebook Janawang Adsense juga baru dibuka semula (untuk tempoh terhad) selepas ditutup penjualannya satu ketika dahulu.

Tetapi, adakah anda perlu beli produk-produk ini dengan kadar segera?

Ada orang yang menangguhkan dahulu pembelian akibat kekurangan modal ataupun masih tak yakin bahawa produk tersebut benar-benar berbaloi untuk dimiliki. Hari ini saya nak kongsikan kenapa anda perlu mendapat sesuatu ebook atau produk yang baru sahaja dilancarkan dengan kadar segera.

1. Harga yang ditawarkan biasanya adalah harga terendah. Ebook kuasa forum misalnya, dibuka untuk jualan pada harga RM37 bagi 2 hari pertama dan kini telah dinaikkan kepada RM47. Kalaulah anda beli masa ia dilancarkan dulu, anda pasti dapat jimatkan RM10.

2. Mendapat bonus tambahan ekslusif . Kebiasaannya di dalam fasa pelancaran, pemilik produk akan memberikan tawaran ekslusif untuk mereka yang terawal mendapatkannya. Bonus ini adalah tambahan dari bonus-bonus yang sedia ada. DuitMania misalnya menawarkan keahlian forum VIP terhad kepada 500 pembeli pertama sahaja. Semasa artikel ini ditulis, hanya tinggal kurang daripada 200 tempat sahaja lagi.

3. Jualan bakal dihentikan bila cukup kuota . Ya! Memang ada pemilik produk yang akan menghentikan penjualan produk apabila mereka mencapai sasaran tertentu. Produk JanaWangAdsense misalnya, pernah beberapa kali menutup tempahan. Jadi, jika anda ingin memiliki produk yang memberikan amaran seperti ini, jangan berlengah untuk mendapatkannya. Saya sendiri membeli ebook ini pada tawaran kali kedua. Tawaran pertama saya tak sempat nak beli.

4. Bonus tambahan dari affiliate atau rakan JV yang mempromosikan. Selain dari pelbagai sebab diatas, kebiasaannya pemilik produk akan membuat pertandingan dikalangan affiliate semasa pelancarana. Jadi inilah masa yang sesuai untuk anda mencari siapa yang memberikan tawaran terbaik. Tapi, jangan terlalu lama membuat pilihan sebab anda mungkin akan terlepas kelebihan yang saya sebutkan diatas.

5. Lebih cepat dapat diaplikasikan . Tetapi apa yang lebih penting apabila anda mengetahui tentang sesuatu produk terbaru ialah pengaplikasiannya. Lebih cepat anda milikinya, lebih cepat anda dapat menggunakan teknik yang diajarkan. Dan lebih cepatlah anda memperolehi hasilnya.

TAPI….

Dalam keghairahan anda nak beli produk pilihan anda, jangan sampai anda rasa menyesal pula selepas membelinya. Jangan membeli semua ebook yang keluar di pasaran hanya kerana ia baru dilancarkan. Kaji dulu adakah anda benar-benar perlukan produk tersebut.

Jika katakan, anda masih baru (newbie) dan tercari-cari bagaimana nak mula perniagaan internet, bolehla beli produk DuitMania. Tapi awas! Jika anda sudah tahu serba sikit tentang bisnes internet dan perkara teknikal, seperti SEO, web minisite, landing page, webhosting dll , ebook DuitMania ni mungkin tak sesuai untuk anda. Nanti anda mungkin akan kecewa sebab apa yang diajarkan didalam tu sudah anda ketahui.

Lagi satu, kalau anda tercari-cari teknik mempromosi laman web yang percuma, forum merupakan salah satu tempat terbaik. Tapi ramai yang telah menyalahgunakan forum sebagai tempat untuk mengiklan secara membuta-tuli. Anda perlu tahu rahsia untuk menjadi forumer yang berjaya. Boleh belajar rahsianya melalui ebook Kuasa Forum. Tapi, kalau anda jenis yang tak mempunyai masa untuk berforum, mungkin ia tak begitu sesuai untuk anda.

Okla, rasanya anda dah dapat serba sikit tips nak beli atau tidak produk yang baru dilancarkan. Bagi saya, jika ebook tersebut mempunyai ilmu yang bagus untuk diaplikasikan , tidak salah untuk memilikinya. Melabur untuk ilmu adalah lebih baik dari melabur dalam skim cepat kaya. Sebab dengan ilmu yang dipraktikkan, kita boleh mencapai apa jua yang kita ingini.

Dan satu lagi… saya juga nak cadangkan sebuah ebook yang wajar anda baca jika anda masih ragu-ragu nak beli atau tidak ebook yang dipromosikan. Ebook tersebut bertajuk “Panduan Beli Ebook” . Anda boleh dapatkan preview ebook ini dengan klik banner dibawah ni.

Semoga semua ebook yang anda beli akan memberi manfaat pada anda!

Related posts:

  1. Apa Yang Anda Perlu Buat Untuk Menjadi Jutawan
  2. Ebook Panduan Mudah FTP dan Peluang Buat Duit
  3. Jangan Beli Pakej Sistem Rahsia Versi 2.0
  4. 17 ebook Percuma untuk anda!
  5. Apakah Sebab Utama Sertai MLM?

One Response

  1. hafiz Thursday, 22 April, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge