50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 10

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 10Kali ini saya akan kongsikan bahagian ke-10 dan terakhir bagi 50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Anda boleh klik part 1 , part 2, part 3 , part 4 , part 5 , part 6 , part 7 , part 8 dan part 9 untuk membaca strategi pemasaran sebelumnya. Semoga anda akan mendapat manfaat dari artikel ini.

Berikut adalah bahagian ke-10 (dan terakhir) untuk strategi pemasaran produk secara online :

46. Strategi  : “Hubungi Saya”

Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang anda ingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap jemputan anda amat penting dan bermanfaat.

Contoh ayat: “Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..”

47. Strategi  : “Jika Anda Seperti Saya”

Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga sama seperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi, nyatakan betapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlu bekerja keras.

Contoh ayat: “Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagi menguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu anda..”

48. Strategi  : “O.T.O”

Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa anda menyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang kedua.

Contoh ayat: “Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhad yang kami sediakan..”

49. Strategi  : “Tidak Mempercayai”

Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka yang kali pertama melihatnya.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Ini akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.

Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap hari..”

50. Strategi  : “Pendekkan Waktu”

Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan – bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan.

Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari sahaja..”

Akhirnya, lengkap juga senarai 50 Strategi Pemasaran Produk Online. Diharap anda dapat menggunakan info ini untuk meningkatkan lagi keuntungan dan jualan produk anda.

Related posts:

  1. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 9
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 8
  3. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 7
  4. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 5
  5. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 3

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge