50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online   part 1Hari ini saya akan berkongsi dengan anda 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya akan bahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Semoga anda akan mendapat manfaat darinya.

Berikut adalah bahagian 1 untuk strategi pemasaran produk secara online :

1.    Strategi  : “Nilai Tersembunyi”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar bonus produk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka memahami bahawa hanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah mereka mengetahui nilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai bonus tersebut akan didedahkan sebaik sahaja mereka mendapatkan produk anda.

Contoh ayat : “Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXX jika anda mendapatkan produk ini sekarang!”

2.    Strategi  : “Produk Habis Terjual”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual.

Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu sahaja…”

3.    Strategi  : “Serangan Bom”

Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa anda tidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel mereka kepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasi mereka dimana mereka sering dibom dengan emel – emel promosi dan iklan. Ianya akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya mahu membantu mereka mengurangkan emel spam yang tidak berfaedah.

Contoh ayat : “Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap hari anda diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..”

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

4.    Strategi  : “Tiada Pemasangan”

Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan apa – apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian di komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan kerja yang rumit.

Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk menggunakan produk ini..”

5.    Strategi  : “Ubahsuai”

Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau keperluan mereka.

Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..”

Saya akan sambung strategi pemasaran produk yang lain pada bahagian akan datang.

No related posts.

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge