5 tips super affiliate yang boleh di praktikkan oleh newbie.

Buat duit dengan affiliate telah menjadi salah satu platform yang paling popular di Internet. Ia popular di sebabkan keberkesanan sistemnya untuk memberi pendapatan yang lumayan pada mereka yang mempratikkan jualan affiliate. Ramai yang ingin menjadi yang terbaik dalam pemasaran affiliate namun ia tetap tidak mengubah kenyataan hanya beberapa orang sahaja yang mampu bergelar super affiliate.

Untuk membantu anda menjana pendapatan yang lumayan melalui affiliate, saya sertakan lima tips yang di pratiikkan oleh super affiliate untuk anda cuba.

Sembunyikan link affiliate.

Kadangkala, link affiliate berkeadaan sangat hodoh dan ia juga kadangkala membuatkan pengguna internet takut hendak klik url tersebut. Ini kerana, mereka menganggapnya mengandungi virus. Jadi, anda perlu sembunyikan link yang hodoh ini dengan mencantikkannya. Salah satunya adalah anda membeli domain anda sendiri dan setkan ia pada forwarding domain di mana setiap kali orang klik domain yang anda setkan ini, mereka akan di bawa ke laman web affliate yang anda promosikan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan percuma seperti tinyurl.com dan lain – lain anda boleh cari internet menggunakan frasa shorten click url. Link yang terurus akan memperkemaskan lagi promosi anda.

Menulis artikel

Kaedah yang biasa di gunakan oleh super affiliate untuk melakukan promosi adalah melalui pemasaran artikel. Tulis artikel dan hantar ia ke direktory artikel seperti ezine untuk melalkukan promosi. Pemasaran artikel adalah teknik pemasaran yang tidak akan luput kerana orang sangat suka membaca. Mereka suka mencari maklumat di internet dan selalunya mereka mencari maklumat dalam bentuk artikel.

Dari artikel inilah anda meletakkan link produk affiliate di resource box iaitu bahagian terakhir page artikel. Cara terbaik dalam pemasaran artikel adalah menulis sebanyak mungkin artikel dan hantarkan ia ke direktori artikel di mana anda ia akan menjadi pendapatan pasif anda untuk 2 dan 3 tahun akan datang.

Kecikkan niche untuk mengurangkan persaingan.

Tip seterusnya adalah kecikkan skop niche anda untuk mengurangkan persaingan. Contohnya anda mempromosi produk kuruskan badan, kurangkan pesaing dengan memperkecilkan skop kuruskan badan kepada tip kuruskan badan untuk remaja wanita atau sebagainya. Untuk permulaan karier anda, ia boleh memberi kelebihan pada anda.

Lihat apa yang pesaing anda lakukan.

Anda telah memilih satu produk dan mahu mempromosikan ia , namun ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan dahulu. Taip di enjin carian keyword bagi produk anda. Di sana, lihat website yang berada pada kedudukan teratas. Kemudian, lihat bagaimana mereka melakukan promosi bagi produk affiliate yang sama niche dengan anda. Lihat bagaimana mereka memikat pelawat untuk membeli produk dari link affiliate mereka.

Dari sini, anda boleh tiru atau rancang sesuatu yang lain tetapi lebih hebat dari mereka. Jangan terhad pada satu keyword sahaja. Pelbagaikan keyword untuk menilai kemampuan sebenar pesaing-pesaing anda. Lagi banyak website untuk di rujuk, lagi bagus keputusannya nanti.

Tingkatkan ilmu mengenai niche anda.

Pemasaran anda akan lebih mengancam jika anda tahu lebih mengenai niche anda. Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut tahu

Golongan manusia yang anda target.
Apa yang pelanggan mahu cari dalam niche anda?
Bagaimana anda hendak menghampiri pelanggan anda? Adakah melalui video? Adakah melalui penulisan dan sebagainya?
Apakah teknik tebraik promosi untuk meningkatkan jualan anda.

Anda perlu tingkatkan pengetahuan anda dengan membaca satu atau dua buku berkenaan niche anda supaya anda boleh memahaminya dengan lebih lanjut lagi.

No related posts.

One Response

  1. malbath Monday, 7 October, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge