5 strategi ampuh pemasaran affiliate.

Jika anda seorang affiliate, soalan yang anda perlu tanya pada diri anda sendiri adalah kenapa pelanggan perlu membeli dari anda sedangkan mereka boleh membeli dari link affiliate orang lain? Soalan ini perlu di mainkan dalam minda anda setiap hari. Jika anda tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan laju di dalam fikiran anda, anda masih belum bersedia untuk menjadi seorang super affiliate.

Perkara yang membezakan antara seoarang affiliate dengan affiliate yang lain adalah dari segi strategi yang mereka amalkan. Untuk itu, saya senaraikan lima strategi ampuh yang anda boleh gunakan untuk menjadikan diri anda seorang super affiliate.

Strategi harga.

Harga memainkan peranan yang penting dalam pemasaran affiliate. Di sebabkan anda mengejar komisyen yang besar, produk yang anda jual juga akan berharga mahal. Di sini, anda mungkin akan gagal bersaing dengan mereka yang mempromosi produk yang berada dalam niche yang sama tetapi lebih murah dari segi harganya.

Anda perlu sedar bahawa produk yang berharga lebih murah sentiasa mendapat perhatian dari pembeli. Jadi, anda boleh lawan pesaing yang lain menerusi bonus yang lebih hebat atau pemberian rebat. Untuk menggunakan strategi ini, anda perlu setkan di dalam minda anda bahawa anda perlu jadikan produk tersebut nampak murah untuk di beli melalui link affiliate anda.

Strategi kualiti.

Produk yang berkualiti sentiasa mendapat pendedahan yang lebih di pasaran. Ramai affiliate akan mengutamakan aktiviti promosi mereka dengan mempromosi produk berkualiti. Anda perlu pantas menilai sama ada produk tersebut berkualiti atau tidak dan terus mempromosikannya jika produk tersebut berkualiti.

Lebih baik anda tumpukan sebahagian besar masa anda mempromosi produk yang benar-benar berkualtii di sebabkan pelanggan pasti akan berpuas hati dengan produk tersebut dan mereka akan percaya pada rekomendasi dari anda pada masa hadapan.

Strategi Bonus.

Untuk berjaya bersaing secara bersemuka dengan affilaite yang lain, anda perlu hadirkan promosi dengan senarai bonus yang tidak dapat di jangka oleh mereka. Anda boleh gunakan dua strategi di atas iaitu jadikan bonus anda nampak lebih mahal dari produk yang mereka perlu beli untuk mendapatkan bonus dari anda. Berikan bonus yang berkualiti untuk membolehkan anda bersaing dengan para otai.

Strategi pendidikan.

Untuk menjadi terkenal dalam dunia pemasaran affiliate, anda jadikan diri anda sebagai pendidik atau guru di dalam niche anda. Sentiasa hadirkan pendapat yang bernas bagi setiap permasalahan yang datang. Selain itu , anda juga perlu jujur dengan para pelanggan anda. jika anda tidak tahu, katakan tidak tahu. Jika anda tahu, anda katakan anda tahu.

Jangan lokek untuk berkongsi ilmu dan pendapat menerusi video, pemberian ebook percuma, artikel panjang dan sebagainya.

Strategi jaminan.

Pastikan anda memberi jaminan kepada mereka yang membeli dari link affiliate anda. Katakan produk tersebut tidak sesuai pada pelanggan anda, anda tawarkan pada pelanggan anda untuk meminta refund dari pemilik produk jika pemilik produk ada meletakkan jaminan di dalam surat jualan dia. Anda berbagai cara jaminan lain yang boleh anda pratikkan antaranya adalah jaminan pasti berjaya, jaminan pasti puas hati dan sebagainya.

Kelimat –lima strategi ini jika anda letakkan di dalam minda anda ketika anda melakukan promosi, saya pasti anda akan berjaya. Ini kerana ia antara strategi yang paling ampuh dalam pemasaran affiliate. Jangan takut untuk berstrategi kerana hanya orang yang malas yang tidka berjaya.

Related posts:

  1. 5 pesanan dari seorang super affiliate pada seorang newbie.
  2. Elakkan 5 perkara ini jika anda seorang affliate.
  3. Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi super affiliate.
  4. Kaedah untuk mengesan sama ada pemilik produk affiliate itu jujur atau tidak.
  5. Rahsia seorang super affiliate buat duit dengan 5 langkah mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge