50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2

strategi pemasaran |  50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 2Sebelum ni saya ada kongsikan bahagian 1 dari  50 Strategi Pemasaran Produk Online . Ia adalah strategi RAHSIA yang sering digunakan oleh jutawan internet dalam menghasilkan keuntungan yang lumayan untuk sebarang produk yang mereka promosikan.

Oleh sebab ia adalah satu senarai yang panjang, saya telah membahagikannya kepada 10 bahagian dimana setiap bahagian mempunyai 5 strategi pemasaran produk secara online. Semoga anda akan mendapat manfaat darinya.

Berikut adalah bahagian ke-2 untuk strategi pemasaran produk secara online :

6.    Strategi  : “Penetapan”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara berulang – ulang setiap bulan.

Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..”

7.    Strategi : “Mereka Melakukannya”

Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di surat jualan anda. Letakkan juga sebagai testimonial.

Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook saya..”

8.    Strategi  : “Rakan JV Peribadi”

Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda, mereka berpeluang mempromosikannya  juga. Berikan pelanggan anda komisen yang tinggi berbanding affiliate anda yang lain.

[[Ketahui RAHSIA MUDAHNYA Menjemput Rezeki berbanding Mencari Rezeki]]

Sebagai galakan, beritahu mereka juga jumlah rakan – rakan JV anda dan jangan lupa nyatakan betapa besarnya reputasi rakan JV anda.

Contoh ayat: “Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadi rakan JV istimewa saya dan menikmati komisen istimewa juga..”

9.    Strategi  : “Bayangkan”

Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu prospek anda agar membayangkan faedah – faedah yang bakal mereka miliki jika mendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika pertama kali melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan membantu mereka membeli dari anda di lain hari walaupun tanpa melihat iklan anda.

Contoh ayat: “Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan surat yang mengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanya duduk dirumah tanpa berpeluh..”

10.    Strategi : “Lakukan Sendiri”

Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri untuk mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampu melakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidak dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda.

Contoh ayat: “Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah orang lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda boleh melakukannya sendiri..”

Jangan lupa untuk ikut strategi pemasaran produk berikutnya di blog ini.

Related posts:

  1. Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda
  2. 50 Strategi Pemasaran Produk Online – part 1

One Response

  1. Azmiljemay Thursday, 22 November, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge